Domo-kun Cute diary jiwa ranap: May 2011

Tuesday, May 31, 2011

blogging tanpa jiwa

Kau pernah buat entri dalam keadaan marah? Aku pernah. Dan kau tahu ape hasilnya? Entri kau nampak bodoh, nampak loser. Bila marah aku rase macam nak maki orang je. Alahai hebat mane aku? Bila dah lega, aku rase macam hame. So, setiap kali marah aku cuba mengelak. Jauhkan diri dari sesiapa. Take time nd space secukupnya. Layan niko dan paling teruk menangis. Betul kate kau kau kau, kalau aku mermaid aku cuma mermaid versi ikan kering. Tapi aku plastikkan jiwa sebab itu kimo untuk aku ketawe. Esok mungkin tak panjang untuk aku terus marah..

Aku buat entri ni dalam keadaan marah yg masih ade sisa dan hasilnya aku tak jumpa diri aku dan entri ni tak sampaikan pape...

kenapa aku pergi

Diam aku, bisik aku, bilang aku, jerit aku, selalulah kau di situ. Temani aku dan akan aku buat kau selamanya juga di hati. Tapi, kalau kau masih sibuk dengan waktu yang termiliki, mungkin hanya kerana itu aku akan pergi. Waktu belumpun tua tapi kau sudah lupa temani aku. Kau lupa ubat yang pernah aku beri bila senyum kau miliki. Jadi putus kan jawapan aku beri, celake aku tak ready. Mari terus bermain tarik tali tapi nanti jangan sampai kau jatuh menyembah bumi. Pasti nanti kau cari aku lagi dan aku sudah tak ada lagi...

Monday, May 30, 2011

untuk aku

Seksa waktu , derita tubuhku , sakit hari ini mengenang detik berlalu , kau pergi tak berpaling lagi, .
Acap kali ku menuduhmu acap kali ku ingkarimu , aku memang dilahirkan begitu, .
kau tahu betapa tinggi khayalku , setinggi semesta lebih begitu , walau aku tak mampu, .
pernah dahulu aku lemas dalam dakapanmu yang kau panggil sayang , .
selalu alpa untuk bisik ke telingamu hanya satu ku ingin kau tahu, .
aku sentiasa ada untukmu walau usia memamah tubuhku , .
aku malu aku pergi dahulu tapi aku kini termangu2, mana suaramu suaraku , mana pujukmu pujukku, .
bukan aku lagi yang terima bukan kau lagi yang merasa, .
bergenang air dari deria penglihatanku , terasa tertusuk organku, .
tenggelam jasadku tenggelamkan diriku lemaslah aku kini, .
terkubur aku , aku kan terus jadi milikmu. .
kaulah yang satu. . . .

by : my ex, ahfei ai

Sunday, May 29, 2011

dalam hujan

Kau rasa apa bila orang yang kau sayang dan sayang kau dulu atau kini, menangis dan merayu bahawa dia terlalu rindu, terlalu sakit, terlalu tak lagi mampu untuk terus hidup tanpa senyummu? Aku rasa sakit itu kau bluetooth kepada aku. Airmata itu kau sending dan aku printkan dengan mataku. Kita sama berjurai di corong teknologi. Tanpa aku tahu, aku sekali lagi menjadi manusia si pengkapak hati. Aku bunuh senyum kau. Aku bakar jasad kau hancur. Aku leburkan impian impian kelmarin. Dan hanya mampu memohon agar kau tak terkecaiberai kerana kejamnya aku memilih hidup sendiri.

Hujan, basahkan walau seincipun tubuh aku. Biar, biar aku menggigil. Biar aku lemas dalam kelebatan curahmu. Biar aku tahu sakitnya dia tanpaku dan biar aku terjelopok dalam lopak dan menagih Tuhan, agar diberi semua bahagiaku untuk dia penuhkan dalam kontrak perjalanan yang Kau tuliskan untuk dia...

tolong

Kau kau kau, untuk setiap rasa yang kalian beri. Untuk setiap waktu yang kita jalani. Tolong hentikan perjalanan ini. Tolong biar aku sendiri. Aku dah tak larat lagi...

Saturday, May 28, 2011

kalian, kau dan kau

Aku salah pada kau kau. Salah pada aku. Dan akan aku bawa mati salah itu. Senyum ketawa kalian bagi aku hargai. Lambung aku tinggi tinggi. Tenggelamkan aku dari sepi. Tapi, paling saja muka, bergenang lagi, dan saat tertemukan sayap yang sering aku gayutkan. Akhirnya tumpah jua airmata yang aku tahankan. Tapi kau bilang " xmoh nanges" dan aku ketawa lagi. Mari lambung aku lagi. Supaya aku tak berkesampatan menangisi diri. Dan esok darah beku aku menjadi cancer tahap mati. Kerana aku si bodoh yang dia gunakan hati untuk bahagia sendiri...

Buat kau, maaf kerana biarkan bayang bayang aku berlegar legar di ruang dunia kau dan mengundang sakit yang tak tertanggungkan. Melihat aku masak, melihat aku sedang belajar, melihat aku sedang baring menonton tv, melihat aku melabuhkan kaki di dashboard. Maaf, kerana terlalu kejam seperti yang kau cakapkan. Aku tak mampu untuk buat kau senyum kembali. Dan aku tak punya u- turn untuk kembali...

Friday, May 27, 2011

pohon hujung tersenyum

Boleh aku tak mau tulis entri, dan biar terus ranap ini tersimpan sendiri? Boleh kau faham aku walau aku tersenyum? Boleh kau ada walau aku hilang? Boleh kau bahagiakan aku? Boleh kau tak terus hukum aku dengan kesalahan palsu yang kau nampak? Boleh kau tengok bayang bayang belakang aku? Boleh?

Kau kau kau, aku penat lelah letih lemah lesu. Bagi aku menangis. Jangan terus aku simpan ranap ini. Dan sebelum aku hilang, tolong bagi aku hujung yang tersenyum untuk terakhir kali. Terbang tinggitinggi, kalau jatuh berkecai, mohon tumbuh jadi sepohon pokok. Biar mereka yg hidup bernafas senyum...

Thursday, May 26, 2011

jalan jumpa Tuhan

Kau bawa aku terbang tinggi tinggi, bawa aku jumpa Tuhan. Mungkin, aku akan kurang email Tuhan. Sebab kau bagi jalan untuk jumpa Tuhan. Pertama jumpa Tuhan, aku lupa cakap apa. Tapi bila aku meminta, aku rasa macam nak menangis berderai. Baru jumpa Tuhan, aku dah meminta. Berapa lama aku tak jumpa Tuhan aku tak pernah kira. Pagi pagi kau kejut aku suruh pergi jumpa Tuhan, tapi aku skip lagi. Jahatkan. Selalu ingatkan aku, supaya aku tak perlu lagi email Tuhan. Supaya aku tak lagi tunggu Tuhan balas email bodoh aku. Terima kasih sayap sayap bagi aku jalan mudah untuk merayu Tuhan...

dua entri

Hari yang kita miliki adalah hari di mana kau jalani kimoterapi. Dengan aku sebagai doc nd kau sebagai patient. Pasak kukuh hati supaya esok kau masih senyum lagi dan derita itu berlalu pergi. Supaya izin Allah beri, kau akan terus bernafas senyum lagi dan aku pergi...

Semalam, aku tak acuh pada kepedulian kau. Mencari bahu milik kau bila aku lemah berdarah. Lepas legar bila aku berlari ketawe. Saat kau terpunya aku masih senyum dan bahagia. Tapi langkah penjare yang kau cari bahagia, mengundang duke aku. Bila sang bijak bistari tak lagi mengingati jadual hari aku. Bila sang pencinta, tak lagi tahu apa itu peduli, apa itu hidup mati. Aku terbiar di lorong gelap. Dengan luka atau birat yang aku ubat sendiri. Jauh, jauh sudah. Dan aku fikir aku sudah lali tapi semalam aku mengait bukti yang aku masih mau dipeduli pada mereka yang tak peduli...

Wednesday, May 25, 2011

berhenti bermain

Tak nak maen kejar kejar lagi, sebab aku bukan manusia yang kuat berlari.
Nanti kau penat lari sendiri.
Tak nak maen sembunyi ibu lagi, sebab aku bukan manusia si perempuan sihir tuk cari.
Nanti kau sembunyi tak aku jumpa lagi.
Tak nak maen tingting lagi, sebab aku tak ada daya seimbang yang kukuh untuk lama berdiri.
Nanti kau pasak teguh sedang aku ke bumi.
Tak nak main baling guli lagi, sebab aku tak punye banyak guli untuk aku cagar mati.
Nanti habis semua guli tak mampu aku beli.
Aku manusia si pendusta diri. Tapi boleh kau bagi sekali ini untuk aku menjadi si pari pari?
Cukup masa aku pasti pergi...

terbang untuk jatuh

Ade satu masa yang aku rasa aku tak mau terbang. Aku takut tengok langit gelap. Aku takut angin kuat. Aku takut jatuh berkecai. Tapi aku antara manusia degil yang sering melukekan diri sendiri. Dan aku terbang jugak dan jatuh, jatuh ke bumi. Sakit. Menangis. Tanya pada diri, kenape mau bila tau ape yang bakal berlaku? Hati jawab, aku berharap supaya langit cerah aku boleh gapai afta tempuh mendung pekat.. Bodohkan? Jangan bagi aku terbang kalau kau tau aku akan sakit, sebab aku 216% percaye aku akan terbang terlalu tinggi dan jatuh.

little mermaid

Hadir aku, anggap saja sebagai The Little Mermaid. Selamatkan kau dari lemas. In love with you. Willing to do anything, bear to live with full of hurt, accompany you nd hope that i can be your princess. I will love you nd keep it deep in my heart only. Kiss you when you are sleep nd  held the dagger over my heart. And at the last, i will disappear  like a white sparkling foam, when you meet nd in love wif another girls.

Please, please don't be hurt without me nd fully live your life sayang...

http://www.childrenstory.info/childrenstories/thelittlemermaid.html

Tuesday, May 24, 2011

dedikasi sang mantan

Semalam,
Kain lukisan putih itu kite corakkan. Palit seribu warna. Indahnya.
Ada tika, tertumpah hitam. Kain lukisan itu terkoyakkan. Pahitnya.
Satu saat, kita sama sama menyulam koyak.
Cantum walau tak seindah dulu dan hambur lagi sejuta warna.
Tapi pada akhirnya, setiap benang tertetaskan dan takdir menentukan.
Tak aku, kau mengakhirkan.
Hari ini dan esok,
Walau apepun, sungguh aku frame kan, aku gantung untuk jadi perhiasan.
Namun mungkin dan tak mungkin kita sambung mewarnakan.

Kalau aku katakan, "saya harap awak bahagia, jumpe yang lebih baik, saya bukan yg terbaik".. Damnnn semua kata itu dah basi dipakaikan. Jadi, kalau semalam ade sayang kenape hari ini ade benci? Kita sama sama ade rase, cuma jalan yang beda. Jangan ade benci kerana aku ukir nama kau kau sebagai kesayangan. Teruskan hidup seperti mana aku teruskan tanpa kalian. Dari hujung kaki hingga hujung rambut aku pohon kemaafan kira hadir dan pergi aku terlalu menyakitkan. Maaf...

Monday, May 23, 2011

email Aku

Aku kirim email ke Tuhan macam dulu, supaya Tuhan tahu, sealpa aku, aku masih milik Dia dan kembali pada Dia. Tapi setiap kali aku email, aku rasa xlayak. Kerdilnya aku.

Tuhan bagi aku pintu. Jangan kau campak terus aku. Aku masih takut. Andai, andai aku bukan yang kau tunjuk untuk cium syurga indahMu, tolong tolong tolong bagi merekamereka yang aku sayang, merekamereka yang sayang aku, merekamereka yang memusuhiku, merekamereka yang selalu ade di jalanMu, cium dan belai indahnya syurgaMu.. Tolong Tuhan.. Tuhan ampunkan aku.. Allahuakbar

Sending email done.. Waiting for email sending back.. Hopefully/hopeless

Sunday, May 22, 2011

gulagulaku jatuh

Move on nd say "Yeah, i'm strong enuf to face all of this rough time". Tapi kau tau ape yang aku buat. Aku rase macam anak kecil yang jatuh gula gulanya. Aku menangis hanya kerana aku sendiri dan tak ada yang menjemput aku pulang dari final exam sem last paper. Terduduk di tepi jalan dengan airmata bergenang ditemani gerimis membasahi tubuh kecil aku. Celakekan! Why should i cry for a lil thing? Macam fakk. Tgk duit kat purse, grab it nd go beli ice cream mangkuk fav aku. Bila sedih, aku selalu macam tu. Then take a cab. Meet my sayap nd forget the sadnez. Go fly fly away~

Hati, tolong kuat untuk hidup sendiri boleh tak??

terkalahkan

Untuk kesekian kali aku merasa patah lagi. Sayap kau beri apung aku legar legar. Tapi, aku rabun. Pandangan aku kabur. Nikotina demi nikotina. Bawa aku khayal dalam dunia tanpa senyum. Tubuh  aku dera, aku belati hingga birat berbisa. Cium jiwa aku, biar kebah segala paksa. Tolong kau buka empangan, agar bah airmata ini. Aku mau kau tenggelam dan kau selam dalam dalam...


Maaf. Aku terkalahkan, kita sama luka, tapi tak mau kongsi rasa...

Saturday, May 21, 2011

pembenci

I'm sick to deal wif any other girl xspecially person that i don't know nd i don't want to know. Please, please stop your stupid speculation bout me nd TO BE CLEAR, AKU TAK KEBULUR NAK BERJANTAN! nd thats the most important thing why i don't have any girlfriends + bestgirlfriend. Don't push me to hate YOU YOU YOU! coz i'm totally SICK of everything that they do! *middle fingger!! Kau tak tahu betape aku sayang mereka kawan kawan lelaki aku. Jangan la nak jadi idiot nak pk negative. nd if dah b my girlfriends or dah aku anggap lesbo tak perlu kot nak backstab aku. bullshit kan~

girls out there yg xmakan lada boh : xpayah nak terkucil.. i'm done!

triple capital k

Kemahuan dan kehendak bagi aku macam mimpi. Mimpi yang kadangkadang boleh kite set. Fikir hard sblm tido, ok then mimpi or tgh mimpi indah, terbangun then pk lg sambungan dia. Kita yang tentukan. Tapi mimpi gak boleh jadi sumthing worst nd melencong jauh dari ape yang kite impikan. And after wake up dr mimpi, bg aku tu lah keperluan. Keperluan yang selalu aku dulukan dari kemahuan dan kehendak. Keperluan yang harus aku pikul nd through even dgn muke paiseyh. Dan kemahuan dan kehendak aku turn to ranap nd menjadi angan angan bile aku click button on mata. Ade hidup yang mane kite xboleh paksekan demi, mungkin untuk tak meranapkan aku sendiri, orang yang aku sayang or orang keliling aku. Tak kira kau siape kite ade jalan hidup kita sendiri, yg tak mau kita kongsikan mungkin kerana 'kerane' tersendiri. Terus dan terus bernafas walau aku ranap, sebab esok dah tertulis...

Friday, May 20, 2011

roket kertas

Sayap lutsinar yang kau bagi. Paling dan paling buat aku mudah menangis. Lutsinar kasar pada jasad, halus pade jiwa. Persamaan mengalir dalam darah milik kita. Tolong tolong jangan jatuh, sebab aku akan tersungkur tanpa kau. Tolong tolong senyum dan bahagiakan lelaki paling berharga nombor satu dalam rentetan perjalanan aku. Tengok mak, tengok kau, tengok merekamereka darah kita, esok takkan ade senyum kalau kau semua tak ada. Terima kasih ade semua rasa dari emak, kau, dan merekamereka darah kita. Tuhan tolong bagi aku satu lelaki yang punya jiwa macam dia. Sungguh aku mau.

mood : bergenanggenang tibetibe...

Thursday, May 19, 2011

fikree kika

Mungkin termungkin dia satu dari sayap yang selalu ada. Selalu aku cari. Selalu merendah dalam ketinggian ego aku. Selalu bertahan. Selalu muncul. Selalu menjadi sebahagian aku. Selalu merasa sakit saat aku terkikis. Selalu membuah senyum. Selalu gila dengan ketergilaan aku.  Selalu dan selalu aku sandar. Aku tak tau hidup tanpa kau walaupun nanti pasti kau pergi. Sebelum waktu tu tiba, aku like er wanna say "terima kasih untuk setiap 'nyawa', setiap bahu, setiap suap, setiap waktu, setiap kau ada untuk aku".

*tisutisu.. takpayah kot.mungkin aku boleh lap ingus kat baju spain kau sobat! pelukpeluk

tunggul kayu mati

Tidak peduli dan jarang wujud. Aku sering dilabel begitu. Wujud hanya utk mengoyak hati dan memplaster senyum kat muke is freakinfuck. Ketawe. Ketawe. Ketawe. Ade bisik berkata 'aku bukan milik di sini'. Terasing. Dunia yang aku sendiri cipta. Kalau aku sebuah lukisan, aku gambarkan ia dengan banyak garis. Kau punya pemadam? Tolong padam.

Aku nak tisu. Kesat hati yg berdarah. Kau ke mari tapi masih jauh lagi. Kata kau kata, tah bila kau kota. Aku berdiri atas tahun tanpa bunyi...

egoistic

Aku antara manusia manusia yang meletakkan ego di langit. Aku juga antara manusia manusia yang sering menidakkan ketempatan aras ego sendiri di mata mereka mereka. Dan aku juga antara manusia manusia yang terleburcair dengan ego sendiri. Ego membuatkan aku menjadi wanita moden yang tak mau mengalah pada Adam. Ego membuatkan aku rela sendiri. Ego membuatkan aku hanyut menongkah medan hidup sendiri.

Dalam keteregoan melangit, aku pernah tunduk pada Adam dan menjadi wanita klasik yang dipandang cliche oleh wanita moden. Menguras dan menimbang titik titik jernih setiap hari dan pada akhirnya aku pernah mencium kaki milik Adam tanpa hasil yang tersenyum dan kerana itulah, aku semakin memasak ego...

Dan terhasillah Adam Adam yang terlukakan.. Maaf...

sayap

Tuhan, bagi aku sayap. Aku bukan mau terbang. Aku mau berlindung.

koyak lagi

Kau tahu bila tibatiba kau rasa airmata kau berhimpithimpit nak keluar? Hanya pada satu benda yang bukan milik kau. Yang kau suka. Yang kau rasa beri sedikit daripada cebiscebis bahagia yang tak banyak kau miliki. Satu benda yang pada akhirnya telah buat kau rasa kau tak mahu ada lagi.

Celake kan. Aku nak menangis pada apa yang aku tak mampu. Tapi menangis dalam keadaan aku flu adalah terlalu memenatkan. Dan pada akhirnya aku teringat kata aku sendiri yang "Siapapun mereka yang ada di sisi kita hari ini, tak akan selamaya di sini",  perlu aku tarik bagi kembang dan tak terpaksi pada merekamereka saje tapi juge pade benda tak bernyawa yang seakan jiwa aku! Ok fine, sedar bukan milik aku. Kali kedua aku rase mengalah lagi dan kalah.

Kau berjaya koyak jiwa aku. Ranap lagi...

Wednesday, May 18, 2011

tertinggal

Belum angan aku buktikan, kau naik lagi bertangga tangga dan aku kira sampai mencecah langit. Masa aku meratah usia sebagai pengulit ilmu berlalu terasa begitu siput. Sayup sayup terjengah jengah aku menyulam berita milik kau. Cukup terkait, aku senyum. Hati melutut akal waras menendang. Example tetap example. Yang sudah kau cium di langit kau hempas kuat ke bumi.

"Manekan boleh pipit terbang selevel enggang"

Tuesday, May 17, 2011

esok pasti ada

Lewat untuk tahu atau lebih tepat lewat untuk sedar diri. ITU AKU. Pada dasarnya aku mampu tapi aku MALAS. Malas untuk seperti kalian yang rajin bergelumang dalam bangunan usang tepi jalan di tengah bandar Joho dan enak mungkin diulit buku buku bodoh kira aku.

Bila kalian tahu, kalian nasihat aku. YE AKU TAHU. Cuma aku purapura TAK AMIK TAHU. Sampailah esok aku perlu berjuang lagi dalam pengiraan 6bulan sekali atau 3bulan sekali dan dalam masa beberapa jam aku akan menghabiskan tenage batin aku, hehehe* utk menghabiskan menelaah buku buku yang sekali lagi aku kira bodoh.

Tapi kau tahu kenapa walau di akhirnya aku masih berhempaspulas belajar, walau masih sempat berkelana di social web*, aku terlihat wajah emak, abangabang, akak, adikadik  cukup wat airmata aku bergenang*. Aku tau mereka mengharapkan aku. Pegang pada mata aku, kerana aku tak mau jadi manusia yg cuma tahu menghambur airliur janji busuk, Esok.., kalau aku, cukup kalau senang sikit atas susah korang selama ini, aku pasti akan senang dan bahagiakan korang. Esok pasti ada...

ok speechless* tisutisu

Domo-kun Cute