Domo-kun Cute diary jiwa ranap: Cubalah sekadar bangun tak ada

Monday, July 27, 2015

Cubalah sekadar bangun tak ada

Jadikan aku dari keping kepingan yang mencantum kukuh kala rapuh. Yang cuba merendah dalam kebengisan diri. Yang cuba diam tatkala tersakiti. Benarlah Allah sayangkan kita lebih dari kita mengingatiNya. Allah jadikan rahsia itu indah agar tak menyakiti kita. Allah lambatkan kenan pada minta kita, agar kita selalu ingat Dia. Satu saat Allah makbul doa hari hari kita. Dan nyata, apa yang kita minta hanya sekadar lebih menyakitkan dari berharap. Dan akhirnya, kita tak segan segan meminta. Rahsia Allah itu indah. Cuma dengan cara apa kita menghalusinya. Dengan rasa apa kita menerima logiknya apa yang kita minta.

Kita takkan tahu harganya dia, selagi kita rasa kita punya. Kita kebal dengan jengkel rasa. Tak mahu sikitpun fikir hilangnya apa kita ada. Dabik terlalu lena. Esok kalau bukan kita punya?

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute