Domo-kun Cute diary jiwa ranap: 2015

Friday, November 20, 2015

Kalau Kau Ada

Feek,
Rindu. Rasa nak kau ada. Puas aku fikir. Siapa nak dengar sendu aku. Tak ada. Tak siapa. Untuk kesekian kalinya. Aku cuma ada kau yang macam tu. Tapi Allah dah ambil kau. Jauh dari aku. Kelu.

Kebelakangan ni. Aku jadi pembenci. Aku tak tau ini marah atau apa. Aku tak pamerkan. Tapi rasa ni sesak dalam jiwa. Rasa berpusu pusu peluh mengirai. Mungkin sebenarnya aku lebih marah pada diri. Marah sebab tak habis habis biarkan orang koyak koyak rasa aku. Aku lalu hari tersudut sendu menyesak nyesak malam aku. Rasa paling teruk untuk orang sekuat aku.

Feek,
Aku ingat hari mana aku nangis tersedu sedu. Kau diam. Sampai aku diam. Dan aku kata jom. Blah. Kau tak tanya apa aku rasa. Kau biar aku nangis puas puas. Kau diam. Kau diam dan faham. Dan aku selesa. Kau tak menyesak tanya.

Aku cuba. Bagi sebaik aku ada. Tapi, end up aku rasa teruk. Lagi teruk bila kau tak ada untuk aku pamer rasa. Esok esok, keadaan jadi macam tak ada apa. Aku tak cerita macamana sakitnya apa aku rasa. Aku tak boleh buat orang nampak teruknya rasa aku ada. Aku biar orang selesa. Sampai akhirnya, aku jadi tak pasti. Aku benci rasa ni. Rasa tak lepas. Rasa terpijak pijak campak kutip.

Mana harga sebuah rasa. Tolong. Bungkus sikit nanti untuk aku rasa ada harga.

Tuesday, August 18, 2015

Jangan Paksa

Untuk kesekian kalinya, rapuh ini sekadar direnggut masa. Kosong. Rasa berat ini kian mengalir jauh. Untuk peduli yang aku kurangkan. Untuk tidak meraksa fikir. Aku ubat diam. Macam mengail di laut. Ntah apa nasib. Bukan dia. Mungkin kita. Yang perlu sejajar jalan dengan rasa ruang yang dipinta. Tak perlu gigih gigih melangit , tak perlu peluh peluh mengeluh. Kalau dah orang tak perlu selalu ada kita, kenapa nak tersepit melawan tulis. Balik. Mohon. Ada jalan. Bukan sini. Mungkin sana. Yang kita genggam, kita rasa buat apa...

Caramel manis, aku jahat

Bahagia kita, bukan sekadar kongsi masa sama. Sebab bahagia sangka kita, beza pada orang kita bahagia. Kita tamak, tak nak kongsi rasa sakit. Kita tamak nak ubat hidup tertekan dengan sekadar ada dia. Kita tamak tak fikir dia siapa. Mahunya apa. Jadi, kita tuding balik hati bengkak kita. Kita salah sebab kita rakus nak hidup teratur mengejar masa depan. Hakikatnya, impian kita tak sama. Mimpi aku, syaitan. Mimpi aku, syaitan! Aku penat jadi baik. Penat sebab jadi baik untuk manusia. Jadi sebab itu aku penat. Aku lupa, manusia tak pernah janji akan balas baiknya kita. Aku lupa, hanya Allah janji buat baik, pasti dibalas baik. Tercarik carik aku dengan self-talk. Aku penat. Hakikat, aku jahat. Acah baik. Bodoh!

Aku tak nak, jadi jahat. Macam dulu. Terlalu jahat. Keji. Aku simpan kemas kemas balik buku hidup aku. Cukuplah jahat aku dulu. Cukup. Biar aku jadi siapa aku, yang tak perlu balik pada masa lalu. Aku mohon, lagi. Tanpa perkasa, dari kecil, aku mampu. Doa.

Friday, August 7, 2015

Serentak

Terlalu letih berjalan. Rasa terkapai kapai haus mengirup oksigen. Mata kabur. Berat seberat dalam yang tak terluahkan. Tika yang lain merembes jernih. Aku masih gigih kait senyum. Masih hebat menopeng tawa. Nak aku apakan rasa. Nak aku adukan pada siapa jiwa. Letih yang sia sia. Untung tetap pada yang berkuasa. Lintang datang melintang. Cuma aku mohon, setiap lintang, ada cahaya akhirnya. Setiap tabah ada bayarannya. Allah, aku berserah...

Monday, July 27, 2015

Cubalah sekadar bangun tak ada

Jadikan aku dari keping kepingan yang mencantum kukuh kala rapuh. Yang cuba merendah dalam kebengisan diri. Yang cuba diam tatkala tersakiti. Benarlah Allah sayangkan kita lebih dari kita mengingatiNya. Allah jadikan rahsia itu indah agar tak menyakiti kita. Allah lambatkan kenan pada minta kita, agar kita selalu ingat Dia. Satu saat Allah makbul doa hari hari kita. Dan nyata, apa yang kita minta hanya sekadar lebih menyakitkan dari berharap. Dan akhirnya, kita tak segan segan meminta. Rahsia Allah itu indah. Cuma dengan cara apa kita menghalusinya. Dengan rasa apa kita menerima logiknya apa yang kita minta.

Kita takkan tahu harganya dia, selagi kita rasa kita punya. Kita kebal dengan jengkel rasa. Tak mahu sikitpun fikir hilangnya apa kita ada. Dabik terlalu lena. Esok kalau bukan kita punya?

Sunday, July 26, 2015

Ada Pura

Hari ini, untuk kesekian kali aku tak pernah kira perincikan. Sedar tidak dah hampir 4 tahun bergelumang dengan ibu kota Malaysia. Selama ini juga aku tlah menjadi seseorang yang beda. Jenguk laman lama, taman bermain permainan. Tak ada serupa. Mana aku yang gemarnya lebih pada laptop dan tulisan. Mana aku yang sering tenggelam dalam DSLR dan keindahan. Aku dah jauh jadi bukan aku. Aku sendiri tak tahu. Rindu. Perasaan yang mencela mengejek apa yang ada. Punya banyak tapi pura. Hidup hanya sekadar berpijak atasnya. Adakah, sudah semakin sampai untuk pulang? Tuhan, tolong tunjukkan.

Saturday, July 25, 2015

Tak Ada Sempurna Tanpa Cela

Siapa kita nak melawan tulisan Dia. Jalan jauh jauh, henti pada cabang jalan kita. Kau henti hanya untuk tahu apa jalan kau lalu patutkah lagi kau lalu. Jauh dah kau jalan dengan harapan. Kau nyenyak lena kerna kau rasa kau tlah temukan manusia dan masa. Benar kata orang, tak ada manusia sempurna. Tak ada sempurna tanpa cela. Kalau esok dah tulisan Dia, yang bukan mimpi kita. Berdoalah dunia masih penuh dengan cinta. Berdoalah bahawa kita tak kalah hanya pada rasa yang tak ada. 


"The road not taken by Robert Frost". 

Domo-kun Cute