Domo-kun Cute diary jiwa ranap: November 2016

Monday, November 28, 2016

Berakhir

Aku cuba, hadam biar aku faham. Aku baca ulang ulang setiap lengang. Aku kira. Aku tgk keliling daerah sunyi ini. Inilah sebenar hidup aku. Jatuh, bangun, sendiri. Kacau. Rasa nak tampar. Sakit. Rasa nak menjerit. Tapi, tak ada daya. Diam dan bungkam. Lalu macam tak rasa apa.

Aku dah cuba. Jadi sebaik baik yang boleh untuk kita. Aku dah cuba.

Dan

Aku dah kalah terlewatkan harapan..

Empat tahun
Setengah bulan

Aku bohong

Aku bilang
Aku belum mau bahu dipegang
Aku belum mau tonton ketawa
Aku belum mau lupa

Biar
Seketika
Terkadang mungkin lama

Biar aku
Puruk rasa buruk paling teruk
Meladeni wayang kita
Yang aku biar singgah di jiwa
Menghempap segala rasa
Biar bangun tak lagi terasa

Aku pernah rasa paling bahagia
Rasa bahagia yg terus buat aku gila
Berjuang tanpa penat
Cukup rehat sekadar melihat

Tapi
Sebenarnya
Aku bohong

Saturday, November 26, 2016

Antara logik dan radikal

Sedang rasa diamah ramai
Melewati antara benua
Yang senyum sekadar melupa

Engkau kata sudah
Hakikatnya semudah meludah
Itu yang bilangnya susah

Aku cuba
Berlari antara garis senyum
Dan lanjutnya tua menyapa
Berderetan melangut antara tiap hentian
Menguras seribu daya
Menampar fikir

Akukah
Yang kalah dan melangkah

Monday, November 21, 2016

Di atas bintang

Mencari aku ke kamu
Sama mendongak ke bintang
Indah terlihat
Tapi terlalu sejajar pada malam
Pada apa yg kau cari

Sepertinya lampu dan kerdip
Memeluk menyatu langit dan bumi
Tak ada pura
Beda

Masa yang lewat terkebelakang
Meliuk mencari gema
Merindu mendesing pada pagar purnama
Aku dalam kamu
Aku di luar kotak fikir mu

Aku jadi dungu
Mengira bintang
Apa lagi berlari di sugul waktu

Cuma aku
Tinggal aku
Yang tahu
Palsu

Tuesday, November 8, 2016

Married Life

Married Life

Ada yg menunggu.
Ada yg bermimpi.
Ada yg berkira kira.
Ada yg punya.
Ada yg masih berjuang.
Ada yg tlah menerima kesannya.

Kita ada pandangan dari sudut berbeza. Jawapan dari segala ada rasa.

Menanti jodoh dari Tuhan.
Mengharap dipermudahkan.
Mohon diberi jalan.
Mohon barakah sepanjang kehidupan.
Mohon ketemu dititian.

Buat yg masih belum siapa punya dan tarikhnya bila. Jgn dijegil xmalu asik bertanya. Bila lagi? Kita tak tahu dia saban hari berdoa dimakbulkan. Kita tak tahu apa takutnya dia pada perkahwinan. Kita tak tahu apa tinggi mimpinya pada perkahwinan. Kitatak tahu apa yg kurang sedang cuba dia cukupkan.

Jangan jadikan perkahwinan satu benchmark utk sekadar lepas dr pertanyaan. Atau sekadar menepis title andartu di genggaman.

Perkahwinan itu satu yg besar. Tanggungjawab. Kasih sayang. Masa. Pengorbanan. Janji. Kesan. Siapa esok sampai mati apa dgn kita.

Cuba tanya, pada mereka yg xsehaluan. Kita tak pakai kasut mereka. Kita tak pikul beban dibahu mereka. Mereka dah cuba. Bagi segalanya untuk kekal memikul janji pada hari akadnya. Masa berlalu. Jalan dah jauh. Sampai kita yg bertahan ada yg berhenti. Tapi, tika kita nekad utk tak lg hidup sama, pandanglah 1000 kali pandang anak anak lahirnya dari hidup kita janji. Kita mungkin tak bahagia. Tapi kita tak pernah tau, mungkin atas perpisahan kita, anak anak kita tak lg rasa kasih syg dr salah satu atau mungkin kedua org tuanya. Sampai mati. Jadi kita yg masih bertanya patut atau tidak. Tengoklah sekali lg anak anak kita. Kalau kita masih terpuruk rasa. Dah tak mampu. Maafkan diri kita kerna dah mengecualikan hak anak kita utk kasih syg kita. Kita tau apa kita rasa. Tapi mgkn kita tak tau apa mereka rasa dari keputusan kita.Klu ada yg kata "jalan dulu jalan aku, baru kau tau" ,maafkan aku meluah rasa dari sudut ini. Maaf. Cuma tak mau ada yg rasa cuma kerana kesilapan kita. Tidak menuding. Cuma dibesarkan dgn menerima takdirnya. Direndahkan jiwa serendah rendahnya dgn segala compang camping depan mata. Diajar syukur cuma dengan satu kasih. Diajar merindu pada yg tak memberi. Doalah utk semua bahagia pada jalan beda.

Buat yg masih bahagia. Teruskan. Juangkan. Pimpin kuat kuat. Peluk. Tenung dlm dlm satu persatu insan insan yg lahir atas cinta kita. Selagi kudrat. Selagi boleh simpan. Juangkan. Tak di dunia , di akhirat dibalas juga. Janji Dia pasti.

Buat yg masih bahagia apa lg merancang utk bahagia. Kalau kurang kasihnya. Lebihkan sygnya. Didik. Didik mereka dgn kerendahan. Biar kurang dimata org, pimpin mereka ke jalan Allah. Tak ada bahagia tanpa agama. Cuma kita culas. Mengingat belum tentu berbuat. Jadi sama beringat.
Harap esok masih ada.

Harap tak ada luka dari kata. Cuma, kita pakai kasut berbeza. Jadi maaf jika lantang berkata. Masih belajar erti hidup.

Domo-kun Cute