Domo-kun Cute diary jiwa ranap: April 2012

Friday, April 27, 2012

Asal baru

Persekitaran baru. Terlalu luas untuk aku berenang. Lebih baik aku berakit. Pelan pelan. Diam diam. Mungkin terlalu tua buat aku untuk lincah berkata walhal aku yag termuda. Diam dan mencuping. Yang baik jadikan teladan, yang buruk aku tapis tapiskan. Hidup kita bukan orang bagi makan cuma cuma. Perlu usaha untuk semua. Walau cuma senyum sebagai usaha. Jabat dan rapat. Tak ada lagi dalam kamus. Cukup kali jabat dan pergi. Hidup aku, biar cuma aku si rekayasa. Biar aku si penglipurlara. Jangan di biar anasir memaharajalela. Jangan biar sayang mengoyak setiap percaya. Setiap sayang biar cuma nanti. Tolong jangan kau terlalu fikir apa hidup aku lalu. Apa cerita aku diam. Apa angguk aku setuju.

Aku, biar cuma dengan aku!

Friday, April 20, 2012

Cuma cukup

Bila pahit cuma kau yang rasa. Bila pahit kau bawa hingga ke syurga atau neraka. Cuma. Jangan di tanya. Jangan dipaksa. Biar diam seribu bahasa. Kau takkan temu itu rasa. Cukup sekadar hidup telah robek sepenuhnya.Cukup sekadar sisa ini aku jahit pelan pelan bersama kosong. Jangan ada lagi. Aku mohon, cukup sekedar ini. Aku manusia boleh maaf tapi tak boleh lupa. Jadi untuk sekian kali, henti sebelum aku hentikan. Jangan buat aku macam tak ada perasaan !

Maaf~

Thursday, April 19, 2012

Tanggung-jawab

Menjadi manusia utuh bagi aku adalah di mana kau tahu apa itu TANGGUNG-JAWAB. Setiap yang kau tanggung pasti harus ada jawabnya yang mana mungkin cuma monolog dalam hati. Cukup sekadar kau mengerti. Tak perlu lelong di pasar, laung di konsert, heboh macam nak roboh. Senyum. Cukup kali~ Manusia utuh itu tahu menangis kerna tahu beban yang dipikul itu adalah tanggung-jawab nya. Menangis itu bukan si lemah. Menangis itu ubat. Menangis itu masih lagi kau kuat kerna kau tak seperti jemaah yang terpekik terlolong melahap daging manusia. Cukup sekadar tahu tanggung-jawab. Lalui normal hidup tanpa perlu mengekek dengan lelucon yang aneh lagi jijik. Mengapa perlu di lautan luas kalau boleh hidup sekadar indah di tub mandi. Hidup ini kita dan tanggung-jawab. Bukan menjadi tanggung tapi perlu di jawab jemaah bodoh. Peduli. Mereka tahi bila kau penuhi tanggung-jawab. Jadilah manusia rasional yang mengerti dan mengaplikasi. Bukan berbasa basi~ Percuma.

Saturday, April 14, 2012

Jelek

Salah. Salah itu jelek. Tapi pesalah tak pula jelek se'jelek salah. Kalau lah muka berubah mengikut salah~ Sigh.

Salah itu macam warna hitam likat yang tumpah pada kanvas warna warni. Salah itu adalah satu arca momen yang akan kekal menjadi tugu sampai nyanyok dunia. Salah itu jadi uji provokasi demi provokasi. Jadi lantang jerit sinis jamuan hari hari cuping. Apa enaknya kau melakukan salah secara jemaah kalau pada akhirnya jemaah yang sama cuma bakal jungkit jungkit bahu tak mahu tahu? Apa itu sangat tahi bukan? Mana yang kau panggil dia tahu, dia faham aku, dia saudara aku, kalau nyata dia cuma diam membisu buat tak tahu bila kau merayu pilu? Sini aku bagi lagi, itu sangat tahi! Bullshit~ Kau dan aku, masih dijalan itu. Jalan yang tak lagi tau apa itu apa. Jalan atas telunjuk jemaah. Jelek bukan? Mungkin~

Jelek = hodoh

Monday, April 2, 2012

Pelik

Manusia ini pelik. Ada masa kau terlalu kuat. Ada masa kau terlalu lemah. Ada masa kau langsung tak tau apa kau rasa. Statik. Hanya satu demi satu watak dalam momen kelmarin berlayaran cantik tersusun dengan wajah wajah momok sial mengejek. Berpesta menari bogel bergelakkan tarian kemenangan. Dusta berleluasa. Rai ~ Adakala pula wajah wajah bersih silih berganti mendialogkan " fikirkan diri sendiri dulu". Semuanya bergabung. Berdebat sang momok beramai ramai dengan bilah si bersih yang cuma jari jari. Dalam pejam kau senyum. Sakit. Kau raba mata, seolah tebal berinci. Hati ditumbuk, mata membengkak. Kau bangun, lari. Airmata ikut berlari. Pelik. Kau pernah dibunuh mereka dan sekali lagi kau terbunuh. Mati dalam mati. Semakin pelik.

Domo-kun Cute