Domo-kun Cute diary jiwa ranap: July 2015

Monday, July 27, 2015

Cubalah sekadar bangun tak ada

Jadikan aku dari keping kepingan yang mencantum kukuh kala rapuh. Yang cuba merendah dalam kebengisan diri. Yang cuba diam tatkala tersakiti. Benarlah Allah sayangkan kita lebih dari kita mengingatiNya. Allah jadikan rahsia itu indah agar tak menyakiti kita. Allah lambatkan kenan pada minta kita, agar kita selalu ingat Dia. Satu saat Allah makbul doa hari hari kita. Dan nyata, apa yang kita minta hanya sekadar lebih menyakitkan dari berharap. Dan akhirnya, kita tak segan segan meminta. Rahsia Allah itu indah. Cuma dengan cara apa kita menghalusinya. Dengan rasa apa kita menerima logiknya apa yang kita minta.

Kita takkan tahu harganya dia, selagi kita rasa kita punya. Kita kebal dengan jengkel rasa. Tak mahu sikitpun fikir hilangnya apa kita ada. Dabik terlalu lena. Esok kalau bukan kita punya?

Sunday, July 26, 2015

Ada Pura

Hari ini, untuk kesekian kali aku tak pernah kira perincikan. Sedar tidak dah hampir 4 tahun bergelumang dengan ibu kota Malaysia. Selama ini juga aku tlah menjadi seseorang yang beda. Jenguk laman lama, taman bermain permainan. Tak ada serupa. Mana aku yang gemarnya lebih pada laptop dan tulisan. Mana aku yang sering tenggelam dalam DSLR dan keindahan. Aku dah jauh jadi bukan aku. Aku sendiri tak tahu. Rindu. Perasaan yang mencela mengejek apa yang ada. Punya banyak tapi pura. Hidup hanya sekadar berpijak atasnya. Adakah, sudah semakin sampai untuk pulang? Tuhan, tolong tunjukkan.

Saturday, July 25, 2015

Tak Ada Sempurna Tanpa Cela

Siapa kita nak melawan tulisan Dia. Jalan jauh jauh, henti pada cabang jalan kita. Kau henti hanya untuk tahu apa jalan kau lalu patutkah lagi kau lalu. Jauh dah kau jalan dengan harapan. Kau nyenyak lena kerna kau rasa kau tlah temukan manusia dan masa. Benar kata orang, tak ada manusia sempurna. Tak ada sempurna tanpa cela. Kalau esok dah tulisan Dia, yang bukan mimpi kita. Berdoalah dunia masih penuh dengan cinta. Berdoalah bahawa kita tak kalah hanya pada rasa yang tak ada. 


"The road not taken by Robert Frost". 

Domo-kun Cute