Domo-kun Cute diary jiwa ranap: koyak lagi

Thursday, May 19, 2011

koyak lagi

Kau tahu bila tibatiba kau rasa airmata kau berhimpithimpit nak keluar? Hanya pada satu benda yang bukan milik kau. Yang kau suka. Yang kau rasa beri sedikit daripada cebiscebis bahagia yang tak banyak kau miliki. Satu benda yang pada akhirnya telah buat kau rasa kau tak mahu ada lagi.

Celake kan. Aku nak menangis pada apa yang aku tak mampu. Tapi menangis dalam keadaan aku flu adalah terlalu memenatkan. Dan pada akhirnya aku teringat kata aku sendiri yang "Siapapun mereka yang ada di sisi kita hari ini, tak akan selamaya di sini",  perlu aku tarik bagi kembang dan tak terpaksi pada merekamereka saje tapi juge pade benda tak bernyawa yang seakan jiwa aku! Ok fine, sedar bukan milik aku. Kali kedua aku rase mengalah lagi dan kalah.

Kau berjaya koyak jiwa aku. Ranap lagi...

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute