Domo-kun Cute diary jiwa ranap: January 2012

Monday, January 16, 2012

Mereka selalu di hati

Setelah puluh kali dua lebih dua, takdir bawa aku ke sini. Memulakan hidup di Klang. Dengan keresahan bunda melepaskan, berbekal bakul pesanan, aku mengembara, memikul beban nyata. Skrip Tuhan bagi, manakan mungkin hidup menuju buatan skrip manusia. Setiapnya, airmata laju memohon permisi. Kadang memecah penghadang berlari lari. Aku ini cuma secebis perca. Menumpang di mana yang simpati sudi menerima. Aku mohon Email ini ku kirim lagi ke Tuhan. Agar setiap ibunda perit, setiap kekanda kekanda lelah mengeluh, setiap perit dinda dinda ingin menyambung tuntuntan ilmu termudahkan. Jangan kau takdirkan seperti kekanda kekanda. Biar kami alah pada dunia, jangan mereka menjejak sama. Mohon Tuhan. Dengarkan. Jauh aku di sini, aku mohon sayap sayap baru ini , Amie , Babey, Chukie cukup teguh untuk aku berlindung. Cukup untuk aku terbang sampai ke destinasi. Mohon setiap terlacur kata menempuh telingkah hanya seketika. Mohon kasih sayang kami berempat di Bumi Klang mampu untuk terus hidup susah senang. Buat teman sejati Feek yang telah jauh di mata, terima kasih Tuhan kerna kau kirimkan dia cukup utuh untuk aku berpaut selama hampir 3tahun. Mohon kau makbul segala pintanya Tuhan. Tolong juga kalian sedar, aku ini terlalu lama berdiri sebagai Lelaki, sekali kala mohon anggap aku ini perempuan, yang senantiasa diliputi kelemahan. Mohon Tuhan sementara jarak menjauhkan, jaga sebaik baiknya bunda, kekanda kekanda, dinda dinda, juga sayap yang senantiasa membela aku. Mohon juga permudahkan kami berempat di sini. Sumpah Tuhan, sayang tak terduakan. Mungkin kadang bahasa melacur hati kalian. Tapi sedikit sayang tak berkurangan.Maaf , maaf dari seorang insan yang sangat sangat sukar untuk memohon maaf.


#rindubondakekandakekandaadindaadindadantemanteman.

Dengar Tuhan, JAGA SEBAIK BAIKNYA MEREKA UNTUK AKU :'(

Thursday, January 12, 2012

Hidup tidak memberi pilihan

Setiapnya memutlakkan yang diam dan pergi itu sebagai lari dari masalah. Selama fikirku, apa yang mampu diubah saat amarah menutup semalam bersama? Aku lebih memilih diam dan pergi dari terus mencampak api yang sedia membuak. Ya aku akui sifat ini meletakkan aku pada penghujung setiap perhubungan. Aku lebih gemar berteman monolog sambil berjalan. Yang menunduk dalam ramai agar senantiasa tak terlihatkan. Seringkali manusia keliling aku itu bilang , "Kalau aku mungkin gila menghabiskan hari hari sendiri tanpa keluar dari bilik dan hiburan". Tapi apa mereka tau, aku ini hati yang terlalu kecil dengan patah perkataan. Terlalu kerdil untuk berdiri tinggi antara kalian. Cukup jika disebelah aku ada kamu , kamu yang mengerti aku. Kerna perlu dan sangat perlu kau kau tahu, aku bencikan momok momok yang berkeliaran. Mengusik dan memakan yang tak terbelakan. Aku mohon sama Tuhan, jangan momok momok itu memakan aku dan kamu kamu yang mengerti aku. Hentikan kalau cuma nanti jadi bahan ungkitan persengketaan. Biarkan aku dan kamu kamu hidup sekadar untuk tahu wujud tujuan. Kerna hidup membatas pilihan.

Rusuk Adam

Perempuan. Sesosok rusuk kiri seorang Adam. Terpisah entah tak tertalikan. Cuma hanya Dia tau siapa miliki siapa. Lantas pencarian itu bagai suatu perlumbaan. Gelap terang sesisi apapun telah mereka cuba lakukan. Aku sebagainya juga masih mencari dan mengharap telah yakin menemukan. Bukan bukan itu yang mahu aku utarakan. Cuma sekecilnya ingin meluahkan, apa wajar perempuan itu kau kurung diamkan dalam sangkar kau buatkan? Sekali ini, renung perempuan itu dalam dalam ke matanya. Lihat abjad abjad huruf yang menari nari membentuk kata dari matanya yang tak terluahkan. Apa cukup cuma untuk memuaskan? Sekadar memenuhi tuntuntan. Nah , kau ambil sunnah, kau canang iman. Kau besarkan telapak syurga dikakimu. Sedang kau lupa setiap pengorbanan. Kau matikan hidup seorang perempuan yang seolah depannya kau Mr. kan ke nama kau. Perempuan itu anugerah dari Dia. Jangan, jangan sekali kali kau siakan. Sebal, bebal, keras, dingin, apapun dia kenapa kau lupa itu rusuk kau? Kalau apa pun dia semua juga tercipta dari sebahagian dalaman engkau. Peliharalah perempuan. Tanpa perempuan manakan ada masa depan. Bimbinglah perempuan kalau tak mau sebelum langkah syurga ditarikkan. Setiap salahnya, maafkan. Sekeras lantang caci perempuan, bantulah perempuan melihat iman. Allahuakhbar~


#hanyakisahtercipta - tidak berkait antara hidup ataupun mati

Wednesday, January 11, 2012

Lemas di darat

Sepertinya hidup tak memberi banyak pilihan untuk bersuara lantang. Titik titik hari yang lalu seperti drowning in land. Seperti politik , kita diberi pilihan untuk memilih peneraju, padahal kita terpaksa memilih. Jadi bolehkan aku diam tanpa memilih. Stop. Aku kaku kekok mati bersuara tentang politik. Abaikan tolong. Hari hari aku lalu penuh dengan penyundalan kefahaman yang membawa kepada aku dan semalam yang terlalu lalu. Aku rindu dimana aku bangun aku cuma nampak sepasang mata. Aku keluar , aku dipesan tidak bergaul lebih dari apa yang sewajarnya aku miliki. Aku direkrut setahun untuk hidup dalam penjara. Ditemani cermin dan aku. Monolog dan air mata. Lantas hari ini menjadikan aku sukar untuk menerima anasir luar. Aku mahu hidup lalu. Biar tak maju. Biar tak dihurung ketawa dan borak. Biar ditemani diari dan airmata. Jangan, jangan biar aku lemas dalam ketidakfahaman dan ketersalahfaham yang mencetus dingin. Tuhan, aku mahu kirim e-mail lagi. Utuskan aku pari pari manusia yang bisa mengerti walau hanya sepatah kata aku. Aku penat. Mereka melahanatku dalam jeling. Aku benci. Benci hidup dalam keramaian yang menyiat setiap tubuh organ dalam aku. Jangan kau bunuh mereka, cukup jika kau hindarkan mereka dari setiap kata aku. Agar mereka tahu, aku ini sakit dengan tuduhan. Bolehkan aku mengemis lagi Tuhan . . .


Monday, January 9, 2012

Hanya gadis kecil dan air mata

Di sudut itu, aku melihat gadis kecil dan airmata. Sendiri. Aku menghampiri dan bertanya sewajarnya. Si gadis kecil cuma minta dipeluk. Aku memeluk dan masih lagi bertanya mengapa. Si gadis kecil cuma menggeleng sedu. Genggam semakin erat. Tak lama, ....... diam. Aku lihat gadis kecil dan airmata telah terlena dan membawa simpan dalam dalam setiap luka yang termilikkan. Tiada siapa tahu dalamnya sampai mati. Kerna si gadis kecil dan airmata terlahir sendiri berantaikan kotak yang menyimpan segalanya. Usah bertanya kerna kunci hanya milik dia.

Sunday, January 8, 2012

Populariti

Dah jadi trend nowadays, semua orang kelam keribut nak dikenali. Mana mana pergi kalau boleh " Eh Si polan si polan ni yang kat FB tu kan kan" . Facebook je kot . Pfffttttttttt --' Beza dengan aku. Hidup aku. Almost a month aku x accept friend request kat FB , dah cecah 376 request. Aku accept satu dua itu pun yang betul dikenali. ( statement budget kejar populariti kan). Nope lah. Aku tak tau ape motif aku nak accept mereka mereka. Yang ade pun aku tak bertegur sapa. So aku putuskan let it silent be.

Aku canggung weyh ade di tengah keramaian. Sumpah rasa macam nak lari semunyik dalam toilet. Sit alone. Aku dah terlalu biase habiskan waktu all alone dalam bilik && bila lepak pun aku selalu sendiri. Thats why aku usung ke sana ke mari babyboy ni. Kalau babyboy out of power, aku on lak guna BabySat. Dari bercakap dengan strangers or orang yang mungkin pada aku tidak memahami jiwa, lebih baik aku pencilkan diri. Jadi CCTV. Untung untung boleh muhasabah diri.  Aku sangat takut lemas dalam ramai. Bukan lah aku anti-sosial. Dah ramai kat luar sana , even yang just know me on my name je pun COP aku SOSIAL. Aku sedikit halus pasir putih tepi pantai tu pun tak amik port. Aku bahagia dengan dunia aku yang more to sepi. Aku ingat lagi ade yang selalu cakap, aku selalu bawa orang masuk dalam dunia aku. Jadi sepi seperti aku. And at the last, mereka mereka kalah. Sepi bukan sesuatu yang indah buat mereka. Hanya aku. Aku dan sepi telah lama berjanji mengurung diri.

Please, bawa aku jauh dari dunia populariti. Aku tak mau siapapun yang menemani aku dimiliki populariti. Agak selfish, tapi pergilah selagi kau boleh berlari. Pada aku :

POPULARITI HANYA MEMAKAN DIRI DALAM MENCARI PUBLISITI. 

Saturday, January 7, 2012

Lighter


Nak habaqqqqqq . .hehe kalau lah aku pandai maen gitar kan kan. Weeeeeeee nak maen lagu ni for bearbear. First bawa g candle light dinner , bagi bearbear box cute && dalamnye ade Lighter. Then mesti seposen je muke bearbear sambil garugaru kepale. Then aku amik gitar maen lagu ni untuk bearbear. Sweet tak ? HAHAHA okbai~

Thursday, January 5, 2012

Darah sama

Menghitung hari hari akhir, macam melalui titi titi kecil yang entahkan rapuh apa kukuh. Melihat tangan tangan yang sering mendukung bangun aku ketika rebah mula berperingat mengeluh lemah hampir kalah. Aku harus berani. Apapun esok aku, tubuh tubuh sakit perit lemah itu harus aku rehatkan. Biar , biar mereka pula senyum melihat keringat mereka tidak lagi perlu untuk aku. Biar setiap keping wang keringat mereka boleh dikipaskan menjadi nyaman mereka sendiri. Aku melihat setiapnya dari jauh. Aku ini beban yang bertahun tahun mereka pikulkan. Kapan akan tergalas sendiri? Sabar. Sabar bonda. Sabar kekanda kekanda. Waktu itu tinggal beberapa hari. Moga purnama esok aku tak lagi memberatkan kalian. Aku rindu untuk berpelukan dalam lirikan mata keramaian keluarga kita. Rindu. Maaf atas keterlanjuran menjadi beban. Salam dari mata tak terpandang, tangan tak tercium. Hati aku selalu buat kamu semua  :'(

Monday, January 2, 2012

Bersama

END OF YEAR AND NEW YEAR WITH LOVE

Eee tak mandi. cejuk ohh kat Genting.

2 days mengoyakkan diri . I swear tired lor --' tapi happy with Amie, Babey, Chukie, Fidya and others. Just naik KL kali ni bit hard to through. But nemmind,  cuz hari ini dah nak balik JB. Gudbye chenta, gudbye syg syg. Maaf banyak menyusahkan && thanks a lot fer everything. Appreciate it much. Tak terniat mengambil sedikitpun kesempatan dalam kesempitan. Mohon ampun :( 

As before, NY without wish anything :)


Sakit uh. Amie buat. HAHAHA tak kan lah. Ni namenye PATI. Jatuh tangge. Padan muke! Tapi tak nanes pun xD JANGAN TIRU AKSI INI! okbai.


Domo-kun Cute