Domo-kun Cute diary jiwa ranap: July 2012

Thursday, July 26, 2012

Kamu sayang aku senyum

Hidup macam bodoh, macam bangang, macam gampang, apabila berjalan dalam Amazon tanpa kompas, sungai dan bintang. Kau tahu end kau ialah mati, tapi kau tak tahu dalam perjalanan apa kau cari. Apa ada 100 meter depan, kau kejar dan kau toleh taburkan. Pandang genggam tangan, kosong. Kibas tangan, habuk bercucuran pun boleh hitung pakai jari. Apa kau cari?Apa kau cari? Apa kau cari dalam hidup ini? Mungkin kau tahu tapi tak mahu araskan pada sesuatu. Belajar melepaskan kerana takut tak tertunaikan. Terbang tinggi tinggi hanya bersedia untuk mati hari hari. Cuma harap hujung setiap mata pejam, kamu kamu sayang aku senyum. Bolehkan? Hembus lepas ~

Friday, July 20, 2012

Nanti itu ada jawapan

Setiap hari lalu celaru. Setiap jalan akar ujung buntu. Baring tubuh terlentangkan semua masa ini. Pandang langit, nampak mereka. Jelas tak kabur sikitpun silau. Tutup mata celik berkaca. Aku sudah ada jawapan. Aku sudah lama simpan. Ini bulat bukan boleh kau bocorkan. Setakat ini cuma mampu mohon Tuhan, rahsia ini biar kita simpan. Aku penat bodoh bebal beranak ekor hari hari lalu. Aku mohon segala tahan, segala sabar, segala simpan, boleh kau timbangkan bila aku pergi tak sama jalan. Cukup waktu, aku jangan kau tahan~

Thursday, July 5, 2012

Enteng

Bosan menjadi manusia enteng apabila manusia mula hilang tanya peduli. Tapi benci timbul bila manusia peduli mula seenaknya menyebar rasa yang dikongsi. Kamus aku itu mudah, mengapa percaya cerita di cerita bila aku sendiri merobek percaya untuk menyimpan sendiri. Jadi fahaman kamu, aku mahu kau faham aku ini manusia kedekut rahsia. Apa kaki aku pijak, apa aku hari hari jilat rasa, biar cuma aku tau. Jadi tolong guna mata, tolong guna hati bila aku pilih diam. Seharusnya peduli faham itu tidak salahfaham.

Wednesday, July 4, 2012

Erti percaya



Kalau tanya kenapa diam dan pendam, aku jawab dalam senyum diam:
" Mana percaya aku bagi, kalau seringkali lupa kau hitung mungkiri. Kalau boleh simpan, kenapa hebohkan. Kalau boleh percaya, kenapa hilangkan. Dan aku mengemis pengertian, kalau sekali percaya itu pergi, aku mohon mengerti jangan kembali. Cukup percaya aku bagi. Jadi esok kalau murah tanya ingin mengerti, aku cuma lempar senyum diam kembali"~

Tuesday, July 3, 2012

Lontar aku

Sampai lelah yang semakin memenatkan. Menggali dalam diam hanya untuk sejalur senyum dan tawa. Bukan untuk siapa, tapi untuk diri yang mati. Agar masih hidup dalam selaput mati. Kalau hitung mungkin terciritkan. Jadi sampai masa, lelah bilang abaikan. Berpadu memberi jawapan menjadi buih gemerlapan. Sedetik aku, hargai wujud. Kalau esok tiada buih, ingat suatu itu pernah aku wujud. Nah ambil pemadam, padamkan kenangan. Nah renyuk aku campak buangkan. Mengertilah diam aku, cukuplah lontar ini itu.

Domo-kun Cute