Domo-kun Cute diary jiwa ranap: 2011

Tuesday, December 27, 2011

Retro Perempuan Jalang


Mengkletak kletuk papan skrin sesentuh telefon bimbit miliknya, melempar senyum memancing cemburu. Diam kaku. Menghembus asap dari sedut sedut tembakau ice. Masih juga Perempuan Jalang serendah itu terletak duduk. Gugur sedan pecah hening sunyi. Kring kring kring~ "Hey (tskk tsskkkk) . . . . . .(tenggelam suara itu)" Temani perempuan jalang itu sedu. Dia tak kuat ditohmah begitu. Apinya menyala nampak di mata. Jasad tertikam. Perasaan mati. Yang tinggal cuma Perempuan Jalang dan cerita malam itu~

Monday, December 26, 2011

Aku Mahu Pulang

"Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri"




Sepertinya Johor Bahru berhujankan permata. Aku mahu pulang. Menadah setap permata yang bertaburan turun bagai gerimis salji. Aku rindu tak berbumbung disapa gerimis salji. Mendongak lampu jalan bersamanya. Tersenyum melihat gerimis salji. Indah~ Mengejar emas di negeri orang hanya umpama menyiat sedikit demi sedikit daging reput milik aku. Sakit yang tertelan dalam dalam. Berpijak pijakkan melalui kerongkong sempit. Bertumbuk tumbukan memecah gegendang telinga perut. Bersorak sorakkan airmata dihati. Rebah. Darahku habis mereka sedut. Pucat. Lesi. Mati biarlah di negeri sendiri. Aku mahu pulang :'(


Lembaran

Setiap hari ini yang aku lalu adalah hari di mana aku menutup sehelai lembaran. Setiap lembaran yang tak lagi terlihat adalah satu demi satu yang mengandungi lebih dari satu hati, dua mata. Hati yang bakal terus menyimpan walau tergantikan. Mata yang mungkin beralih arah. Setiap berlalu, aku harap sempat mengirim email ke Tuhan. Agar setiap lembaran tak tercebis dimamah anai rakus. Dan setiapnya aku, ada dalam setiapnya kamu.


Keluarga baru aku di negeri orang. Aku masih anak BumiBerlantaiPermata.
ITU PASTI!

Perhatian

Perhatian kali dengan orang ramai sama dengan rimas. Euwwwwwwwwwwww tak suka. Biarlah orang nak bilang katak dalam gelas. I don't give a damn as long as I feel comfortable with that. Aku benci ada di tengah keramaian. Rasa suntuk. Tenggelam tanpa bicara. Aku tak pandai tegur orang. Malah ditegur aku pun tak tau nak bilang apa. Angguk geleng, sengih pura. Oh hipokritnya aku. Bawalah aku jauh dari keramaian. Aku rela berteman lappy tak berwajah. Aku sudi berteman minda ligat berputar diam sepi. Puisi menari nari. Sepi tak mengunci tapi indah. Kau akan mengerti rasa ini.

Friday, December 23, 2011

your day 'YEE'



Wishing you MOHD ZULHASRI BIN AHMAD a very very HAPPY BORNDAY baby with a lot of <3 . May all your dreams and wishes come true sooner. Be the one who I always proud of. Love you forever and ever. I will always be by yourside, no matter what.


Wednesday, December 21, 2011

fav


Favourite game . . haha . . dunno why. .tp rase heaven giler layan game ni. kakaka. . kiddo kann . . bhahahax. .

Rasa rasa

Kita mungkin salah satu dari mereka yang tak merasa apa yang mereka rasa. Tapi kita syukur apa adanya. Mereka di luar sana mungkin tak rasa apa yang kita rasa, tapi kita tak boleh tuding jari pada mereka mereka. Rasa jangan campak suka suka. Belum tentu rasa itu seburuk yang kita sangka. Hidup dengan skrip Tuhan bagi itu ketentuan.  Menang atau kalah, permainan akan tamat pada masanya. Tabahlah~ Hidup masih jauh. Ada kala telingkah tapi jangan sampai rebah menyembah kalah. Selagi mampu, kita akan terus berpegangan. Bahu mereka jangan sekali kita beratkan. Janji kita, bahu mereka akan kita ringankan. Sabarlah kesabaran~



Maaf atas kehadiran

gamer


Wednesday, December 14, 2011

Fantasi

Bila hidup ini adalah satu permainan permainan kosong
Kita pemain tak berbayar
Permainan berjudikan nyata
Yang lemah berperingat otak
Yang kuat mengering tenaga

Tak kira kau siapa
Kita berlaga laga
Hanya untuk piala yang tak ada
Setiapnya leka terkurung heksagon tua
Budi bicara hanya kemanisan pura
Oh sang durjana

Berhenti~
Permainan kosong tamat
Pulang ke bilik
Kosong
Sendiri.

Tuesday, December 13, 2011

LET ME



Let me pretend that you're still by my side
Let me say things that I know you'll never hear
Let me feel that I still have some pride
Then let me just wipe the escaped tears

Let me say your name once more aloud
For your mocking ghost around me to hear
Let me laugh at my illusions and scream out
Here's a fool left with no heart nor a future

Chorus:
Just let me Let me alone in my reality
And let me Let me chase your shadow in my dream
Keep on dying in your life Reminiscing all your lies
Let me Just let me be

Let me treasure those moments shared together
Please don't let me stain my memories with tears
If you must just fade away with the summer
Let there be no more spring in my coming year

(Repeat chorus)

Bridge:
If only one day you'll just come to me
Say straight to my face how much you hate me
So that I can stop thinking of you
And all that we've been through

So let me be Just let me be
Just let me

Let me fly up with my broken wings
And let me
Let me bleed until I finally heal
Keep on trying to survive
Within all this love inside

Let me Just let me be
Just let me
Kill you in my mind
Don't you be
No more in my eyes

Just let me
Kill you in my mind
Don't you be Don't you be No more

counting 1 to 29

It's already 13th of Dec. Yes I am scared like hell. Hopes. Unspoken. Not done. Oh My God :( A new life to be born. An old me to be burn. A lot of memoir to be crack. A lot of hearts to leave without. Am I ready to through? Oh I am not. Cause there are sooooooooo many project, assignment, things to do before I am free like a bird. Wanna cry a lot. Hummhumm~

Somebody save me ~ ( ala ala Smallville) . Tired. That's all. Hummmhummmm again and again. Counting 1 to 29. I hope that everyday I can laugh with Bulan. I hope that I can be their lil girl forever. Have a long conversation, smile, laugh, fight, keep quite, and so many thing need to do before it's over. Gonna miss all of you. Sure :'(

Bulan : Kalau aku di kutub utara sekalipun, ingat ya. Aku mau terus dan terus jadi gadis kecil kalian. Yang ingin nya pasti direngek setiap tunda. Yang rajuknya pasti panjang walhal sekecil perkara. Yang manja lirik matanya sambil senyum senyum sumbing bila termalukan. Sumpah aku rindu jadi si manja kalian. *Pinjam bahu*

Jangan lupakan kenangan kita ya andai aku berubah nanti. Jauh di belakang setiap mukasurat baru milik aku, ada kalian. Sumpah sangat berharga. *Peluk aku sebelum pergi pisahkan kita. ( Hepppppp bukan muhrim).

Kbai tired . Need to sleep . ZZzzzasssz~

Monday, December 12, 2011

dedikasi buat kawan hati

Kawan, dia datang bukan macam bianglala. Dia datang macam bulan. Malam sunyi dia bagi sinar dari matahari. Bila matahari jalankan tanggungjawab terangi Bumi sebelah.  (Matahari itu kekasih hati). Kadang kadang kita selalu telingkah kan bulan. Gerhana. Awan pun selalu dengkikan persahabatan kita. Selalu tutup aku dari bercakap dengan bulan. Bila siang, matahari datang memancar garang. Aku lupa bulan. Tapi bila aku pandang langit. Aku masih nampak bulan kat situ. Bulan selalu ada untuk aku.

Bulan, ini mungkin jadi bulan terakhir antara bulan bulan yang kita lalui sama sama. Ini mungkin jadi tahun terakhir bulan buli aku. Ini mungkin jadi detik detik akhir di mana aku dan bulan berkongsi rasa persahabatan yang sumpah sangat indah. Bulan, aku nak kahwin dengan matahari. Tapi ingatlah, apa apa pun, kat mana pun aku. Aku tetap pandang bulan yang sama. Bulan tetap indah di hati. Jaga diri baik baik bulan.

Thursday, December 8, 2011

Need you

Atotoo nak nangis. Ooppss mata kacak kacak. Haha. Tension bloodyhell dengan last sem ni. Too much things kena catch up in a short time. Hell yeah kan. Damn! Then after project kena reject and need to do some correction fer format setting. Bila redo, erkk wattahell . Semuanya like "Hey why so hard to do?". Mula lah nak kacak kacak. Then call Amie. He was so damn tired and pengsan but I really need him right now. But he can't so I was like naaaaaaaaaaaak nangis. Manja sangat :(

Then lucky I am I still have ears to lend. Thanks there. But I still need Amie so much to be by my side :( Why soooooo spoil? Damn lah. I miss to do an assignment with him together. Miss a lot all the moment when we through a hard time. I miss his hug when I feel so down. Ok stop talking bout it. It just make me crying. Chiowww~

Weirdo

PELIK. Janganlah (-,-')
As a student, aku dikategorikan sebagai broken student. Haha. Sebab ?


  • Cukup payah nak nampak aku g class even dah last sem . (InsyaAllah).
  • Blonde.
  • Suka pakai suar koyak rabak g class.
  • Tak suka bercampur orang. Alone je.
  • Jarang senyum
  • Tak kenal student lain, lagi lagi junior. Siapa tu? Selalu jadi soalan.

Example semalam. Kelas on 6.30pm. Aku masuk around 7.30pm even dari pagi dah ade class and tercanguk kat kolej. Masuk masuk wat tak tau terus duduk belakang. Then cantiklah ade kuiz. APTB. Miss datang suruh sign attendance. Awak ni dah satu dua tiga empat , LIMA minggu dah tak datang! Aku pun sengih sengih dengan Faiz. Sebab dia pun sama. Then amik midterm marks yang sepatutnye 5minggu lepas aku amik. Tapi aku tengah sibuk tanya sal quiz, mintak tolong dak kelas ajar. Bila g depan kuajaq si Faiz dah curik paper marks aku. Then dia cakap "Kurang ajar bukan nak bagi jawapan". Akupun dah boleh agak kenapa. So buat buat tak dengar je lah.. Tengok paper marks Multimedia Authoring 86/100. Web Prog III PHP pun sama. Alhamdulillah syukur. 

So back to PELIK. Kawan kawan class selalu tegur aku banyak hal. Antaranya. Haha. 
  • Weyh lama tak nampak? (Most all Q dari kawan kawan kolej)
  • Kau ni asal dalam class study je terus serius. ( Ayat wany)
  • Kau tak datang class selalu, tak buat asignment. Marks tinggi. (Sorry bukan kaki bodek lect)
  • LECT : Awak ingat awak tak datang class awak boleh dapat markah tinggi? ( Edy prove it)
  • Kau kenal budak ni, budak tu ? (Siapa siapa? Tak )
  • Kau group dengan sape? ( Sorang je)
So kesimpulannya, aku memang pelik. Aku dan kolej memang tak satu line. Haha. But as a senior lah konon konon aku nak bagi idea. Idea ke? Even macammane kau skip class pun, exam korang kena score! Cara aku senang je, esok nak exam. All day surfing internet main FB, blogging, tweetting bla bla bla and midnight ke atas, Struggle study all chapter. Tak kesah la bape chapter, 6 ke 8 ke :) Then hafal tau. Tapi tak tido till exam. (Ok biasanyer exam week habis aku demam sbab tak cukup rest). Exam dah do all the best , goreng selagi mampu. Jangan hangus. Sesedap rasa. And jangan lupa doa. Even kadang kadang kawan perli. Uiks sempat lagi tadah tangan baca doa. Tp watlek je. Sebab Tuhan tu Maha Mendengar even hellworst camne pun kau. Ingat ya kawan kawan. Ok dah lewat ni. Baru tido bape jam je lately ni. Badan da mula weak and macam nak demam. Chiowwwwwwww and goodluck semua.

Wednesday, December 7, 2011

tak faham!

Boleh kalau aku start entry with TAK FAHAM? Ok bukan kau. Tapi aku. Aku tak faham dengan aku. Bukan tak sedar diri or bodoh piggy tak tau diri. Tapi certain time, aku goyah dengan amarah diri. Marah meluap luap datang bila body aku damn tired and mind lak kena push dengan study yang semakin mencermin hujung. Sekecil kalis luka, jadi sebesar sebab untuk aku lost diri. Marah. Then the best way, aku hilang. Wujud pada pandang. Tapi bisu dan tenggelam hanyut jauh dalam diri. Ok sekarang aku cakap aku yang paling faham diri aku. Sebab most time bila aku camni, I need to be alone till mood ok and get a blast rest. Enough rest lah. Ok sekarang korang lak tak faham kan. Kejap aku tak faham, kejap aku faham. Ok good. Sama sama tak faham. Nice braaahhhhhhhh ~

Aku jotdown entry time kat bazar dengan di kelilingi more 100 budak budak. Biasa lah Wed kat JB is Agas Day. Suck gila tapi hari ni aku macam . Oh wujud ke korang? Macam aku alone je. LOL. For my prince baby, Sorry dengan keadaan yang erk dunno tak tau nak explain. That's crazy me.

Sorry with a lot of LOVE guys <3

Hujan dan anugerah

Musim dewa hujan melampias amarah. Bah mencurah curah. Petir guruh berperang tak kalah. Bianglala jua yang tertindaskan. Kau masih ingat hari di mana bianglala terpotretkan bersama? Indah. Boleh bianglala tak terkecuali lagi? Terhenti waktu terkaku potret. Aku rindu~

Sejuk menikam, menusuk jiwa. Dalam dalam. Aku kalah. Dalam ringkuk kebekuan. Sendiri itu teman. Senyumlah biar payah. Setiapnya anugerah. Jangan esok baru nak terngadah. Lelah~

Tuesday, December 6, 2011

TAHI LALAT


82 RAHSIA TAHI LALAT

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

 Æª(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Nyah



Rasa itu rasa syurga
Akan aku bawa setiap pejam mata
Rasa itu rasa bahagia
Akan aku bawa setiap senyum tawa.

Indah
Tenggelam
Hanyut
Terbang tinggi tinggi
Rentas jambatan bianglala
Berpegangan.

Sinis
Jeling
Sumbing cela
Aku tolak pusing
Cermin hulur.

Dakap erat jiwa
Esok aku, milik kita
Bukan tangan tangan mereka
Nyah~

titik

Berhenti bukan bermakna lari.
Sepi bukan tanda berkunci.

Hidup atau mati.
Fizikal berdiri.
Akal tergali kubur sendiri.

Satu sampai akhir.
Bilang saja cermin.
Jangan lagi dilayan.
Ah bosan kau buat celaan.

Monday, December 5, 2011

Kejam

Keadaan memaksa,
manusia makin celaka,
terlolong dah tak bermakna
mereka dah gila.

Jiwa jerit
Akal lari
Mata berhabuk
Mulut terkunci
Kaki nak memaki.

Dunia memang kejam!

Happy Monday


I MISS THIS MOMENT A LOT

Lately, after World War 3++ maybe , semuanya macam "erk , hari hari he's falling in love with me". He keep saying all the sweetest word ever. Being nice such as a sweet Prince I ever had. Also keep merengek ask me to be with him all the times free and cepat cepat grad. Haha. Funny dummybear. Loveyou <3

Rutin harian, guling guling atas katil, mengadap lappy, been busy nak siapkan Major Project fer last sem , edit edit gambar and lapar, hang out lepak with 'Saudagar Shisha Seget' 's click. Tapi babyboy mesti aku angkut, tak nak terlepas update. But lepak mesti after midnite. Ok to be clear aku tinggal kat Owl City. Nice.

One more story, erkk lately gak rasa macam quite messy lah tengok FB. Semua orang sibuk nak buat status yang menjurus to ask us to LIKE their comment. Quite BORED ok, so I choose not to rajin gila LIKE status kat news feed as before. Kan dah told 'em before, lepak syok sendiri kat wall sendiri lagi bagus, bosan plug in telinga dengar music kat page ni lagi masyukkk https://www.facebook.com/pages/DJ-MeejoAddict/240002582731377  d(-,-')b , tak pun OTP dengan dummybear berjam jam sampai terrtidur. OK chiowww. Happy MOroNday =P

Sunday, December 4, 2011

Sending email in progress

Tanpa sedar, Tuhan selalu post kan manusia manusia dewa kelilingi aku. Apa Tuhan rajin baca email aku kirim?  Mungkin. Terima kasih Tuhan. Boleh aku kirim email lagi? Agar manusia manusia dewa itu , makbul pintanya. Syurga duduknya. Terima kasih sekali lagi Tuhan. Aku sayang mereka. Mereka juga. Suatu hari nanti, aku juga mau jadi manusia dewa. Biar tak ada lagi orang seperti aku yang sering email Tuhan. Mengemis itu, mengemis ini dari Kau. Biar hidup ini, hidup semua orang itu bahagia. Amin

#Sendingemailinprogress~

Saturday, December 3, 2011

CIHD fitnah

Cemburu. Iri. Hasad. Dengki. Semua ni kalau digabungkan boleh menjadi Fitnah. Kalau dilayan boleh jadi WW3. Tapi tak dilayan, tak seronok. Hahaha. Atleast ada bahan gelak ketawa. Funny you tengok circle age then compared their mind dengan apa yang dibahaskan. Ok ok stop. Aku tak nak memurtadkan blog aku dengan baur baur pergaduhan. Sangat sangat lucah dan low class. So aku update entry ni untuk remind all blogger. Tak seronok bila blog yang comel comel, class class, penuh dengan entri CIHD. Parasit! Kalau bukan kita amankan dunia, tak kan nak jemput Alien pulak kan. Wujud ke? Wallahualam~ Hari ini berak kat muke orang, campak campak tahi kat rumah orang, esok lusa kau tak tau ape jadi. So keep peace. Sesuap nasi pun strangers tak bagi kau makan, ape ade hal? Chillex. Maju ke depan, tanpa pijak orang bawahan. Bumi ni sfera. Guling guling jatuh tempat yang sama. Yaww~

Bisik sikit : Aummmmm rase macam artis you bila apeje kau update, DP kau pakai, gambar kau upload, life kau buat orang amik tahu . Even dalam negative way. Class kan Jah~ Famousamousramous <3

90km/j

Pagi ni, dia merepek repek.  Dia bilang sayang dan rindu sangat sangat berpuluh puluh kali, mungkin cecah ratus. Dan dia bilang lagi, aku nak hubungan kita sampai bila bila. Aku nak kahwin dengan kau, ada anak. Kita kahwin, kita berubah, kau pakai tudung. . blablabla~ Kelajuan dia bercakap cecah 90km/j . LOL. Aku banyak diam. Dengar dan dengar.

Tuhan, bolehkan entri ini sampai di pengetahuan Engkau :)

ReacherSettler

Entri dari terfaktab :

The Reacher. 
  • Someone yang not hot, not cute and not handsome. Kaya pun tak. Tapi di atas nasib baik, dia berjaya dapat someone yang above of his/her league and level which is lagi cantik, or handsome.
  • Ada keyakinan diri yang rendah.
  • Mudah jealous dalam relationship.
  • Selalu clingy terhadap pasangan dan mudah berasa insecure.
  • Sanggup buat apa je demi pasangan.
  • Selalu di control.
  • Kalau dia merajuk, pasangan tak akan pujuk; Kena pujuk diri sendiri.
  • Tapi kalau pasangan merajuk, dia cepat-cepat pujuk.
  • Susah untuk marah pasangan walau apa pun pasangan tu buat.
  • Kalau pasangan buat benda-benda yang boleh mendatangkan kecil hati, The Reacher akan tutup sebelah mata.
  • Sebelum start in relationship dulu-dulu, dia lah yang buat first move dan luahkan perasaan. 

The Settler.
  • Someone yang hot, top, cute and handsome tapi in relationship dengan someone yang bawah dari level dia which is someone yang tak handsome dan tak cute dan low confident.
  • Ada keyakinan diri yang tinggi.
  • Teramat-amat-amat-amat susah untuk berasa insecure.
  • Selalu relax-relax sebab tahu pasangan tak akan curang. 
  • Jealous terhadap pasangan amat jarang berlaku.
  • Ego yang tinggi.
  • Kalau pasangan merajuk, dia tak akan pujuk.
  • Mendominasi perhubungan.
  • Nak makan kat mana, pergi mana dan sebagainya adalah based on kemahuan The Settler.
  • Kalau The Settler kata "NO", The Reacher tak akan banyak cakap.

As aku hidup berpuluh tahun dengan aku and mostly alone. Aku dengan yakin and gereknye cakap, I'm not The REACHER, or The SETTLER, but aku both. Everythings aku buat depends on situation and siapa yang involve. Ada tika aku akan gila gila jadi The Reacher, and biasanya bila aku tired after being The Reacher, aku automatic turn to be The Settler. Is not about being The Reacher kau lebih good and being The Settler kau ni pasif and bodoh bodoh. But in every relationship. One party mesti mengalah dalam telagah. And aku admit aku sangat sangat keras kepala, sangat sangat ego, sangat sangat kuat cemburu. Siapa cakap aku tak pernah mengalah? But in front others aku akan jadi The Settler. Haha it's not that yang aku ni lalang, but more to flexible to deal with or nope. Maybe sebab I have both, buatkan sometimes my partner keep telling me " sayangnya saya tak kenal sayang saya and she's diff from before". Mungkin aku ada sifat protect diri yang sangat kuat. LOL. No matter what, saya sayang 'sayang sayang' saya. Tak ramai, but they know who they are . Love.

Friday, December 2, 2011

Simplekan

Ake memerlukan waktu, untuk diam tanpa bicara. Untuk sepi tanpa kata. Aku menghilang dari muka buka. Ke semua account telah aku bekukan. Yang ada cuma aku dan aku. Mengerti yang salah itu bukan untuk ditolak tolak. Tapi untuk tidak diulangi dan tahu duduk asalnya. Aku kembali jadi si diam yang terluka. Mogok tanpa memberi alasan. Melayan rajuk luka dalam diam. Yang nyata, aku rasa tidak terhargakan. Aku jadi tidak tahu untuk berperang. Aku duduk di tepi medan. Tertancap peluru, aku mati. Terlindung perwira, aku bernyawa. Untuk ke sekian kali, aku berhenti berharap. Terlalu subjektif untuk rungkaikan sayang aku bagi. Terlalu dan terlalu kejam untuk kau 'simple'kan semudah itu.

Diam


Kalau rasa itu cuma dongeng dongeng bodoh, aku kah Pak Pandir? Yang bodohnya menjadi bahan hibur manusia. Jenaka kanak zaman berzaman. Pahat aku pelan pelan. Biar nanti jadi ukiran. Bukan jadi sumpik ejekan. Kerap kali rasa itu jadi alas kaki . Pijak berkali kali. Kenapa sekali lagi aku gamam meluahkan? Aku gumpal kecil kecil, aku lumat sebelum telan. Masih sangat besar meredah kerongkong. Dupdapdupdap dah tak aku hiraukan. Cuma seperti belon padat yang hampir terpecahkan. Masih aku kekal di situ. Diam tanpa suara. Tanpa tangis. Kotak kecil terpenuhkan. Kunci dan sorok dalam dalam. Diam. Diam. Dan diam terpempam.

Waktu merangkak, pejam katup tekup. Yang ada cuma aku. Aku.

tanpa

Pohon mulut katup tika maki menguasai,
Pohon mata tutup tika yang terlihat cuma dusta,
Pohon waktu henti, tika aku masih senyum.

Kirim aku manusia dewa,
bawa aku terbang bersama awan awan putih.

Mungkin benar,
Hidup terlalu singkat untuk serius bodoh bodoh,
Teknologi nyata cuma sering memvirus hati.

Perlahan lahan bunuh aku.

Thursday, December 1, 2011

30 sec

 I believe in 30sec, there'r so much things can && will happen. Why shud we waste our 30 sec when we actually know, there is only 30sec left. Too much things left unspoken. Yet we still can't reveal anything as a topic. Keep repeating the same stupid idiot questions. No one know. No one there. Only you. Only me. Separated by distance. Why there'r not so much things to tell. To share with. Have a deep breathe. Why the important words to hear leave unspoken? No matter what, remind me that the important thing is not a word unspoken, but YOU will be there for me with a dummy zip mouth, wide open heart.

ILOVEYOU

Wednesday, November 30, 2011

Kerangka

Aral jangan melintang,
Aku takut aku goyang,
Jangan biar aku tak sempat mengejar esok,
Kerna aku sudah punya kerangka untuk mereka dari aku.

Hari ini itu pasti.
Esok masih ada.
Lusa mungkin penamat.
Aku masih takut.

Tuesday, November 29, 2011

bahagia


Kalau tanya aku apa aku bahagia? Aku jawab pelan pelan biar kamu dengar satu satu. "Aku bahagia, saat dia datang bersama compang camping hidupnya dan bawa bahagia itu memenuhi seluruh ruang hidup aku" . Terima kasih arjuna cupid. <3

Saturday, August 6, 2011

Takungan kosong

Takungan kosong yang kau tinggalkan 10 hari, Apa mungkin tlah terpenuhkan oleh dewa hujan? Apa lantas si nyenyamuk liar rakus menetaskan jejentik liuk lentuk bermukim? Apa sudah ada manusia tepi jalan peduli kutipkan? 10 hari bukan sejam untuk kau patah balik dan rangkul takungan. Apa cukup selama itu kau tinggalkan di tepi jalan hanya dengan memahat nama kau? Siapa bakal peduli itu kau punya? Dewa hujan bertindak mengikut arahan. Apa si nyenyamuk liar peduli sama pahatan? Apa manusia tepi jalan tahu tidak mengingkar aturan hidupan yang konon milik kau? Jangan tuding jari pada mereka, pada peduli yang kau harga se'senkan. Jangan kau herdik mereka, pada mata, tangan, kaki yang kau kurangupayakan. Mereka jahil mungkin tanpa otak, tapi hati mereka terbuka luas untuk tahu dan rebut apa itu peduli untuk meneruskan. Terlambat kali untuk kau terus memasang senyum potret ini. Hantar saja kesian ke wad pesakit denggi. Hantar saja maaf di tepi kaki lima penghuni jalan.

Friday, August 5, 2011

dakwat perjalanan

Kadang kadang kita ingat, kadang kadang kita lupa, ingat pada yg ingat, ingat pada yg lupa. namun semua takkan terpadam semudah menulis dengan kapur. Kehidupan tak tertulis dengan kapur. Jika kertas di print, mungkin dah aku ronyok dan campak ke tong. Kalau sebuah lukisan mungkin tertumpah warna dah aku campakkan. Tapi kehidupan walaubagaimanapun harus wajib kita cuba indahkan dengan pelbagai pembetulan. Anggap saja kehidupan umpama hasil seni kita. Bukan penilaian dari taik taik mereka. Kehidupan perlu banyak buku. Kalau tak mau sesat, pandu pada satu. Kau tau apa.

Thursday, August 4, 2011

Bianglala hatiku


Siapapun kamu, kamu hanya seperti bianglala bagiku. Indah tapi hanya sebentar saja. Untuk aku gapai jauh sekali. Cukup sekadar sempat terpotret indahkan sebagai kenangan. Namun akan aku tunggu bianglala lagi kapan kapan. Kerna aku tak pernah jemu atau terpenatkan menyelami keindahan anugrah Tuhan.

Monday, July 25, 2011

pilihan keputusan

Pilihan yang mengatur langkah keputusan. Apa punya keajaiban esok? Aku memilih hidup. Menentukan keputusan. Selalu salah. Selalu bertentang. Selalu melawan. Selalu tau itu. Tapi masih menyonsang dan terus berenang hanya kerana mengharap esok ada keajaiban dari perihal perihal sial. Pilihan itu keputusan yang seolah mencampak aku ditengah medan tempur. Keliling aku acu pistol, angkat senjata, bedil nuklear. Salah satu darinya, pasti tertancap tubuhku. Terkadang ya, mati dalam nafas menjadi taruhan setiap pilihan keputusanku. Aku terbang tinggi tinggi biar tak terlastik. Aku lari laju laju biar tak sempat terlontar batu. Tapi sekecil aku, kudrat tak mampu. Nahh, terjelopok ke Bumi lalu terus menjadi gonggongan anjing. Selamatkan aku manusia dewa...

Saturday, July 23, 2011

mata masyarakat



Mungkin aku sudah terlalu buruk pada tampak mata,
Terlalu hina untuk dikeji,
Terlalu basi untuk dimaki,
Terlalu lali untuk kau level sesuka hati,
Tapi
Jika aku bertanya,
Siapa Tuhan?
Mau kau tuding jari ke hidung sendiri??

Thursday, July 21, 2011

si tua

Untuk apa setiap hari? Untuk apa setiap celik? Untuk apa setiap buka. Untuk apa setiap gerak. Untuk dia? Lupakan saja. Tanya hati pakai otak. Apa ada darah yang mengalir dalam tubuhnya sama seperti kau? Apa kau yakin kau rusuknya? Syaitan goda kau. Syaitan sesatkan kau. Jauh sudah kau lupa. Lupa pada Tuhan yang tak pernah tidur melihat kau. Lupa pada emak yang jerih masih mengerah tua. Apa cukup mengingat tanpa bertanya? Tanpa memikul sama? Mengalir air mata darah, apa kau mampu ringankan beban si tua itu? Berapa lama dia perlu susah untuk kau? Untuk yang lain? Untuk apa? Kau tuduh itu tanggungjawabnya. Kalau kau gah, renung matanya dalam. Aku sumpah sesaat saja kau kan terdiam, mengalir. Sakit bukan melihat si tua itu. Tak pernah penat. Tak pernah mengalah. Bertahun tahun tak pernah luntur asanya. Hanya untuk kadang sesuap nasi yang kau pinta. Apa pernah kau dengar rintihnya? Pernah? Apa pernah kau lihat air matanya? Mana pergi rasanya? Tak pernah si tua itu tunjuk. Kau lihat. Kau rasa. Kau fikir. Dia terlalu kuat hanya untuk kita. Apa aku bagi dia? Pernah aku tanya? Setiap masa aku lari darinya. Takut menyua kabar dari jendela. Takut gugur airmata. Belum cerita kau lupa abang abang, kakak, adik adik. Kau lihat mereka. Siapa antara mereka berjaya menuju puncak? Kau salahkan hidup. Pernah kau tanya mereka. Apa mereka mau begitu. Siapa antara mereka yang cukup beratnya? Siapa? Kita derita. Sama. Tapi balik pada si tua. Mari sama kita kuat untuknya. Mari sama kita bahagiakan dia. Mari sama kita buat dia terus senyum. Mari sama email Tuhan agar dia ditempat disyurga terindah kelak. Kita tak kan mampu tanpa dia. Balik, jumpa dia. Rangkul dia. Bilang bahawa kita sayang dia. Mohon ampun darinya. Kita sama sama menangis. Kita sama sama bangun untuk dia. Bukan kau abang abang, bukan kau kakak, bukan kau adik adik. Tapi aku. Aku yang sering derhaka dan lupa susahnya dia. Ampun emak. Mia sayang emak. Ampunkan Mia. Ampunkan kami. Kami sayang emak. Takkan pernah ada dua... Ampun mak...

Wednesday, July 20, 2011

kenangan, kembalikan

Kita bersama setelah sekian lama, duduk bagai pasangan menonton indahnya 'sekali lagi'. Lalu berlantaikan rumput beratapkan bintang langit, berdindingkan lampu kapal, berkipaskan angin bayu. Aku bilang ke kamu. Aku bakal jadi perhentian kamu yang paling indah. Kamu bilang, jangan.  Aku suka bila kau pejam matamu, bantalkan kakiku. Belai rambutmu. Kamu kan selalu jadi anak kecil buat aku. Kamu rangkul aku kuat. Sering. Seperti esok aku takkan ada. Kamu bilang ini yang pertama untuk berdua. Aku berkaca menahan setiap tutur. Kaca aku tak bersinar terlihat tanpa cahaya. Mujur masih bertahan. Aku dakap kamu, aku bisik ke telinga kamu "tunjukkan aku, untuk kamu". Aku dakap erat dan sedu mula menjengah malam milik kita hari ini. Aku tak menahan lagi. Kamu bilang berhenti. Aku sayang kamu. Kamu juga bilang begitu. Tapi hakikat aku selalu tau, palsu. Aku tau apa laku kau laku belakangku. Aku kan cuba selalu jadi sirius buat kamu seperti mahumu. Setakat mampuku. Tak kira seburuk mana cuaca dilangit itu. Mari jujur sama dengan aku. Kembalikan waktu dulu...

Tuesday, July 19, 2011

cukup

Belumpun sempat apa, terbangun lagi. Tersentak nyata. Senyum dalam kaca. Berapa kilo tan kau bagi untuk setiap mata yang terbuka. Sedang mimpi juga kau beratkan dengan wujud. Aku tak daya untuk mengejar, bila penuh hidup ini dengan kaca. Biar bersepai kecai berai. Biar lemah jiwa teranap hempas. Tusuk dalam dalam. Tak ada tangan menyeka. Relakan. Teruskan. Kuatkan. Percaya skrip Tuhan bagi. Aku tak tercipta untuk didukung atas bumi jalan ini. Aku hanya perlu kuat sendiri. Dan sampai mati, tolong jangan kata atau minta apa lagi. Cukup...

Monday, July 18, 2011

alas kaki

Setelah tau apa yang rasa itu bagitahu dulu dan yakin pada hari ini. Apa aku merasa selamat, menyelamatkan atau terselamatkan? Apa bohong itu telah banyak tertimbun di belakang bahu badan? Apa mata sudah semakin kabur untuk celik tajam? Apa telinga sudah berdengung ditutup lapisan air untuk tersentak khabarkan? Masyaallah- Jawab saja segala persoalan aku dengan ter. Biar jujur mata kau masih mampu aku bohongkan diri. Moga hanya kerana ter aku selalukan memaafkan. Rendah tapak telah aku turunkan. Kain koyak masih aku cuba tampalkan. Tapi apa masih di luar sana kau mahu kain koyak tampal milik aku? Kau sendiri tahu apa yang kau mahu sampai ter'kadang kau lupa terpijak henyak sesuatu. Sampai kapan hanya menjadi kain koyak tampal alas kakimu? Mujur kala ini, kau mula campak kain koyak tampal itu. Terjujur ia kau jijikkan, hanya kerana kastanya di bawah kaki kau pijak harian...

  Aku, bunga dan kau photographer. ???

Sunday, July 17, 2011

maafkan

Dah hampir menjelang Ramadhan. Cuma mau mohon maaf dari semua perempuan perempuan yang aku sakitkan dan yang terlukakan. Ikhlas aku hulurkan. Serendah diri aku kirimkan maaf atas segala dosa yang kau kau nampak ternampakkan, kerana aku selalu mehalusinasikan. Maaf. Juga buat lelaki lelaki yang terguris koyakkan. Maaf terlambung tinggi. Buat keluarga mohon maaf dari kalian hari hari kalian ungkapkan aku mahukan. Terlalu berharga. Teman serta kenalan maaf juga aku pinta. Semua maaf ini ikhlas aku mohonkan dari kalian.

Mengirim surat sekecil ilusi untuk kalian bercoret "maaf atas dosaku"...

Friday, July 15, 2011

hukum aku

Hari kelmarin, dia melontar kata itu. Hari ini, kau melontar sama. Lihat apa bedanya kau dan dia? Sama pada peluang yang beda. Kau berpeluang menyelami. Tapi berakhir pada satu kata. Cukup bisa untuk aku yang tak punya bilang bilang yang ramai. Jauh aku terlontar hempas ke bumi. Berkecai tersampahkan. Lihat dalam dalam ke mata aku. Renung semampu kau. Lihat betapa beratnya apa yang aku lalu selama ini untuk kau ukur selahzah kata. Kenapa mata ni tak pernah berhenti berkaca? Kenapa? Kenapa sejauh ini aku lari dari hidup? Tanya sekeras kau, biar mampu aku jawab sejujur dengan linangan kaca yang selama ini aku bawa dalam senyum dalam ketawa. Di mana mana. Apa kau tahu sakitnya jalan hidup selama aku lalu? Jawapannya ya. Sejujurnya aku sangat sangat sangat sakit. Sangat sangat lemah. Sangat sangat mahu berhenti. Sangat sangat harap dirangkul, dikendong jalannya. Izin aku untuk layu terduduk dalam hujan ini. Dongak ke langit biar sama lalu kaca dan hujan. Terima kasih kerana kau ikut mentuhan levelkan aku. Kalau aku selevel yang kau tuhankan. Mana tangan? Mana sokongan? Mana? Mana semua itu? Kenapa aku yang tak matang perlu lalu semua ini? Kenapa? Maaf, kau terlalu kejam. Aku luka, sangat dalam...

merasa

Aku merasa ada yang hilang pada apa yang aku mau dan aku lepaskan. Aku merasa airmata membanjiri seluruh dalaman jasad aku. Aku merasa menjerit tanpa suara. Aku merasa airmata aku mengalir tanpa cecairnya. Aku merasa berat yang membeban tusukkan harus aku bawa. Aku merasa lagu lagu klasik 80an 90an yang sarat dengan lirikan lirik duka sedang bersorak lumba menyanyi dengan nyaringnya. Aku merasa sedang ditertawa. Aku merasa sedang dibodoh cacikan. Aku merasa terkalahkan untuk sekian kalinya.

Untuk merasa rasa ini rasa adalah kerana perbedaan yang sering aku cari gali dalam dalam sampai ke jalan mati cacing. Dunia kita berbeda aku laungkan kuat kuat setiap hari. Aku demonstrasikan pada mereka mereka. Aku campak tepekkan ke muka kau kuat kuat sampai kau tak mahu bangun lagi dan rela begini. Ya untuk kesekian kali seorang lagi terperosok sudut kerana keegoan melampau. Kekerasan kepala membatu. Kesialan diri yang tak sudah melulu. Dan pada akhirnya, seperti kesekian kalinya aku melepaskan 'jiwa' aku tanpa mengejarnya lagi. Dari dalam kelambu, aku campakkan surat kecil bertinta maaf, aku sayang kamu 'jiwa'. Aku mati lagi...

Tuesday, July 12, 2011

jalan kecil kita

Buat si cerdik di dunia. Jika jalan kamu lalu tak seluas mereka yang telah mencapainya dulu. Jangan terkecil atas takdir tulisanNya. Usah berhenti bermimpi. Biar kita terlontar sampah jeninkan oleh mereka kerana mimpi. Tanpa mimpi kita mungkin mati. Biar si penguasa dunia memperlekeh ludah muka kita. Abaikan saja. Terus bermimpi. Kerana esok kita akan bangun lagi untuk wujudkan walau sezarah mimpi selahzah tadi. Mungkin mimpi kita tak jamin jalan sebesar mereka di menara senang. Siapa dari kita tahu sepintas jalan mimpi ini jadi kita di sana? Mimpi kita, tak kira siapa. Tak pernah lari dari mahu senang. Mahu bahagia. Mahu juga berjaya. Tak lupa untuk insan insan yang mengerah keringat darah sejak kita menyedut udara hanya untuk korban segalanya untuk jalan kecil kita.

Angin mungkin menderu kuat. Ribut mungkin melintang. Syukur apa adanya kerna Dia tak pernah lupa walau kita lupakanNya. Jika hanya dengan tangan kecil mereka mampu jaya. Kita gandakan seberapa mampu kita. Ini jalan kecil kita. Jangan putus asa. Cemburukan saja mereka biar api masih menyala. Namun jangan sekali curahkan dengki pada jalan besar milik mereka. Mereka tak pernah peduli apa kita mati. Sabarlah sayang. Pasti nanti apapun milik kita. Walau jalan ini kecil dari mula...

Thursday, July 7, 2011

tujuh tujuh

Blooming
 Terima KASIH Muhammad Farkhan Othman

Tuesday, July 5, 2011

lima itu satu

Lima bilah huruf. Satu patah kata. Jangan gandakan dua. Jangan gandakan tiga. Jangan kau tambah depan atau belakangnya. Satu sudah cukup pecahkan kaca. Itu lagu hidup. Sedu iramanya. Ini bukan pesta mati untuk kau turut okestrakan. Ini lagu solo milik aku. Mana mungkin bahu ke bahu. Walau bilangnya kau rasa apa rasaku. Aku mengaku aku mungkin sakit melihat andai kau begitu. Tapi untuk ada dalam kotak milik kau. Aku, siapapun tak mampu. Rasa apa rasa itu bagi rasa. Sampai satu patah kata. Lihat dunia aku menggogoi lagu. Skrip milik Tuhan untuk aku. Aku terima Tuhan. Tuhan tau aku kuat. Dan, mereka benci melihat kaca mahal milikku pecah. Sedu dan hanya mengalir. Bezakan berapa berat rasa itu aku simpan selama...

Monday, July 4, 2011

Waktu subuh

Hari ini seberapa pantaskah aku untuk merangkul indah? Seperti apa rasa indah yang aku lalu? Seperti lolongan tangis di sebalik hilai hantu? Bullshit semua itu. Saat aku tersadarkan realiti, pejam mataku, longlai tubuhku, mengalir cecair panas itu dari celah bilah kelopak yang tertutup kemas. Hati jerit, aku penat. Terlalu penat mejadi si kuat dalam perjalanan ini. Rangkul aku emak. Belai rambutku ayah. Genggam tanganku abang. Dakap aku kakak. Kesat air mata aku adik, seperti dulu. Tapi tolong jangan sama mengalir seperti aku. Aku tak kuat untuk itu. Aku bangun setiap hari kerana kamu kamu. Subuh ini saksi. Aku luahkan pada hati sendiri. Hidup paksa aku menangis lagi...

Sejujur aku.

Sunday, July 3, 2011

patung patung

Apa rasanya jadi patung patung bisu? Dan tak salah kalau aku ditakungi airmata pada seperkecil perkara yang cukup temeh kau rasa. Mengerti dunia, aku tidak punya bilang bilang sebanyak kamu, sebanyak mereka. Madah untuk terguris lingkarannya gergasi dari yang kau jangka. Kapan hari aku tak punya rasa datang, kau lihat kau rasa. Apa rasa itu indah bila kau terasakan? Untuk aku yang selalu jatuh, bangun nanti aku pasti merasa lebih tampan dan tergagahkan. Tapi, jangan biar aku merasa terbekukan, nanti kau lihat bagaimana kau tercampak sakitkan...

Thursday, June 30, 2011

jar of hearts

Tak ada kata, cuma terlalu perih mendengar rungutan setiap yang pernah ada dalam hidup ini. Setiap yang pergi tak terkecuali selalu menjadi bagian terindah dalam hidup ini dan nyata rungutan kalian meninggalkan luka dan bekasnya hingga mati. Aku tak mampu untuk menjadi yang kalian mahu. Apatah lagi untuk bahagiakan kalian, kasih apa teman. Bahagia aku tak punya untuk di bagi bagi. Pergi selagi hati redha dengan ketertidakmampubatasanku. Pergi...







p/s : maaf dan terima kasih

Wednesday, June 29, 2011

checkmate kawan


Hai kawan aku nak cerita. Bukan suka bukan duka. Tapi tentang benci yang kau cipta. Api sengketa yang dah bahang terasa. Masa suka sebok melata ke mana mana. Dah rayu tak diterima, mula mengata. Cermin diri kawan. Ukur lilit seluruh badan. Biar tak lupa asal berjalan. Biar tahu mana bumi kau pijak bertatih. Biar rumput tak kau henyak berlari. Biar taik tak kau dongak ludah ke langit. Sedar kawan tangan mana yang kau genggam. Kaki mana yang kau pijak. Hati mana yang kau kongsi. Muka mana yang kau talamkan. Sedarlah kawan...

Tuesday, June 28, 2011

daya

Keringat dah membasah tubuh. Terik kian memancar. Seka peluh. Jatuh dan peluk tubuh. Aku penat. Berjalan atas perbedaan. Terasa mencucuk kaki aku. Mana perhentian tak aku temukan. Untuk terus berjalan aku tak tau tujuan. Lemas di daratan yang tak aku temukan kolam atau lopak, sedang jiwa sangat terdahagakan. Aku kini sangat lemah. Aku benci...

Monday, June 27, 2011

cermin muka kawan

Aku. Dah malas untuk tahu. Aku rela mati nafsu. Aku rela mati deria. Biar aku diulit lelabah. Biar bersawang hidup aku. Pun tetap aku tak mau amik tau. Banyak berkomunikasi, banyak berinteraksi, banyak orang di sisi. Banyak jugak hipokrasi. Diskriminasi. Penuh benci. Campur lagi hasad dengki. Nyata kau kau makin senang tanpa aku. Apa lagi kalian mahu? Tak cukup lagi ranapkan aku? Aku bukan buat mega sale yang bila suka suka kau je nak shopping macam esok dah tak laku. Bodoh! Balik cermin muka kau satu satu. Belek seinci seinci. Kau tak perlu aku!

syukran


Its quite late, but I still love diz moment much and appreciate it a lot. Thanks! But I hate when u ask "nobody celebrate ya bufdae?" There are tears that will drop anytime but as u know me well. I'm not goin to cry fer a lil thing. Lil thing??? Keep smile and hide everything from all. Let's walk again till the finishing line...

Sunday, June 26, 2011

bodoh

Ade yang memberi dan menerima. Ade yang memberi tidak menerima. Ade yang menerima tidak memberi. Pilihan selalu jatuhnya pada lelaki. Patuhnya akur si perempuan bodoh. Bodoh apa memperbodohkan. Enak memperbodohkan. Kerdil diperbodohkan. Bagi aku sekali pilihan memperbodohkan. Bukan terus menjadi si bodoh yang tahu diperbodohkan, tapi masih terbodohkan. Apa kau merasa tampan memperbodohkan? Apa kau tak rasa kau bodoh memperbodohkan si bodoh yang tahu diperbodohkan dan berlagak terbodohkan? Ok totally bodoh.

Ketika ini : Gila aku ketandusan, sampai typo berulangkali nk type bodoh. Bodohkan ?

Saturday, June 25, 2011

berangan

Terkadang angan mencecah untuk hidup bersama mereka berkongsi kasih:

#Pemotret : Biar setiap mimik rasa aku pampang sering kau potret ke lensa milikmu. Kau albumkan aku.
#Pemusik : Biar setiap aku kau iramakan ke dalam lagumu. Inspirasi katamu.
#Pelukis : Biar setiap lekuk mukaku kau lakar indah di canvas putihmu. Kau mural di dinding pun aku mau.
#Penulis : Biar jalan aku kau tahu dan kau puisikan menjadi novel hidupmu.
#Pelawak : Biar setiap garit luka terhembus jauh di setiap lelucumu. Penuhkan hidupku dengan jenakamu.
& #minda tak berkembang nak tulis entri..boooooooo

Thursday, June 23, 2011

basi

Aku mohon jangan lempar harap. Aku mohon jangan pasak kata. Aku mohon jangan ada janji. Janji apa basi? Setiap harinya aku, aku juga begitu. Tak pernah dewasa untuk mengota kata. Tak pernah besar untuk meminta kata dikota. Basi. Aku biarkan setiap lafazku, setiap janjiku palsu. Pada emak, abang, kakak, adik, teman, guru, kenalan juga musuh. Nyata tak salah kalau aku tersampahkan. Tak salah kalau aku di alienkan. Dan tak salah juga bila aku menghalang manusia manusia pendusta menebar janji. Aku tak mau kau kau juga tersampahkan. Mau gah, ahh janji kau megah. Lusa kau payah, kau buat tak endah. Taik!

p/s: maaf atas janji yang aku buat dan terbuatkan. Khilaf...

kristal




Apa rasanya jadi semanis ini untuk dicium sang cinta, untuk dicium sang kasih, untuk dicium sang sayap? Bahagia kerana mereka lahirkannya. Mereka akan selalu ada atas janjiNya. Kesatria jadi sang bidadari selahzah...

Wednesday, June 22, 2011

lalu

Lelah buat aku menanyakan. Apa senyum itu masih tampan untuk aku potretkan ke wajah lesu? Apa hati ranap ini masih tegar untuk terpacak megah? Apa mercu bahagia sangat jauh untuk aku kibarkan milikku? Lari bawa secebis hati. Telanjang tubuh mamah mentari. Dan saat aku cuba membahagiakan, aku terus terus tertewaskan. Cuit daguku. Angkat wajahku. Lihat mataku. Air itu terus di situ. Tak kira seberapa inci senyum aku lelong masih hati ini cair beku. Teriak kuat kuat. Biar aku masih dengar riuh rendah. Hilai menghantu. Biar aku tau kau masih khayal indah dalam jalan liku kau lalu. Jangan tanyakan, apa aku mau. Aku tak tau dan aku cuma lalu tanpa kalian perlu...

Tuesday, June 21, 2011

nafas masih tak henti

Mimpi yang saban hari tak pernah sudah, sejajar anganku yang kau eksploitasikan salah. Sedang kirmizi kenyataan milik aku dan kau yang jarang indah. Kau menuding dan meludah. Layani aku seperti sampah. Seperti kelmarin rasa ini masih buat aku terkucil menggigil. Seperti sebelumnya, ranap ini masih paksa aku senyum. Seperti hujung awalnya, jerit ini masih aku kelambukan. Datang pada aku, tanyakan apa kau tahu rasa milik aku. Apa bahagia milikmu laku kau jual pada aku?

Tuhan, hari ini kau biar aku berhembus lagi. Terima kasih atas setiap jalan Kau kirim ke aku. Terima kasih untuk liur yang mereka ludahkan. Teruskan bila aku masih tak hairan...


Terima kasih darah cinta untuk setiap rezeki yang aku makan hari ini bersamamu. Allah panjangkan umurku...

Monday, June 20, 2011

lapan

Mata belum buta, telinga belum tuli, mulut belum bisu, hati masih rasa. Jerih melihat kau punah. Perit melihat kau rabak terkoyak. Goncang pundi air mata aku, biar tangis itu kau kirim padaku. Infrared pun aku mahu jika kau perlu. Jangan penat di perjalanan ini hingga terlucutkan. Jangan lelah di medan ini bila kawasan tak lagi kau tawan. Renung sedalam ini, biar kau tak terkecualikan. Mega belum jingga untuk kau hitamkan. Bangun dan nyah dari lopak nista. Kejar sungai, basahkan keringat mata. Simpan beku rasa itu, tak kan bawa kau ke cerca bahagia. Aku email Tuhan lagi, moga kau tabah dan peluk ria...

Saturday, June 18, 2011

untuk pengkarya raksaksa

Sini kasih yang tak pernah aku sua. Sini dengar aku balas cerita. Aku, aku si gadis yang tak punya apa apa. Jauh sekali untuk menjadi raksaksa. Aku tak pernah impi untuk jadi penghalang. Jauh sekali untuk menendang. Bukan aku orangnya cipta bahagia atas duka. Entri aku buat kau terasa. Bukan salah kau, bukan salah mereka si pembaca. Kerna aku tak pernah specifickan nama siapa. Dah aku bilang hanya untuk yang terasa.

Aku, ya aku tak pernah besar dan sering menjadi anak kecil yang terkial kial. Aku si orang yang kau bilang tak matang, penuh angan angan dan ego. (sikit tidak aku menyangkal)  Dan kaulah Tuhan kerana memahkotakan aku dengan taik ketarafan mata kau. Terima kasih untuk kelayakkan yang kau curikan untuk aku.

Dibenci gadis gadis..itu aku. Namun untuk bercerita perihal jalan aku lalu, biar terus dengan anggapanmu. Maaf atas terlanjur calar tanpa sentuh. Esok nanti, pasti aku kembalikannya lagi. Aku tak pernah mau memiliki. Ambil semua jangan ada sisa kau bagi lagi. Nanti ubat aku bagi, kau luka sendiri...

Wednesday, June 15, 2011

secebis

Aku tak ada senyum untuk kau potretkan
Aku tak ada rasa untuk kau bahagiakan
Aku tak ada hati untuk kau penuh isikan
Semalam aku telah kau borongkan
Dan kau lahapkan tanpa ehsan,
Penjara hidup tak kenal siapa
Haiwan atau manusia
Siapa terpenjara dan dipenjarakan
Kehidupanmu atau jiwamu
Kau harus jalan hingga tak ternafaskan...

tawanan

Aku umpama berdiri membelakangi neon. Bual aku terdengar. Tampak aku tak kau lihat. Aku tak kau hitamputihkan. Wujud aku kau halusinasikan. Apa sedang kau lakukan? Ratah tubuhku hirup rasa milikku. Apa kau merasa aman dan nyaman? Kau lupa sepasang mata bundar milikku. Kau lupa untuk amik tahu. Kau rakus mendepa tangan. Rangkul aku jadi terhambakan. Sampai kapan aku mau kau tawan? Lepas putus rantai ini. Biar aku tak terpenjarakan. Aku juga mau mencangkir kopi pekat pemberian Tuhan dan merasa ternikmatkan...

Monday, June 13, 2011

soal jalan

Ape rasanye berjalan dan menyedari jalan yang kau lalu itu tak bawa kau ke mana yang kau impikan? Jalan yang tak kau temukan u-turn, tak kau temukan simpang, tak kau temukan apa apa melainkan lurus semata. Kau terhenti dan menoleh. Melihat lambaian tangan. Ada yang menangis di belakang. Ada yang melompat kegembiraan. Ada yang cuma sekadar senyum sinis. Haruskah kau hulur tangan agar mereka gapai? Golongan manekah yang akan gah menggapai? Lambat lambat kau tak lagi lihat mereka. Kau harus jalan lagi dengan rasa ini. Setiap sendiri kau diperkosa rasa terbelah. Bila dan di manakah perhentian kali ini?

bagian hidup

Untuk kalian yang pernah lewat dan lalui jalan yang aku lalu, sungguh hari ini aku cuba mengingati kalian satu persatu. Juga detik detik itu. Keluarga, teman, kekasih, musuh atau sekadar kenalan. Kalian bagian yang tak terungkapkan. Kalian umpama kepingan puzzle yang lengkapkan hidup aku sampai sedut nafas terakhir aku. Pinta maaf atas segala keterlanjuran aku melapah hidup atau hati kalian. Ketersusahan, keterbebanan kalian dalam mengenali hidup ini. Sungguh aku tak mampu bayarkan. Terima kasih atas setiap ajar, setiap senyum, setiap cerita, setiap rasa, tak kira bagaimana abstraknya kunyahan. Maaf lagi kiranya kini aku tak lagi sama seperti akar yang kau kenal dulu. Janji yang tak tertunaikan. Kata yang tak terkotakan. Bebual yang tak mau terkecilkan. Sentuh yang terkuatkan. Jalan kita yang tak lagi tersamakan. Maaf, maaf kira aku semakin melupakan. Tak kira watak apa kalian dalam wayang hidup aku ini, aku hargai dan sangat aku butuhkan dan tak mampu aku senaraikan. Maaf dan terima kasih atas junjung milik Tuhan aku kirimkan. Aku terlalu kecil untuk berhadapan kalian...

Sunday, June 12, 2011

janji ke mati

Mungkin agak kurang ajar kalau aku bilang semua janji ke mati kau tu sampah. Mungkin agak celaka kalau kau reveal sumthin tentang orang yang kau sayang dari orang. Mungkin aku boleh benci. Dan aku mengaku, itu sial! Ape yang mampu buat aku campakkan dusta ni cuma satu. Ingat yang aku juga kadang sering begitu. Time suke, everything untuk kau ialah bunga. Bila tak ade, everything is taik! Aku tak mau ingat budi yang kau tabur sebab aku tak mau hanya kerana itu kau teragungkan. Jadi manusia, tak salah kalau kau berdepan dan melukakan. Jangan kau lempar batu kau sorokkan tangan. Aku bawa ke mati janji kau dan sampah ini. Terima kasih bro!

Saturday, June 11, 2011

kacau

Aku tatau nak buat entri. Sekejap aku rase lost. Sekejap aku rase worst. Sekejap aku rase oh gosh. Entah. Tak ada idea nak buat cerita. Cuma mungkin minda telah diperkosa kepeningan, kekeliruan hidup. Anjakan paradigma yang fucker buat aku flashback everything milik aku dulu. Arghhh, siapapun kau tolong tumbuh baik baik. Kau tak pernah rugi tanpa aku. Ini hutang yang kau bagi..

bimbang

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh
diriku

melly

Friday, June 10, 2011

anak opera

Kenape selalu tak ada perasaan? Aku yang terlewatkan atau aku yang terkecualikan? Immunity dalam diri buat semua hilang rasa peduli wujud insan ini. Bagi aku watak, aku akan mainkan dengan baik. Jangan pernah esok kau sesali. Anngap semua ini cinta lokasi. Mari terus genggam dan jalan keliling dunia ni. Sampai masa kita akan berhenti. Pulang ke asal dan luputkan aku dari senarai. Aku tak pernah mau menang trofi seperti mana aku tak pernah mau bersaing bersama bintang gemerlapan. Cerita cerita kita, anggap je sebagai gosip semasa. Penat mereka memerhati dan menspekulasi, mereka akan berhenti bila kita tak lagi dalam satu cerita. Jangan tanya ape aku lelah atau luka. Aku dilahirkan sebagai anak opera untuk entri ini. Tolong mengerti dan andai kau tau sakit ini, tolong sama senyum dengan aku dan jangan dipersoalkan. Biar aku lupa dan teruskan. Jangan juga kau andaikan, sebab kita semua tahu akhirnya aku akan dijatuhkan. Jadi hingga hujungnya mohon perikemanusiaan atas keterdegilan aku meneruskan perjalanan...

selfuck

Takut untuk sepi buat kita jadi manusia selfuck! Pijak orang suke suke. Guna orang tak pakai jiwa. Yang penting kite selesa. Lupe pada esok milik siapa. Otak letak tepi. Hati orang kita kunci. Rasa orang kite cakap pegi mati. Selfuck terus nodai diri. Suci hati tak lagi ade erti. Ape ade hal. Pijak lagi. Jalan mudah nak naik tinggi tinggi. Dah tinggi tinggi lupa diri, maki maki buat orang terasa hati. Mana rasa peduli? Tak pernah ukur diri. Sampai bila nak hidung tinggi? Sampai bila nak orang terus ranap hati? Sampai mati?

Thursday, June 9, 2011

anugerah terindah

dongeng buat Qaseh

Kenapa tak jerit? Kenapa tak berkaca? Kenapa tak rayu "Hey, peluk aku!". Akarnye bukan tak ada rasa tapi tau akhirnya sejak mula. Little Mermaid yang sering menari hibur putera walau setiap jejak kakinya ke Bumi tu 'Allah,sakitnya' dah pun sampai masanya. Disuruh pilih bunuh putera tika sedang indah beradu memeluk puteri. Lilttle Mermaid rela mematera janji, untuk menjadi buih buih yang hilang. Kerana hebatnya cinta *kononnya, Little Mermaid terus kekal menjadi ombak putih di pantai. Tak lama, putera menjadi pengunjung setia pantai mencari Little Mermaid kerana kewujudan adanya dulu. Soal aku, ape putera mampu men'cium ombak? Apa dia mampu tau itulah Little Mermaid? Jawapannya tidak! Hell yeahhh.

Qaseh tertidur setelah mendengar dongeng Little Mermaid. Bonda harap, "esok Qaseh akan selalu menjadi anak yang kuat dalam hidup" Cium dahi Qaseh, esok bonda tak lagi bercerita...

Wednesday, June 8, 2011

manusia dewa

Bila kau tak tau ape ape selain pura pura. Bila kau tak lagi diberi pilihan seperti lelaki. Bila kau perlu jadi isinya perempuan. Bila kau tak lagi berhak untuk tentukan bahagia kau. Bila kau tertewaskan. Bagi aku tisu untuk sumbat leaking ni. Bagi aku dahan untuk aku pautkan. Bagi aku shelter untuk aku merasa aman. Pecah punah berai kecai hancur menjadi ranap. Kalian bilang, lebih baik buang kaca yang berderai dari terluka kerana cuba mempuzzlekannya. Tapi seperti yang mereka mengerti, aku si peragut pasir sedang yang lain merompak emas. Sedarlah kau, aku bukan manusia dewa. Aku tau mengeluh, aku tau lebur, aku tau sakit tapi kau tak tau itu...

janji

sewa hidup

Kontrak hidup ini telah Tuhan sewakan untuk aku. Hitam putih telah tercatat untuk aku lunaskan. Kecil terpijak, besar memijak. Teruskan walau tau ape itu. Pekakkah aku? Bisukah aku? Butakah aku? Kau yang tau. Aku tak mau tau ape yang aku tau. Relakan esok aku masih begitu untuk senyum yang aku pacakkan ke hati kau dalam dalam. Mari tagih Tuhan turunkan hujan, lacurkan bah ini. Biar sampai nanti, kau tak tau perih ini...

Hari ini aku tau, esok aku pura pura tak tau...

Tuesday, June 7, 2011

ape ni

Aku mau ucap terima kasih. Aku mau tunjuk kasih. Aku mau tabur buih buih. Aku mau meluruh maaf. Aku mau menjadi yang kalian mahu. Tapi aku tak tahu. Aku lantas teguh memilih menjadi si kuat. Si kuat yang sering mengusir bayang pahit realiti. Si kuat yang sering tidur dalam jaganya. Si kuat yang sering kau rangkul dalam ilusi pedulimu. Si kuat yang terlemah dalam serangkap tanyamu. Si kuat yang akhirnya kau kau singkap tabirnya dan merembes tangis di balik celopong topeng mata. Aku ingin bertanya sampai kapan aku harus menjadi anak kecil yang kau dakap, yang kau terus biarkan aku tersedu di bahu kau? Akukah yang kau gelar si kuat? Dan akan teruskah kau memayungi aku selamanya? Aku mengemis lagi pada yang sudi, pada yang punya peduli, pada yang memiliki hati...

Monday, June 6, 2011

bintang

Aku tak tau bagaimana menjadi bintang yang terang. Aku tak tau bagaimana menjadi bintang yang dipuja sang cinta. Aku bintang malap suram yang perlu kau teleskopkan kewujudannya. Aku bintang kerlip yang kau selalu tenggelamkan cahayanya. Kerdipan aku bukan kerana bahagia. Kerdipan aku mengalir titis air milik senja.  Silau neon dunia suluh halusinansi tampaknya. Malu malu aku menarikan kerdip cahaya, mungkin perlu  mengemis Tuhan untuk tambah voltan kuasa. Supaya wujud aku dari corong teleskopmu boleh buat kau suka walau seketika. Mari dongak langit gelap, supaya tak angkuh dikilau sang gemerlap...

Thursday, June 2, 2011

mohon sang semalam

Untuk setiap jala duka yang aku kait dan tebar lilit seluruh tubuh kau. Untuk setiap kepala yang aku pijak untuk aku bangun. Untuk setiap tusuk yang aku tikam dalam dalam. Untuk setiap titis dan sakit yang kau bawa setiap esok kau. Pasti, pasti akan aku bayar nanti. Bukan soalnya salah milik siapa. Tapi pada tanda soal akhirnya yang kau lupa bernoktah di bawahnya. Bukan karma yang aku junjung. Tapi qada dan qadar yang tertulis di arasyh. Pada diri yang pentingkan sendiri. Pada aku yang tak mau mati. Pada aku yang takut pada semalam yang kau korbankan. Maaf atas keterlanjuran ketamakan, kelahapan aku memilih Muhammad Farkhan Othman dalam perjalanan esok aku. Pasti cash yang Tuhan tetapkan akan aku debit dan creditkan ke dalam akaun kau yang aku hutangkan. Mohon untuk terus lepaskan diri kau dari sakit yang aku bagi dan biar sakit itu aku bawa mati. Tumbuh baik baik seperti si lotus blossom in the mud. Mohon ampunkan...

tak ada lagi yang terkecuali

Bahagia itu tinggal sedikit. Mereka gali. Mereka korek sedalam dalamnya. Mereka kaut rakus dan ambil semuanya. Mereka tolak tubuh kecil aku hingga terjerumus ke dalam lohong kosong. Kini lohong kosong yang aku diami bah. Dengan lekit basah aku panjat ke pinggir. Aku terus berjalan lemah. Mengaut tangan tangan yang tak serakus mereka mereka. Aku senyum seperti si rakus yang punya bahagia. Walhal aku tak punya apa apa selain bah yang aku curah. Dalam keterkecualian aku dari bahagia. Aku sambut tangan yang tak berdaya. Aku berikan bahagia yang aku cipta. Moga tangan yang tak berdaya itu boleh mencecah langit menadah Tuhan terus menanam bahagia. Agar esok hingga akhirnya, tak ada lagi insan tak berdaya terkecuali dari bahagia...

Tuesday, May 31, 2011

blogging tanpa jiwa

Kau pernah buat entri dalam keadaan marah? Aku pernah. Dan kau tahu ape hasilnya? Entri kau nampak bodoh, nampak loser. Bila marah aku rase macam nak maki orang je. Alahai hebat mane aku? Bila dah lega, aku rase macam hame. So, setiap kali marah aku cuba mengelak. Jauhkan diri dari sesiapa. Take time nd space secukupnya. Layan niko dan paling teruk menangis. Betul kate kau kau kau, kalau aku mermaid aku cuma mermaid versi ikan kering. Tapi aku plastikkan jiwa sebab itu kimo untuk aku ketawe. Esok mungkin tak panjang untuk aku terus marah..

Aku buat entri ni dalam keadaan marah yg masih ade sisa dan hasilnya aku tak jumpa diri aku dan entri ni tak sampaikan pape...

kenapa aku pergi

Diam aku, bisik aku, bilang aku, jerit aku, selalulah kau di situ. Temani aku dan akan aku buat kau selamanya juga di hati. Tapi, kalau kau masih sibuk dengan waktu yang termiliki, mungkin hanya kerana itu aku akan pergi. Waktu belumpun tua tapi kau sudah lupa temani aku. Kau lupa ubat yang pernah aku beri bila senyum kau miliki. Jadi putus kan jawapan aku beri, celake aku tak ready. Mari terus bermain tarik tali tapi nanti jangan sampai kau jatuh menyembah bumi. Pasti nanti kau cari aku lagi dan aku sudah tak ada lagi...

Monday, May 30, 2011

untuk aku

Seksa waktu , derita tubuhku , sakit hari ini mengenang detik berlalu , kau pergi tak berpaling lagi, .
Acap kali ku menuduhmu acap kali ku ingkarimu , aku memang dilahirkan begitu, .
kau tahu betapa tinggi khayalku , setinggi semesta lebih begitu , walau aku tak mampu, .
pernah dahulu aku lemas dalam dakapanmu yang kau panggil sayang , .
selalu alpa untuk bisik ke telingamu hanya satu ku ingin kau tahu, .
aku sentiasa ada untukmu walau usia memamah tubuhku , .
aku malu aku pergi dahulu tapi aku kini termangu2, mana suaramu suaraku , mana pujukmu pujukku, .
bukan aku lagi yang terima bukan kau lagi yang merasa, .
bergenang air dari deria penglihatanku , terasa tertusuk organku, .
tenggelam jasadku tenggelamkan diriku lemaslah aku kini, .
terkubur aku , aku kan terus jadi milikmu. .
kaulah yang satu. . . .

by : my ex, ahfei ai

Sunday, May 29, 2011

dalam hujan

Kau rasa apa bila orang yang kau sayang dan sayang kau dulu atau kini, menangis dan merayu bahawa dia terlalu rindu, terlalu sakit, terlalu tak lagi mampu untuk terus hidup tanpa senyummu? Aku rasa sakit itu kau bluetooth kepada aku. Airmata itu kau sending dan aku printkan dengan mataku. Kita sama berjurai di corong teknologi. Tanpa aku tahu, aku sekali lagi menjadi manusia si pengkapak hati. Aku bunuh senyum kau. Aku bakar jasad kau hancur. Aku leburkan impian impian kelmarin. Dan hanya mampu memohon agar kau tak terkecaiberai kerana kejamnya aku memilih hidup sendiri.

Hujan, basahkan walau seincipun tubuh aku. Biar, biar aku menggigil. Biar aku lemas dalam kelebatan curahmu. Biar aku tahu sakitnya dia tanpaku dan biar aku terjelopok dalam lopak dan menagih Tuhan, agar diberi semua bahagiaku untuk dia penuhkan dalam kontrak perjalanan yang Kau tuliskan untuk dia...

tolong

Kau kau kau, untuk setiap rasa yang kalian beri. Untuk setiap waktu yang kita jalani. Tolong hentikan perjalanan ini. Tolong biar aku sendiri. Aku dah tak larat lagi...

Saturday, May 28, 2011

kalian, kau dan kau

Aku salah pada kau kau. Salah pada aku. Dan akan aku bawa mati salah itu. Senyum ketawa kalian bagi aku hargai. Lambung aku tinggi tinggi. Tenggelamkan aku dari sepi. Tapi, paling saja muka, bergenang lagi, dan saat tertemukan sayap yang sering aku gayutkan. Akhirnya tumpah jua airmata yang aku tahankan. Tapi kau bilang " xmoh nanges" dan aku ketawa lagi. Mari lambung aku lagi. Supaya aku tak berkesampatan menangisi diri. Dan esok darah beku aku menjadi cancer tahap mati. Kerana aku si bodoh yang dia gunakan hati untuk bahagia sendiri...

Buat kau, maaf kerana biarkan bayang bayang aku berlegar legar di ruang dunia kau dan mengundang sakit yang tak tertanggungkan. Melihat aku masak, melihat aku sedang belajar, melihat aku sedang baring menonton tv, melihat aku melabuhkan kaki di dashboard. Maaf, kerana terlalu kejam seperti yang kau cakapkan. Aku tak mampu untuk buat kau senyum kembali. Dan aku tak punya u- turn untuk kembali...

Friday, May 27, 2011

pohon hujung tersenyum

Boleh aku tak mau tulis entri, dan biar terus ranap ini tersimpan sendiri? Boleh kau faham aku walau aku tersenyum? Boleh kau ada walau aku hilang? Boleh kau bahagiakan aku? Boleh kau tak terus hukum aku dengan kesalahan palsu yang kau nampak? Boleh kau tengok bayang bayang belakang aku? Boleh?

Kau kau kau, aku penat lelah letih lemah lesu. Bagi aku menangis. Jangan terus aku simpan ranap ini. Dan sebelum aku hilang, tolong bagi aku hujung yang tersenyum untuk terakhir kali. Terbang tinggitinggi, kalau jatuh berkecai, mohon tumbuh jadi sepohon pokok. Biar mereka yg hidup bernafas senyum...

Thursday, May 26, 2011

jalan jumpa Tuhan

Kau bawa aku terbang tinggi tinggi, bawa aku jumpa Tuhan. Mungkin, aku akan kurang email Tuhan. Sebab kau bagi jalan untuk jumpa Tuhan. Pertama jumpa Tuhan, aku lupa cakap apa. Tapi bila aku meminta, aku rasa macam nak menangis berderai. Baru jumpa Tuhan, aku dah meminta. Berapa lama aku tak jumpa Tuhan aku tak pernah kira. Pagi pagi kau kejut aku suruh pergi jumpa Tuhan, tapi aku skip lagi. Jahatkan. Selalu ingatkan aku, supaya aku tak perlu lagi email Tuhan. Supaya aku tak lagi tunggu Tuhan balas email bodoh aku. Terima kasih sayap sayap bagi aku jalan mudah untuk merayu Tuhan...

dua entri

Hari yang kita miliki adalah hari di mana kau jalani kimoterapi. Dengan aku sebagai doc nd kau sebagai patient. Pasak kukuh hati supaya esok kau masih senyum lagi dan derita itu berlalu pergi. Supaya izin Allah beri, kau akan terus bernafas senyum lagi dan aku pergi...

Semalam, aku tak acuh pada kepedulian kau. Mencari bahu milik kau bila aku lemah berdarah. Lepas legar bila aku berlari ketawe. Saat kau terpunya aku masih senyum dan bahagia. Tapi langkah penjare yang kau cari bahagia, mengundang duke aku. Bila sang bijak bistari tak lagi mengingati jadual hari aku. Bila sang pencinta, tak lagi tahu apa itu peduli, apa itu hidup mati. Aku terbiar di lorong gelap. Dengan luka atau birat yang aku ubat sendiri. Jauh, jauh sudah. Dan aku fikir aku sudah lali tapi semalam aku mengait bukti yang aku masih mau dipeduli pada mereka yang tak peduli...

Wednesday, May 25, 2011

berhenti bermain

Tak nak maen kejar kejar lagi, sebab aku bukan manusia yang kuat berlari.
Nanti kau penat lari sendiri.
Tak nak maen sembunyi ibu lagi, sebab aku bukan manusia si perempuan sihir tuk cari.
Nanti kau sembunyi tak aku jumpa lagi.
Tak nak maen tingting lagi, sebab aku tak ada daya seimbang yang kukuh untuk lama berdiri.
Nanti kau pasak teguh sedang aku ke bumi.
Tak nak main baling guli lagi, sebab aku tak punye banyak guli untuk aku cagar mati.
Nanti habis semua guli tak mampu aku beli.
Aku manusia si pendusta diri. Tapi boleh kau bagi sekali ini untuk aku menjadi si pari pari?
Cukup masa aku pasti pergi...

terbang untuk jatuh

Ade satu masa yang aku rasa aku tak mau terbang. Aku takut tengok langit gelap. Aku takut angin kuat. Aku takut jatuh berkecai. Tapi aku antara manusia degil yang sering melukekan diri sendiri. Dan aku terbang jugak dan jatuh, jatuh ke bumi. Sakit. Menangis. Tanya pada diri, kenape mau bila tau ape yang bakal berlaku? Hati jawab, aku berharap supaya langit cerah aku boleh gapai afta tempuh mendung pekat.. Bodohkan? Jangan bagi aku terbang kalau kau tau aku akan sakit, sebab aku 216% percaye aku akan terbang terlalu tinggi dan jatuh.

little mermaid

Hadir aku, anggap saja sebagai The Little Mermaid. Selamatkan kau dari lemas. In love with you. Willing to do anything, bear to live with full of hurt, accompany you nd hope that i can be your princess. I will love you nd keep it deep in my heart only. Kiss you when you are sleep nd  held the dagger over my heart. And at the last, i will disappear  like a white sparkling foam, when you meet nd in love wif another girls.

Please, please don't be hurt without me nd fully live your life sayang...

http://www.childrenstory.info/childrenstories/thelittlemermaid.html

Tuesday, May 24, 2011

dedikasi sang mantan

Semalam,
Kain lukisan putih itu kite corakkan. Palit seribu warna. Indahnya.
Ada tika, tertumpah hitam. Kain lukisan itu terkoyakkan. Pahitnya.
Satu saat, kita sama sama menyulam koyak.
Cantum walau tak seindah dulu dan hambur lagi sejuta warna.
Tapi pada akhirnya, setiap benang tertetaskan dan takdir menentukan.
Tak aku, kau mengakhirkan.
Hari ini dan esok,
Walau apepun, sungguh aku frame kan, aku gantung untuk jadi perhiasan.
Namun mungkin dan tak mungkin kita sambung mewarnakan.

Kalau aku katakan, "saya harap awak bahagia, jumpe yang lebih baik, saya bukan yg terbaik".. Damnnn semua kata itu dah basi dipakaikan. Jadi, kalau semalam ade sayang kenape hari ini ade benci? Kita sama sama ade rase, cuma jalan yang beda. Jangan ade benci kerana aku ukir nama kau kau sebagai kesayangan. Teruskan hidup seperti mana aku teruskan tanpa kalian. Dari hujung kaki hingga hujung rambut aku pohon kemaafan kira hadir dan pergi aku terlalu menyakitkan. Maaf...

Monday, May 23, 2011

email Aku

Aku kirim email ke Tuhan macam dulu, supaya Tuhan tahu, sealpa aku, aku masih milik Dia dan kembali pada Dia. Tapi setiap kali aku email, aku rasa xlayak. Kerdilnya aku.

Tuhan bagi aku pintu. Jangan kau campak terus aku. Aku masih takut. Andai, andai aku bukan yang kau tunjuk untuk cium syurga indahMu, tolong tolong tolong bagi merekamereka yang aku sayang, merekamereka yang sayang aku, merekamereka yang memusuhiku, merekamereka yang selalu ade di jalanMu, cium dan belai indahnya syurgaMu.. Tolong Tuhan.. Tuhan ampunkan aku.. Allahuakbar

Sending email done.. Waiting for email sending back.. Hopefully/hopeless

Sunday, May 22, 2011

gulagulaku jatuh

Move on nd say "Yeah, i'm strong enuf to face all of this rough time". Tapi kau tau ape yang aku buat. Aku rase macam anak kecil yang jatuh gula gulanya. Aku menangis hanya kerana aku sendiri dan tak ada yang menjemput aku pulang dari final exam sem last paper. Terduduk di tepi jalan dengan airmata bergenang ditemani gerimis membasahi tubuh kecil aku. Celakekan! Why should i cry for a lil thing? Macam fakk. Tgk duit kat purse, grab it nd go beli ice cream mangkuk fav aku. Bila sedih, aku selalu macam tu. Then take a cab. Meet my sayap nd forget the sadnez. Go fly fly away~

Hati, tolong kuat untuk hidup sendiri boleh tak??

terkalahkan

Untuk kesekian kali aku merasa patah lagi. Sayap kau beri apung aku legar legar. Tapi, aku rabun. Pandangan aku kabur. Nikotina demi nikotina. Bawa aku khayal dalam dunia tanpa senyum. Tubuh  aku dera, aku belati hingga birat berbisa. Cium jiwa aku, biar kebah segala paksa. Tolong kau buka empangan, agar bah airmata ini. Aku mau kau tenggelam dan kau selam dalam dalam...


Maaf. Aku terkalahkan, kita sama luka, tapi tak mau kongsi rasa...

Saturday, May 21, 2011

pembenci

I'm sick to deal wif any other girl xspecially person that i don't know nd i don't want to know. Please, please stop your stupid speculation bout me nd TO BE CLEAR, AKU TAK KEBULUR NAK BERJANTAN! nd thats the most important thing why i don't have any girlfriends + bestgirlfriend. Don't push me to hate YOU YOU YOU! coz i'm totally SICK of everything that they do! *middle fingger!! Kau tak tahu betape aku sayang mereka kawan kawan lelaki aku. Jangan la nak jadi idiot nak pk negative. nd if dah b my girlfriends or dah aku anggap lesbo tak perlu kot nak backstab aku. bullshit kan~

girls out there yg xmakan lada boh : xpayah nak terkucil.. i'm done!

triple capital k

Kemahuan dan kehendak bagi aku macam mimpi. Mimpi yang kadangkadang boleh kite set. Fikir hard sblm tido, ok then mimpi or tgh mimpi indah, terbangun then pk lg sambungan dia. Kita yang tentukan. Tapi mimpi gak boleh jadi sumthing worst nd melencong jauh dari ape yang kite impikan. And after wake up dr mimpi, bg aku tu lah keperluan. Keperluan yang selalu aku dulukan dari kemahuan dan kehendak. Keperluan yang harus aku pikul nd through even dgn muke paiseyh. Dan kemahuan dan kehendak aku turn to ranap nd menjadi angan angan bile aku click button on mata. Ade hidup yang mane kite xboleh paksekan demi, mungkin untuk tak meranapkan aku sendiri, orang yang aku sayang or orang keliling aku. Tak kira kau siape kite ade jalan hidup kita sendiri, yg tak mau kita kongsikan mungkin kerana 'kerane' tersendiri. Terus dan terus bernafas walau aku ranap, sebab esok dah tertulis...

Friday, May 20, 2011

roket kertas

Sayap lutsinar yang kau bagi. Paling dan paling buat aku mudah menangis. Lutsinar kasar pada jasad, halus pade jiwa. Persamaan mengalir dalam darah milik kita. Tolong tolong jangan jatuh, sebab aku akan tersungkur tanpa kau. Tolong tolong senyum dan bahagiakan lelaki paling berharga nombor satu dalam rentetan perjalanan aku. Tengok mak, tengok kau, tengok merekamereka darah kita, esok takkan ade senyum kalau kau semua tak ada. Terima kasih ade semua rasa dari emak, kau, dan merekamereka darah kita. Tuhan tolong bagi aku satu lelaki yang punya jiwa macam dia. Sungguh aku mau.

mood : bergenanggenang tibetibe...

Thursday, May 19, 2011

fikree kika

Mungkin termungkin dia satu dari sayap yang selalu ada. Selalu aku cari. Selalu merendah dalam ketinggian ego aku. Selalu bertahan. Selalu muncul. Selalu menjadi sebahagian aku. Selalu merasa sakit saat aku terkikis. Selalu membuah senyum. Selalu gila dengan ketergilaan aku.  Selalu dan selalu aku sandar. Aku tak tau hidup tanpa kau walaupun nanti pasti kau pergi. Sebelum waktu tu tiba, aku like er wanna say "terima kasih untuk setiap 'nyawa', setiap bahu, setiap suap, setiap waktu, setiap kau ada untuk aku".

*tisutisu.. takpayah kot.mungkin aku boleh lap ingus kat baju spain kau sobat! pelukpeluk

tunggul kayu mati

Tidak peduli dan jarang wujud. Aku sering dilabel begitu. Wujud hanya utk mengoyak hati dan memplaster senyum kat muke is freakinfuck. Ketawe. Ketawe. Ketawe. Ade bisik berkata 'aku bukan milik di sini'. Terasing. Dunia yang aku sendiri cipta. Kalau aku sebuah lukisan, aku gambarkan ia dengan banyak garis. Kau punya pemadam? Tolong padam.

Aku nak tisu. Kesat hati yg berdarah. Kau ke mari tapi masih jauh lagi. Kata kau kata, tah bila kau kota. Aku berdiri atas tahun tanpa bunyi...

egoistic

Aku antara manusia manusia yang meletakkan ego di langit. Aku juga antara manusia manusia yang sering menidakkan ketempatan aras ego sendiri di mata mereka mereka. Dan aku juga antara manusia manusia yang terleburcair dengan ego sendiri. Ego membuatkan aku menjadi wanita moden yang tak mau mengalah pada Adam. Ego membuatkan aku rela sendiri. Ego membuatkan aku hanyut menongkah medan hidup sendiri.

Dalam keteregoan melangit, aku pernah tunduk pada Adam dan menjadi wanita klasik yang dipandang cliche oleh wanita moden. Menguras dan menimbang titik titik jernih setiap hari dan pada akhirnya aku pernah mencium kaki milik Adam tanpa hasil yang tersenyum dan kerana itulah, aku semakin memasak ego...

Dan terhasillah Adam Adam yang terlukakan.. Maaf...

sayap

Tuhan, bagi aku sayap. Aku bukan mau terbang. Aku mau berlindung.

koyak lagi

Kau tahu bila tibatiba kau rasa airmata kau berhimpithimpit nak keluar? Hanya pada satu benda yang bukan milik kau. Yang kau suka. Yang kau rasa beri sedikit daripada cebiscebis bahagia yang tak banyak kau miliki. Satu benda yang pada akhirnya telah buat kau rasa kau tak mahu ada lagi.

Celake kan. Aku nak menangis pada apa yang aku tak mampu. Tapi menangis dalam keadaan aku flu adalah terlalu memenatkan. Dan pada akhirnya aku teringat kata aku sendiri yang "Siapapun mereka yang ada di sisi kita hari ini, tak akan selamaya di sini",  perlu aku tarik bagi kembang dan tak terpaksi pada merekamereka saje tapi juge pade benda tak bernyawa yang seakan jiwa aku! Ok fine, sedar bukan milik aku. Kali kedua aku rase mengalah lagi dan kalah.

Kau berjaya koyak jiwa aku. Ranap lagi...

Wednesday, May 18, 2011

tertinggal

Belum angan aku buktikan, kau naik lagi bertangga tangga dan aku kira sampai mencecah langit. Masa aku meratah usia sebagai pengulit ilmu berlalu terasa begitu siput. Sayup sayup terjengah jengah aku menyulam berita milik kau. Cukup terkait, aku senyum. Hati melutut akal waras menendang. Example tetap example. Yang sudah kau cium di langit kau hempas kuat ke bumi.

"Manekan boleh pipit terbang selevel enggang"

Tuesday, May 17, 2011

esok pasti ada

Lewat untuk tahu atau lebih tepat lewat untuk sedar diri. ITU AKU. Pada dasarnya aku mampu tapi aku MALAS. Malas untuk seperti kalian yang rajin bergelumang dalam bangunan usang tepi jalan di tengah bandar Joho dan enak mungkin diulit buku buku bodoh kira aku.

Bila kalian tahu, kalian nasihat aku. YE AKU TAHU. Cuma aku purapura TAK AMIK TAHU. Sampailah esok aku perlu berjuang lagi dalam pengiraan 6bulan sekali atau 3bulan sekali dan dalam masa beberapa jam aku akan menghabiskan tenage batin aku, hehehe* utk menghabiskan menelaah buku buku yang sekali lagi aku kira bodoh.

Tapi kau tahu kenapa walau di akhirnya aku masih berhempaspulas belajar, walau masih sempat berkelana di social web*, aku terlihat wajah emak, abangabang, akak, adikadik  cukup wat airmata aku bergenang*. Aku tau mereka mengharapkan aku. Pegang pada mata aku, kerana aku tak mau jadi manusia yg cuma tahu menghambur airliur janji busuk, Esok.., kalau aku, cukup kalau senang sikit atas susah korang selama ini, aku pasti akan senang dan bahagiakan korang. Esok pasti ada...

ok speechless* tisutisu

Domo-kun Cute