Domo-kun Cute diary jiwa ranap: 2012

Wednesday, December 12, 2012

Twelve

12 12 12
Kamu
Aku rindu
Rindu entah pada dulu
Sayu
Sunyi
Airmata
Tiada kata
Hanya perlu kamu selalu ada


Thursday, October 25, 2012

Tadah tinggi tinggi

Khaire Tadzri : Hidupkan senyum, biar luka luka yang kekal mati.

Tancap. Seperti hujan yang meraih gelaran gila. Seperti ribut yang gah menjawat jawatannya. Apa tengkujuh sama jenguk pada hidup yang tak sempat bianglala? Lewat ini aku jeling hidup sesiapa. Aku lirik senyum senyum mereka. Apa itu namanya aku kurang terima kasih padaNya? Ampun dari setiap satunya. Lelah. Terlalu lelah. Aku ini sering mengira kali, kerna itu tak pernah diberi. Mohon biar jadi daun ringan diterbangkan. Mohon jangan jadi kertas sekadar terenyuk buangkan. Tadah tinggi tinggi, aku dah tak kuat lagi. Rebah. Tanam aku tolong~

Wednesday, October 24, 2012

Seribu rebah

Lelah--
Tewas dalam tulisan takdir. Telah tercop tandakan sebagai pecundang dunia. Biar seribu kali langkah, masih rebah tersergah tumbuk terajang. Mata tak lagi terturas. Hanya terkebil kebil ketawa. Tutup buka katup, pejam. Peluk aku. Genggam tangan aku. Teman aku. Hanya biar melodi beralun bersama suara hati. Tolong Tuhan, alihkan telunjukku dari menuding-Mu. Ampuni aku. Terima emailku--

Monday, October 15, 2012

Dah begini aku

Aku ini keras pada campak. Keras pada turas air mengalir terjun. Kalau segala bilang aku angguk diam. Kerna aku bilang, setiap rasa ada angguk. Perlu mengerti setiap jadi. Tubuh ini diam menggigil semalam. Ahh apa salah kalau hidup diajar dari rebung begini? Apa salah setiap titis aku beri. Hanya itu punya aku. Hanya itu aku  mohon kira setiapnya. Tapi bilang sudah cukup tusuk dalam. Kenapa cuma jerih tersampai sana. Kenapa bilang maaf terujung tanduk jua. Aku ini sekadar pamer rasa. Aku ini tak pernah simpan semua dalam dada. Aku ini mungkin kadang kau lupa, cuma manusia biasa. Ada rasa. Sama. Mohon maaf kalau tak sampai hujung aku sampaikan. Kalau tak rasa, cukup sekadar padam saja. Aku ini kalau lupa asal manusia, bilang saja "HelloGoodbye Mermaid". Yang hilang pada kilau buih buih angin semesta. Biar aku tak lupa asalnya , Datang tak diundang, pergi dihalau. Sekali lagi maaf seluas rekayasa.

Friday, October 12, 2012

Kau pun sama

'Kawan Baik'
Dulu aku pun punya, asal ada yang bermuka dengannya, yang betulpun aku salahkan juga. Kadang siap jegil jegil mata. Hanya untuk makan semeja, teman gosip curhat itu ada. Sekarang aku rasa ralat palat, sebab garis akhir sama tambah depan belakang tinggal. Tapi dalam tiada, aku syukur ada dia. Yang tak perlu aku benarkan kata. Yang tak perlu aku tolong jegil mata. Kerana dia bebas dengan hidup dia. Kiri kanan tak perlu jaga. Tak kira aku apa, dia tetap ada. Yang lain aku teka, bilang forever hanya sekadar singgah sementara. Tolong jangan bilang kamu semua akan selalu ada. Simpan kemas, kunci, tapi duplicate juga.

Friday, October 5, 2012

Sebenarnya aku ini benci

Terkadang lontaran paksi senget aku keluhkan. Tapi diam tiba aku anggukkan. Biar paksi senget itu aku galaskan. Biar cemuh. Biar tuduh. Biar gaduh. Biar. Biar segala berat cuma aku pikulkan. Aku lebih ampuh ditumbuk hati. Aku lebih tau kukuh merangkak pergi. Untuk lihat itu sendiri, aku mati. Izin aku lemah ini kukuh. Aku benci. Benci kamu ! Tolong asingkan aku dari bahagia kalau itu harga bahagia.

Monday, October 1, 2012

sending



Sayang , mungkin jelek kalau mengentri cinta. Tapi untuk ini aku ikhlaskan. Biar asa membelit jiwa. Biar budi mereka bilang aku ingkari patuh garis panduan. Namun untuk sekebil kebil jernih yang kau tahan, untuk main sembunyi pilu yang lari lari kau sorokkan, aku ciumkan. Untuk setiap jatuh aku bisik janji diam, akan aku berdiri di setiap sungkur gempur siapa kamu. Mungkin aku ini terlalu bengis dengan herdik. Mungkin aku ini terlalu jauh dari pasak romantik. Tapi izin Tuhan, moga doa mulus aku email termakbulkan. Moga arjuna yang menari nari di kotak musika ku adalah kamu sampai tuaku. 

-aku cinta kamu-

sending.......



Thursday, September 27, 2012

Cuma setiap sendiri

Semenjak aku kenal apa itu hidup, semenjak aku dengar apa itu curik dengar penghasil. Semenjak aku tahu apa itu perit hidup, semenjak aku ditinggal penghasil pergi. Semenjak aku sebati ranap, semenjak aku lalu lali sendiri. Terbiasa. Setiap hulur tangan dalam jalan aku lalu, telah aku rangka waktu lambai pergi. Aku terdewasa dengan pemergian. Terlalu banyak apa ramai? Yang pasti, aku tak pernah akan sedia walau telah rangka dari kenal siapapun. Pasti ada kerikil menoreh. Pasti ada getah mengalir cair. Cuma setiap sendiri aku ingat waktu semalam semalam. Cuma setiap sendiri aku panjat doa diam diam. Cuma setiap sendiri mohon mati nanti masih ada kalian di sisi seperti dulu. Terima kasih atas conteng lembaran buku hidup aku rangkak lalu. Aku email Dia lagi, jagakan kalian atas ketidakmampuan aku berikan.

Sunday, September 9, 2012

Tiada tau

Dari segenap rasa rasa kosong yang menari dipentas perlawanan. Mengejar harap tanpa mengaras tujuan. Kerana demokrasi tak pernah kompromi pilih, pilihan. Aku pilih dari kedekut kedekut pilihan. Dari serpih, serpihan. Mana hati mahu aku penuhkan, mana hati terpaksa diam aku robekkan. Aku mohon maaf atas keterlanjuran robek selama hati aku kau jaga. Aku mohon maaf atas lacur alpa tanggungjawab harus aku galaskan. Mohon mengerti lebih dari yang kau harapkan. Tapi sekilas ingat kerusi kosong pun tak layak aku dudukkan. Cuma seperti hari hari teranapkan, mohon si alpa mengirim email yang lebih Dia tau isi tak terluahkan. Ampun tak terciumkan~

Friday, August 24, 2012

Syawal

Ramadhan beransur menghulur salam Syawal. Apa itu istimewa Syawal? Apa Syawal beri aku? Apa aku tahu beda kau beri sebesar senyum mereka berganti baru. Riuh rendah pekik dalam kecil rumah itu. Naik roda itu, aku bawa lihat laut luas terbentang. Cumanya, Syawal ini berwaktu. Syawal ini menetapkan sekat untuk senyum. Aku terlewatkan waktu. Aku lihat genang ketakutan. Aku lihat kerdil menyorok dibalik pohon. Aku lewat kalian terjerat. Maaf. Aku pulang tanpa jenguk. Aku pulang sayu~ Tapi janji aku, penjara itu akan aku robohkan !

Friday, August 3, 2012

Aku dari itu

Apa darah aku miliki
Apa darah engkau punyai
Apa sama tak pernah senyum
Apa beda tak pernah lepas jeling-

Cuba senyum biar sumbing
Cuba bilang biar sumbang
Cuba dakap biar kekok
Cuba sayang biar jengkel-

Aku sakit tengok amarah
Aku luka tengok lemah
Aku koyak tengok genang genang

Ahh gampang-

Yang benar,
Aku lelah tipu bawa sekeping hati
Untuk persembahan sampai mati
Hanya kerana aku hidup sebab kau sperma~



Wednesday, August 1, 2012

Pinta Ramadhan Ini

Darah itu yang turun temurun kau bilang penyambung kasih. Darah itu yang kau bilang generasi. Darah itu yang kau bilang penyelamat api neraka. Tapi darah itu aku bilang diktator. Darah itu aku bilang airmata. Darah itu aku bilang pemutus talian. Darah itu aku benci! Harus aku apakan rasa aku bawa? Kotak katik seperti jin bilang kau. Cuba senyum sekali untuk sepuluh tahunpun tak pernah aku miliki. Apa lagi sebungkus hadiah sayang. Apa manusia kedekut kau miliki? Apa rahsia kerikil hati kau bawa hari hari? Aku pulang bukan mahu tengok genang. Aku pulang bukan mahu cucuran. Aku pulang cuma mahu peluk senyum tawa mereka yang jauh terpenjara. Aku mohon Tuhan, dalam kemuliaan Ramadhan, kau cairkan darah yang membeku menyekat tali. Aku email Tuhan lagi hari ini, moga tidak mati salah satu antara kita menjadi harga sebuah satu peluk. Cukup cucur menerjun wajah. Cukup jasad hati bawa dari dulu hingga kini. Aku mohon jangan 'mati' itu sesal satu antara kita. Mohon Engkau Tuhan ~

Thursday, July 26, 2012

Kamu sayang aku senyum

Hidup macam bodoh, macam bangang, macam gampang, apabila berjalan dalam Amazon tanpa kompas, sungai dan bintang. Kau tahu end kau ialah mati, tapi kau tak tahu dalam perjalanan apa kau cari. Apa ada 100 meter depan, kau kejar dan kau toleh taburkan. Pandang genggam tangan, kosong. Kibas tangan, habuk bercucuran pun boleh hitung pakai jari. Apa kau cari?Apa kau cari? Apa kau cari dalam hidup ini? Mungkin kau tahu tapi tak mahu araskan pada sesuatu. Belajar melepaskan kerana takut tak tertunaikan. Terbang tinggi tinggi hanya bersedia untuk mati hari hari. Cuma harap hujung setiap mata pejam, kamu kamu sayang aku senyum. Bolehkan? Hembus lepas ~

Friday, July 20, 2012

Nanti itu ada jawapan

Setiap hari lalu celaru. Setiap jalan akar ujung buntu. Baring tubuh terlentangkan semua masa ini. Pandang langit, nampak mereka. Jelas tak kabur sikitpun silau. Tutup mata celik berkaca. Aku sudah ada jawapan. Aku sudah lama simpan. Ini bulat bukan boleh kau bocorkan. Setakat ini cuma mampu mohon Tuhan, rahsia ini biar kita simpan. Aku penat bodoh bebal beranak ekor hari hari lalu. Aku mohon segala tahan, segala sabar, segala simpan, boleh kau timbangkan bila aku pergi tak sama jalan. Cukup waktu, aku jangan kau tahan~

Thursday, July 5, 2012

Enteng

Bosan menjadi manusia enteng apabila manusia mula hilang tanya peduli. Tapi benci timbul bila manusia peduli mula seenaknya menyebar rasa yang dikongsi. Kamus aku itu mudah, mengapa percaya cerita di cerita bila aku sendiri merobek percaya untuk menyimpan sendiri. Jadi fahaman kamu, aku mahu kau faham aku ini manusia kedekut rahsia. Apa kaki aku pijak, apa aku hari hari jilat rasa, biar cuma aku tau. Jadi tolong guna mata, tolong guna hati bila aku pilih diam. Seharusnya peduli faham itu tidak salahfaham.

Wednesday, July 4, 2012

Erti percaya



Kalau tanya kenapa diam dan pendam, aku jawab dalam senyum diam:
" Mana percaya aku bagi, kalau seringkali lupa kau hitung mungkiri. Kalau boleh simpan, kenapa hebohkan. Kalau boleh percaya, kenapa hilangkan. Dan aku mengemis pengertian, kalau sekali percaya itu pergi, aku mohon mengerti jangan kembali. Cukup percaya aku bagi. Jadi esok kalau murah tanya ingin mengerti, aku cuma lempar senyum diam kembali"~

Tuesday, July 3, 2012

Lontar aku

Sampai lelah yang semakin memenatkan. Menggali dalam diam hanya untuk sejalur senyum dan tawa. Bukan untuk siapa, tapi untuk diri yang mati. Agar masih hidup dalam selaput mati. Kalau hitung mungkin terciritkan. Jadi sampai masa, lelah bilang abaikan. Berpadu memberi jawapan menjadi buih gemerlapan. Sedetik aku, hargai wujud. Kalau esok tiada buih, ingat suatu itu pernah aku wujud. Nah ambil pemadam, padamkan kenangan. Nah renyuk aku campak buangkan. Mengertilah diam aku, cukuplah lontar ini itu.

Sunday, June 24, 2012

Aku ini

Aku ini si aneh tak bertopeng. Aku ini yang ditampar tampar bebayang ramai kerna tak peduli. Aku ini direjam seiring diam. Aku ini pencetus salahfaham tanpa kata. Aku ini harusnya bukan di sini. Aku ini si mati yang lelah sering dibunuh. Dan aku ini rindu sayap sayap dari bumi berlantai permata. Aku rapuh tanpa kalian dan semangat. Apa perlu terus terusan bah kerna empang pada merekah~

Friday, June 22, 2012

Dua satu enam

Aku pejam mata setiap tanggal dua satu enam tak ada hadiah. Aku kunci rapat mulut setiap tanggal dua satu enam tak ada cake. Aku katup telinga ketap setiap tanggal dua satu enam tak ada kemeriahan orang keliling. Kerna aku lebih peduli tanggal dua satu enam pertama aku bernafas. Tanggal pertama aku letakkan nyawa emak sebagai taruhan. Airmata emak sebagai kegembiraan lahirnya aku. Dan aku tau, emak tak pernah lupakan aku walau jerih lebih raksasa dari bumi. Dari tanggal pertama mungkin, emak serapkan dalam diri aku kekuatan, sehingga aku rasa aku mampu berdiri dengan buta, pekak dan tuli setiap tanggalnya. Dan aku tau, pasti ada segelintir yang meniup doa peluk, lebih dari harga hadiah , kek atau nyanyi nyanyi ketawa. Aku bersyukur lebih dari apa yang aku terlepaskan~

Sunday, June 17, 2012

Mungkin juga

Aku fikir tak akan leaky lagi. Tapi ajaib, selagi ada namanya perasaan, selagi itu pasti terturaskan. Aku kira aku ini kuat bila ditidak adili. Ternyata sama seperti orang orang di sawahan. Diam terpacak, bertarung hujan berpanasan. Lama lama mereput lepuh dirobekkan gagak. Cukup kali ke tiga lontaran salah. Bergenang lagi. Aku ini masih punya hormat. Aku ini masih ingat. Tapi apa diam masih buat badanku lebam? Mana manusia si perlaku kalau masing masing jungkit jungkit bahu tak mangaku atau lebih pada buat buat tak tahu. Apa aku ini orang kejutaan kali yang melaung dalam diam "Ini bukan salah aku". Apa dahi ini terpaku 'Hey salahkan aku?". Apa kau pula lupa, aku ini manusia ada airmata~

Thursday, June 14, 2012

Pacak diam

Mulut mulut mula menghitung. Mata mata mula mencerlung. Ekor salah menyeret bumi membontot sorot setiap sudut aku lalu. Sorok dalam kotak. Sulam kait perasaan tak nampak. Kalau aku hambarkan, mungkin hari ini juga berhenti kehidupan. Biarlah terus dengan sangka. Biar kenyang dimamah syak. Aku ini sudah terbiasa diladeni hina. Asal senyum masih boleh orak. Asal ketawa masih boleh wayang pacak. Asal saja kau selalu benar pada salah aku. Aku diam. Diam dan akan terus diam. Kantung liquid sudah kering. Mungkin cukup sampai diam.

Wednesday, June 6, 2012

Cinta aku jelek


CINTA. Aku tak tau kenapa aku tak suka buat or sekadar baca entri tentang cintancintun. Malu untuk kata atau jelek untuk diperkatakan? Yang pasti aku sangat jelek dalam bercinta. Aku tak tau pamerkan cinta pada orang yang aku cinta. Aku selalu bermuka dan berperangai jelek di depan cinta. Apa itu cinta kalau aku cuma sekadar merampas semua yang indah dan bebas yang pernah kau miliki? Maaf. Kiranya semua tentang cinta dari aku itu jelek, aku harap dari sebesar jelek itu, kau mampu bertahan dan mampu untuk hidup dengan cuma secebis zarah cinta yang tak jelek, yang tinggal. Aku sayang kau, lebih dari setiap jelek yang kau nampak, kau rasa hari hari. Cinta aku diam bertafakur~

Friday, May 25, 2012

Orang kenit senyum


Sebelumnya, yang terlambat dan yang terlewat. Igau igau malam hari. Senyum senyum pupus dikait rapi buat persembahan permintaan. Segala sesuatu pakai harga. Semalam, kelmarin dan esok. Apa hari ini masih mimpi dari igauan semalam? Berjalan dalam tidur. Tak seindah rangkap rangkaan minda. Apa kenit kenit orang orang senyum dalam otak sudah pada pergi untuk mengait mimpi indah malam hari? Mana lagi aku mau lari untuk cari? Apa bilangnya telah pupus dimakan kedewasaan tua? Pada pergi berlari~

Wednesday, May 23, 2012

Zhoulhas

Buat salah seorang adik yang aku cinta, hidup ini memang terbatas. Apapun. Banyak kita tak pernah punya. Tapi sedikit itu yang kita gali dan makan hari hari sampai mati. Walau aku jauh, aku tak pernah dan takkan pernah kurangkan sedikitpun sayang ini pada kau. Sampai aku mati, kau itu bukan sial. Kau itu bukan babi. Tapi anugerah dari Allah yang akan aku pelihara sampai mati. Aku janji. Pegang ini sampai mati. Kerna aku jarang berjanji.


#zhoulhas

Monday, May 21, 2012

Aras rendah

Tak ada kata, cuma kalau rasa, boleh tak terus mengalir tampak, jangan basah di hati hari hari? Cukup sudah serendah ini aku araskan matlamat bahagia. Bolehkan jangan bunuh aku yang telah mati. Biarkan saja reput sendiri. Seperti selalu~

Thursday, May 17, 2012

Hey sedar

Hidup, seperlahan mana kau berjalan, sepantas mana kau berlari, seayu mana kau cover diri, sekali atau mungkin banyak kali bakal terlelahkan. Kadang tersadung batu jalanan. Bukan salah kita tak ada pilihan. Tapi sejauh mana Alhamdulillah pada setiap permasalahan. Seteguh ini aku berdiri hanya untuk tak membiarkan ada mata melihat mata ini menangguk air sebeban. Sekuat ini aku sendiri melompat paras hanya untuk tak merasa terabaikan. Lahir sendiri. Mati sendiri. Hidup?~ Kalau boleh sekali sekala mau aku operate keluarkan hati ini. Apa masih ada lagi elok untuk persembahan sampai mati? Apa hati masih kekal seperti diberi? KIV dan teruskan. Selagi bernafas, yang sayang mungkin terkurang perhatian. Jadi kalau hari ini, atau seringkali terabaikan, sedarkan diri bahawa aku ini bukan anak gembeng gembengan. Cuma kadang terbiar bergelimpangan. Mau atau tidak, pilihan satu ini harus aku pikulkan. Supaya esok aku tak lagi terasa diabaikan.  Mereka itu sudah lelah menatang aku~ Maaf. Maaf. Maaf kerana sampai saat ini masih membebankan. Kalau tak ada esok, aku harap masih sempat untuk maaf ini sampai~

Saturday, May 12, 2012

Sinonim kawan



Dalam entri kamus hidup aku, sinonim KAWAN sama dengan entiti FIKREE. Macammane aku cuba simpulkaitkanpun  dalam minda, tentang kawan, aku tetap jumpa Fikree. First ayat aku pada Fikree , "HAPPY BIRTHDAY" masa tu 1 Mac 2010 :) Istimewanya dia apa? Satu dalam seluruh manusia yang hidup dalam muka bumi ini. Cuma satu. Tak ada dua. Tak ada yang lebih istimewa. Oi kawan, cuma kita tau apa yang kita lalu. Cuma kau tau apa yang aku tak mampu luahkan. Cuma kau segala rasa tu tau. Mengerti cuma hanya dengan keberadaan. Tak kira terlihat atau terhalusinasikan. Syukur yang aku panjat tinggi tinggi menjalar ke langit tujuh. Moga sampai syurga. Mohon Tuhan, persahabatan ini tak ada akhirnya. Mohon lindungi , makbulkan pintanya dan bahagiakan dia selalu. Selalu. Amin~

Friday, May 11, 2012

Star




the wind is shaking the windows,and over my small room,
the stars fill up the sky, shining brightly too many to count,
the stars reassure tired me
they wipe away the many tears that are deep inside me

don’t be hurt too much..they hug me tight and pamper me
and comfort me,
telling me to go to sleep

though I’m exhausted to the point where I can’t walk
though my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get

Even though our happy times were short, I’ll treasure it deep inside my heart
like those countless number of stars, forever

My dream is coming. though it is unusual that my one star is bright
it is very bright, even blinding..it comes down to my shoulder
stop being so sad..it holds my hand as it touches me
and gives me a warm hug

though I’m exhausted to the point where I can’t walkthough my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get

Even though our happy times were short, I’ll treasure it deep inside my heart
like those countless number of stars, forever

Only for today, I won’t cry though my eyes fill with tears
I want to laugh like those stars
Oh~ I want to cherish all my happy moments deep inside my heart
Like those countless number of stars, forever

Thursday, May 10, 2012

Kambus mamah

Lembaran ini adalah himpunan jari jari tengah. Kunci kunci mulut bisu. Tuding tuding manusia makan tahi. Dan senyum senyum airmata. Tak siapa tahu. Tak siapa rungkai. Tak siapa temu. Namun tak terhiraukan menjadi khazanah sesen tak bernilai. Lalu reput hilang kambus di mamah ulat tanah. Jangan hitung takut tak terhitung. Cukup sekadar ingat. Hidup ini kedekut pilihan. Tapi yang dipilih tetap pilihan. Kembali~

Tuesday, May 1, 2012

Mati mati mati

Mereka bilang, mereka pandang, diam itu titik titik penyambungan yang berakhir salah. Aku lelah. Terdampar di pulau tak berpenghuni, aku dicaci. Terlontar pijak atas tikar berduri juga aku dibenci. Mau diam mati apa lagi? Sudah aku kau tanam 7 kaki, mau lagi kau berjemaah merejam aku mati. Mati dalam mati. Untuk kesekian kali  biarlah aku mati cuma kali ini. Aku bukan mayat reput si penggali. Kubur kau jaga sendiri. Cerita kita dah lama mati. Mungkin sehabis manis aku harus diam bilang "Sila pergi mati, jangan sibuk aku dan duniawi!"

Friday, April 27, 2012

Asal baru

Persekitaran baru. Terlalu luas untuk aku berenang. Lebih baik aku berakit. Pelan pelan. Diam diam. Mungkin terlalu tua buat aku untuk lincah berkata walhal aku yag termuda. Diam dan mencuping. Yang baik jadikan teladan, yang buruk aku tapis tapiskan. Hidup kita bukan orang bagi makan cuma cuma. Perlu usaha untuk semua. Walau cuma senyum sebagai usaha. Jabat dan rapat. Tak ada lagi dalam kamus. Cukup kali jabat dan pergi. Hidup aku, biar cuma aku si rekayasa. Biar aku si penglipurlara. Jangan di biar anasir memaharajalela. Jangan biar sayang mengoyak setiap percaya. Setiap sayang biar cuma nanti. Tolong jangan kau terlalu fikir apa hidup aku lalu. Apa cerita aku diam. Apa angguk aku setuju.

Aku, biar cuma dengan aku!

Friday, April 20, 2012

Cuma cukup

Bila pahit cuma kau yang rasa. Bila pahit kau bawa hingga ke syurga atau neraka. Cuma. Jangan di tanya. Jangan dipaksa. Biar diam seribu bahasa. Kau takkan temu itu rasa. Cukup sekadar hidup telah robek sepenuhnya.Cukup sekadar sisa ini aku jahit pelan pelan bersama kosong. Jangan ada lagi. Aku mohon, cukup sekedar ini. Aku manusia boleh maaf tapi tak boleh lupa. Jadi untuk sekian kali, henti sebelum aku hentikan. Jangan buat aku macam tak ada perasaan !

Maaf~

Thursday, April 19, 2012

Tanggung-jawab

Menjadi manusia utuh bagi aku adalah di mana kau tahu apa itu TANGGUNG-JAWAB. Setiap yang kau tanggung pasti harus ada jawabnya yang mana mungkin cuma monolog dalam hati. Cukup sekadar kau mengerti. Tak perlu lelong di pasar, laung di konsert, heboh macam nak roboh. Senyum. Cukup kali~ Manusia utuh itu tahu menangis kerna tahu beban yang dipikul itu adalah tanggung-jawab nya. Menangis itu bukan si lemah. Menangis itu ubat. Menangis itu masih lagi kau kuat kerna kau tak seperti jemaah yang terpekik terlolong melahap daging manusia. Cukup sekadar tahu tanggung-jawab. Lalui normal hidup tanpa perlu mengekek dengan lelucon yang aneh lagi jijik. Mengapa perlu di lautan luas kalau boleh hidup sekadar indah di tub mandi. Hidup ini kita dan tanggung-jawab. Bukan menjadi tanggung tapi perlu di jawab jemaah bodoh. Peduli. Mereka tahi bila kau penuhi tanggung-jawab. Jadilah manusia rasional yang mengerti dan mengaplikasi. Bukan berbasa basi~ Percuma.

Saturday, April 14, 2012

Jelek

Salah. Salah itu jelek. Tapi pesalah tak pula jelek se'jelek salah. Kalau lah muka berubah mengikut salah~ Sigh.

Salah itu macam warna hitam likat yang tumpah pada kanvas warna warni. Salah itu adalah satu arca momen yang akan kekal menjadi tugu sampai nyanyok dunia. Salah itu jadi uji provokasi demi provokasi. Jadi lantang jerit sinis jamuan hari hari cuping. Apa enaknya kau melakukan salah secara jemaah kalau pada akhirnya jemaah yang sama cuma bakal jungkit jungkit bahu tak mahu tahu? Apa itu sangat tahi bukan? Mana yang kau panggil dia tahu, dia faham aku, dia saudara aku, kalau nyata dia cuma diam membisu buat tak tahu bila kau merayu pilu? Sini aku bagi lagi, itu sangat tahi! Bullshit~ Kau dan aku, masih dijalan itu. Jalan yang tak lagi tau apa itu apa. Jalan atas telunjuk jemaah. Jelek bukan? Mungkin~

Jelek = hodoh

Monday, April 2, 2012

Pelik

Manusia ini pelik. Ada masa kau terlalu kuat. Ada masa kau terlalu lemah. Ada masa kau langsung tak tau apa kau rasa. Statik. Hanya satu demi satu watak dalam momen kelmarin berlayaran cantik tersusun dengan wajah wajah momok sial mengejek. Berpesta menari bogel bergelakkan tarian kemenangan. Dusta berleluasa. Rai ~ Adakala pula wajah wajah bersih silih berganti mendialogkan " fikirkan diri sendiri dulu". Semuanya bergabung. Berdebat sang momok beramai ramai dengan bilah si bersih yang cuma jari jari. Dalam pejam kau senyum. Sakit. Kau raba mata, seolah tebal berinci. Hati ditumbuk, mata membengkak. Kau bangun, lari. Airmata ikut berlari. Pelik. Kau pernah dibunuh mereka dan sekali lagi kau terbunuh. Mati dalam mati. Semakin pelik.

Tuesday, March 20, 2012

NIL

Hidup ini kehidupan yang pasti tak banyak pilihan. Kalau mahu banyak pilihan, tarik tepi, hulur duit. Semua jalan. Entah, bukan itu aku mahu suarakan. Saja merepek tanpa bahan.

Pernah kau rasa hidup ini bukan kehidupan? Bila kau berjalan, ketawa, makan, tidur tanpa berbuat sesuatu yang kau inginkan? Apa saja yang kau hari hari lakukan, balik dan yang kau temukan cuma NIL. Kau bertanya " Apa kau merasa hidup ini seperti terpesong dari normal manusia, bila yang kau temukan cuma aku di mana mana masamu. Apa kau selesa berterusan? " Tanpa toleh kau hantar jawapan " Lama nanti, lagi OK ". Berat. Diam. Sebak~

Aku ini manusia pelik kali. Aku harap panas tak buat kau terbakar. Sejuk tak buat kau beku. Terus kekal di sini~

Harapan jangan mati~

Saturday, March 17, 2012

Kasta

Kerja dan apa jawatan yang kau sandang. Pembantu, pencacai, atau peneraju. Kau percaya atau tak, nak tak nak kau kena jugak terima, manusia hari ini pandang level. Hidup dalam kasta. Tak ubah macam zaman kejahilan manusia. Bezanya penderaan ke atas kasta bawah, lebih pada perasaan dan makian. Tak adalah nak rejam rejam batu and so on~ Itu yang aku nampak ( sebab aku kat Mcd tgk mamat ni dah dua kali mop tempat yang sama, kerja yang sama) , dan itu jugak yang aku rasa ( sebab aku sekarang penganggur bergulung diploma yang belum ada kerja and buat kerja sampingan). Kau tau apa aku nak kata, kau ada pangkat lebih sikit je bro, tapi kau punya sinis pada orang bawahan kau aku rasa macam nak ludah muka kau that time. Kat sini gak aku nak semua mata buka, selidik tak banyak sikit. Mana tahap budi bahasa pandangan orang orang kita. Semua ni jadi, percaya atau tak sebab duit ! Aku ada duit, aku bayar kau, kau hamba aku. Aku boleh maki kau. Senyum.

 Jangan pandang orang bawahan, orang miskin, and sebagainya sebagai kucing kurap jalanan. Ok sila fikirkan ~

Sebelum akhir mati

Kawan dan hubungan, adalah umpama manusia di hujung tebing. Mungkin pada awal perjalanan kita akan berpimpinan bergelak tawa. Tapi di hujungnya, yang syaitan mula menonjol tanduk tak tersembunyi. Manakala yang dewa masih humble menyepi, menghulur kalau terjatuh.
Bukan aku nak menyangkal pepatah " buat baik dibalas baik " tapi manusia sekarang kau tak boleh duga menopeng muka. Melempar batu menyorok tangan. Melepas najis di jalanan. Buatlah baik macammanapun, cemburu pada kelebihan, kesenangan (yang bagi aku tak de lah senang pun) boleh merubah si kucing menjadi serigala jahanam.
Seingat aku, kawan dan hubungan bagi aku sangat mengerikan. Jangan ditanya soal pengalaman. Dan aku mengambil keputusan, cukup kalau aku cakap kat kau" hai, sihat ?" , lepak makan minum ( duit sendiri sendiri k), have some fun, then cukup masa, aku balik rumah aku, kau balik rumah kau. Mulut kunci. Kau hal kau, aku hal aku. Tak perlu menjaja mulut kalau orang tu buruk, tak perlu memburukkan lagi kalau orang itu sedia buruk. Setiap kita ada pancaindera. Guna dengan tak guna. Buta, pekak, atau tak sahaja. Kalau takut banyak sangat buat baik sampai orang pijak, just ingat "Buat baik berpada pada, buat jahat JANGAN sekali" kerana janji Tuhan itu PASTI.

Sebelum akhir mati,
" Sekurang-kurangnya kau tau siapa kawan, siapa lawan. "

Wednesday, February 29, 2012

You


~(  Here the many face of hubbybear )~

Love is the emblem of eternity. It confounds all notion of times, effaces all memory of a beginning, all fear of an end. True love is a rare jewel. I am lucky to find one. He mesmerizes me with his eyes. He makes my heart dance and fly with joy. With him, times melts into nothingness. His touch makes me feel loved, his words soothe my heart. I think bout him day and night. His words echo in my head, and I can't help smiling to myself. I will miss him when he not around.And totally I am in love with him. Deeply ~

The man I love may not be a handsome prince who sweeps me of my feet. My love should be my friend and confidante. I may not have a whirlwind romance with him, but he makes me feel secure, and here he is the man for me. The best man in my life.

I have seen many a relationship failing because of too much analysis. Do not overanalyze your relationship using logic or checklist. Let your heart take the lead. While it is natural for lovers to whisper sweet nothings, it is also likely that you have a few arguments. If you have quarreled about petty matters, do not think that your love has reached a dead-end. You will find that when you make up after a fight, you love each other even more.

I love him, not only for what he is. But for what I am with him. I LOVE YOU SWEETHEART ~

Sunday, February 26, 2012

Hari ini

 MEEJO LOLOVE KARRA

We are who we are, Aite thoo ^^


Melintas hari hari semalam, kami kembali senyum. Si Arjuna mula mengorak langkah tegar. Apa saja peluang untuk rezeki hidup kami lakukan berdua. Berpegangan , berpandangan sambil hati berbisikkan " Aku akan selalu ada untuk jerih kamu". Berjalan sambil terdengarkan manusia melapah daging saudara sendiri kami pekak tulikan. Bilang Si Arjuna " Aku mau hidup, aku mau mengahwini kamu. Cuma kamu ". Dan aku, mungkin antara jutaan manusia lain yang sedang berbisik pada Tuhan " Ya Allah, moga sejahilnya aku, dengarkan pintanya. Permudahkan jalannya. Kembalikan kami akhirnya pada Kau. Dan akan aku bawa dia ke tangan Bunda. Moga setiap doa Bunda selama ini adalah yang terbaik untuk aku telah  dan akan aku temukan satu demi satu walau dalam jerih. Bunda, esok kamu, esok kita sekeluarga, akan aku dan dia pertanggungjawabkan dibahu. Amin~" .

Thursday, February 16, 2012

Red Rose

Seperti sebelumnya, hidup membatas pilihan. Tak seperti siapa. Yang ada cuma jalan dua. Tohmah dan caci terlemparkan tepat ke muka aku. Papppp ! Masih terasa bahang, masih terasa desing, masih terus terngiang. Mana mungkin jalan aku lalu kalian karyakan seburuk itu. Tapi itulah lagu yang kalian sendukan. Aku dibilang cuma merosak kehidupan. Tapi syukur Tuhan, hati itu masih terus mendakap aku. Peduli apa orang kata, selagi tulisan Tuhan tak menghenti perjalanan, selagi itu aku akan terus percaya impian. Cuma, satu aku pesan, luka kalian palit. TAK MUNGKIN AKAN AKU MAAFKAN, APA LAGI UNTUK MELUPAKAN. Pergi jangan kembali, kerna setiap watak telah kalian tonjolkan dengan pelbagai tengkingan dan cubaan menjatuhkan. Hari itu, akan kekal sebagai hari kebencian dan pengakhiran. Lihat , hingga kini aku masih bahagia bersama dia. Syukur Tuhan. Mohon kau kekalkan jodoh pertalian.  Allahuakbar.


RED ROSE 14 FEB 2012

Monday, February 6, 2012

Harap kalian itu taik

Sebelumnya aku fikir, ikhlas itu dipertonton cakapkan. Dijamin pada janji kemanisan. Aku tolak yang namanya rasa hati. Aku bilang rasa hati pertama itu anasir jahat. Eh si keras, berani menawar pengharapan. Mengharap kawan tak sejengkel fikiran. Nah jawapan. Taik. Busuk. Kotor. Hujung jawapan, bukan marah jadi major tapi kecewa jadi gelandangan. Bersepah memenuhi sudut fikiran. Kaca kaca.

Apa masih buta menilai aku? Apa kehidupan lampau masih kau persoalkan pada setiap kotak nasihat? Aku bercakap dari diam. Aku melihat dari diam. Masih mata jahat kejam merakus tak terkawalkan. Mana si gagah perkasa kalau menikus dibalik monster. Yang terang tak perlu di spotlightkan. Senyum melayan, hati tak mungkin memaafkan. Cukup harapan kalian rogol ramai ramaikan. Cukup bukti kalian bagikan. Cukup, aku berhenti diam!

Monday, January 16, 2012

Mereka selalu di hati

Setelah puluh kali dua lebih dua, takdir bawa aku ke sini. Memulakan hidup di Klang. Dengan keresahan bunda melepaskan, berbekal bakul pesanan, aku mengembara, memikul beban nyata. Skrip Tuhan bagi, manakan mungkin hidup menuju buatan skrip manusia. Setiapnya, airmata laju memohon permisi. Kadang memecah penghadang berlari lari. Aku ini cuma secebis perca. Menumpang di mana yang simpati sudi menerima. Aku mohon Email ini ku kirim lagi ke Tuhan. Agar setiap ibunda perit, setiap kekanda kekanda lelah mengeluh, setiap perit dinda dinda ingin menyambung tuntuntan ilmu termudahkan. Jangan kau takdirkan seperti kekanda kekanda. Biar kami alah pada dunia, jangan mereka menjejak sama. Mohon Tuhan. Dengarkan. Jauh aku di sini, aku mohon sayap sayap baru ini , Amie , Babey, Chukie cukup teguh untuk aku berlindung. Cukup untuk aku terbang sampai ke destinasi. Mohon setiap terlacur kata menempuh telingkah hanya seketika. Mohon kasih sayang kami berempat di Bumi Klang mampu untuk terus hidup susah senang. Buat teman sejati Feek yang telah jauh di mata, terima kasih Tuhan kerna kau kirimkan dia cukup utuh untuk aku berpaut selama hampir 3tahun. Mohon kau makbul segala pintanya Tuhan. Tolong juga kalian sedar, aku ini terlalu lama berdiri sebagai Lelaki, sekali kala mohon anggap aku ini perempuan, yang senantiasa diliputi kelemahan. Mohon Tuhan sementara jarak menjauhkan, jaga sebaik baiknya bunda, kekanda kekanda, dinda dinda, juga sayap yang senantiasa membela aku. Mohon juga permudahkan kami berempat di sini. Sumpah Tuhan, sayang tak terduakan. Mungkin kadang bahasa melacur hati kalian. Tapi sedikit sayang tak berkurangan.Maaf , maaf dari seorang insan yang sangat sangat sukar untuk memohon maaf.


#rindubondakekandakekandaadindaadindadantemanteman.

Dengar Tuhan, JAGA SEBAIK BAIKNYA MEREKA UNTUK AKU :'(

Thursday, January 12, 2012

Hidup tidak memberi pilihan

Setiapnya memutlakkan yang diam dan pergi itu sebagai lari dari masalah. Selama fikirku, apa yang mampu diubah saat amarah menutup semalam bersama? Aku lebih memilih diam dan pergi dari terus mencampak api yang sedia membuak. Ya aku akui sifat ini meletakkan aku pada penghujung setiap perhubungan. Aku lebih gemar berteman monolog sambil berjalan. Yang menunduk dalam ramai agar senantiasa tak terlihatkan. Seringkali manusia keliling aku itu bilang , "Kalau aku mungkin gila menghabiskan hari hari sendiri tanpa keluar dari bilik dan hiburan". Tapi apa mereka tau, aku ini hati yang terlalu kecil dengan patah perkataan. Terlalu kerdil untuk berdiri tinggi antara kalian. Cukup jika disebelah aku ada kamu , kamu yang mengerti aku. Kerna perlu dan sangat perlu kau kau tahu, aku bencikan momok momok yang berkeliaran. Mengusik dan memakan yang tak terbelakan. Aku mohon sama Tuhan, jangan momok momok itu memakan aku dan kamu kamu yang mengerti aku. Hentikan kalau cuma nanti jadi bahan ungkitan persengketaan. Biarkan aku dan kamu kamu hidup sekadar untuk tahu wujud tujuan. Kerna hidup membatas pilihan.

Rusuk Adam

Perempuan. Sesosok rusuk kiri seorang Adam. Terpisah entah tak tertalikan. Cuma hanya Dia tau siapa miliki siapa. Lantas pencarian itu bagai suatu perlumbaan. Gelap terang sesisi apapun telah mereka cuba lakukan. Aku sebagainya juga masih mencari dan mengharap telah yakin menemukan. Bukan bukan itu yang mahu aku utarakan. Cuma sekecilnya ingin meluahkan, apa wajar perempuan itu kau kurung diamkan dalam sangkar kau buatkan? Sekali ini, renung perempuan itu dalam dalam ke matanya. Lihat abjad abjad huruf yang menari nari membentuk kata dari matanya yang tak terluahkan. Apa cukup cuma untuk memuaskan? Sekadar memenuhi tuntuntan. Nah , kau ambil sunnah, kau canang iman. Kau besarkan telapak syurga dikakimu. Sedang kau lupa setiap pengorbanan. Kau matikan hidup seorang perempuan yang seolah depannya kau Mr. kan ke nama kau. Perempuan itu anugerah dari Dia. Jangan, jangan sekali kali kau siakan. Sebal, bebal, keras, dingin, apapun dia kenapa kau lupa itu rusuk kau? Kalau apa pun dia semua juga tercipta dari sebahagian dalaman engkau. Peliharalah perempuan. Tanpa perempuan manakan ada masa depan. Bimbinglah perempuan kalau tak mau sebelum langkah syurga ditarikkan. Setiap salahnya, maafkan. Sekeras lantang caci perempuan, bantulah perempuan melihat iman. Allahuakhbar~


#hanyakisahtercipta - tidak berkait antara hidup ataupun mati

Wednesday, January 11, 2012

Lemas di darat

Sepertinya hidup tak memberi banyak pilihan untuk bersuara lantang. Titik titik hari yang lalu seperti drowning in land. Seperti politik , kita diberi pilihan untuk memilih peneraju, padahal kita terpaksa memilih. Jadi bolehkan aku diam tanpa memilih. Stop. Aku kaku kekok mati bersuara tentang politik. Abaikan tolong. Hari hari aku lalu penuh dengan penyundalan kefahaman yang membawa kepada aku dan semalam yang terlalu lalu. Aku rindu dimana aku bangun aku cuma nampak sepasang mata. Aku keluar , aku dipesan tidak bergaul lebih dari apa yang sewajarnya aku miliki. Aku direkrut setahun untuk hidup dalam penjara. Ditemani cermin dan aku. Monolog dan air mata. Lantas hari ini menjadikan aku sukar untuk menerima anasir luar. Aku mahu hidup lalu. Biar tak maju. Biar tak dihurung ketawa dan borak. Biar ditemani diari dan airmata. Jangan, jangan biar aku lemas dalam ketidakfahaman dan ketersalahfaham yang mencetus dingin. Tuhan, aku mahu kirim e-mail lagi. Utuskan aku pari pari manusia yang bisa mengerti walau hanya sepatah kata aku. Aku penat. Mereka melahanatku dalam jeling. Aku benci. Benci hidup dalam keramaian yang menyiat setiap tubuh organ dalam aku. Jangan kau bunuh mereka, cukup jika kau hindarkan mereka dari setiap kata aku. Agar mereka tahu, aku ini sakit dengan tuduhan. Bolehkan aku mengemis lagi Tuhan . . .


Monday, January 9, 2012

Hanya gadis kecil dan air mata

Di sudut itu, aku melihat gadis kecil dan airmata. Sendiri. Aku menghampiri dan bertanya sewajarnya. Si gadis kecil cuma minta dipeluk. Aku memeluk dan masih lagi bertanya mengapa. Si gadis kecil cuma menggeleng sedu. Genggam semakin erat. Tak lama, ....... diam. Aku lihat gadis kecil dan airmata telah terlena dan membawa simpan dalam dalam setiap luka yang termilikkan. Tiada siapa tahu dalamnya sampai mati. Kerna si gadis kecil dan airmata terlahir sendiri berantaikan kotak yang menyimpan segalanya. Usah bertanya kerna kunci hanya milik dia.

Sunday, January 8, 2012

Populariti

Dah jadi trend nowadays, semua orang kelam keribut nak dikenali. Mana mana pergi kalau boleh " Eh Si polan si polan ni yang kat FB tu kan kan" . Facebook je kot . Pfffttttttttt --' Beza dengan aku. Hidup aku. Almost a month aku x accept friend request kat FB , dah cecah 376 request. Aku accept satu dua itu pun yang betul dikenali. ( statement budget kejar populariti kan). Nope lah. Aku tak tau ape motif aku nak accept mereka mereka. Yang ade pun aku tak bertegur sapa. So aku putuskan let it silent be.

Aku canggung weyh ade di tengah keramaian. Sumpah rasa macam nak lari semunyik dalam toilet. Sit alone. Aku dah terlalu biase habiskan waktu all alone dalam bilik && bila lepak pun aku selalu sendiri. Thats why aku usung ke sana ke mari babyboy ni. Kalau babyboy out of power, aku on lak guna BabySat. Dari bercakap dengan strangers or orang yang mungkin pada aku tidak memahami jiwa, lebih baik aku pencilkan diri. Jadi CCTV. Untung untung boleh muhasabah diri.  Aku sangat takut lemas dalam ramai. Bukan lah aku anti-sosial. Dah ramai kat luar sana , even yang just know me on my name je pun COP aku SOSIAL. Aku sedikit halus pasir putih tepi pantai tu pun tak amik port. Aku bahagia dengan dunia aku yang more to sepi. Aku ingat lagi ade yang selalu cakap, aku selalu bawa orang masuk dalam dunia aku. Jadi sepi seperti aku. And at the last, mereka mereka kalah. Sepi bukan sesuatu yang indah buat mereka. Hanya aku. Aku dan sepi telah lama berjanji mengurung diri.

Please, bawa aku jauh dari dunia populariti. Aku tak mau siapapun yang menemani aku dimiliki populariti. Agak selfish, tapi pergilah selagi kau boleh berlari. Pada aku :

POPULARITI HANYA MEMAKAN DIRI DALAM MENCARI PUBLISITI. 

Saturday, January 7, 2012

Lighter


Nak habaqqqqqq . .hehe kalau lah aku pandai maen gitar kan kan. Weeeeeeee nak maen lagu ni for bearbear. First bawa g candle light dinner , bagi bearbear box cute && dalamnye ade Lighter. Then mesti seposen je muke bearbear sambil garugaru kepale. Then aku amik gitar maen lagu ni untuk bearbear. Sweet tak ? HAHAHA okbai~

Thursday, January 5, 2012

Darah sama

Menghitung hari hari akhir, macam melalui titi titi kecil yang entahkan rapuh apa kukuh. Melihat tangan tangan yang sering mendukung bangun aku ketika rebah mula berperingat mengeluh lemah hampir kalah. Aku harus berani. Apapun esok aku, tubuh tubuh sakit perit lemah itu harus aku rehatkan. Biar , biar mereka pula senyum melihat keringat mereka tidak lagi perlu untuk aku. Biar setiap keping wang keringat mereka boleh dikipaskan menjadi nyaman mereka sendiri. Aku melihat setiapnya dari jauh. Aku ini beban yang bertahun tahun mereka pikulkan. Kapan akan tergalas sendiri? Sabar. Sabar bonda. Sabar kekanda kekanda. Waktu itu tinggal beberapa hari. Moga purnama esok aku tak lagi memberatkan kalian. Aku rindu untuk berpelukan dalam lirikan mata keramaian keluarga kita. Rindu. Maaf atas keterlanjuran menjadi beban. Salam dari mata tak terpandang, tangan tak tercium. Hati aku selalu buat kamu semua  :'(

Monday, January 2, 2012

Bersama

END OF YEAR AND NEW YEAR WITH LOVE

Eee tak mandi. cejuk ohh kat Genting.

2 days mengoyakkan diri . I swear tired lor --' tapi happy with Amie, Babey, Chukie, Fidya and others. Just naik KL kali ni bit hard to through. But nemmind,  cuz hari ini dah nak balik JB. Gudbye chenta, gudbye syg syg. Maaf banyak menyusahkan && thanks a lot fer everything. Appreciate it much. Tak terniat mengambil sedikitpun kesempatan dalam kesempitan. Mohon ampun :( 

As before, NY without wish anything :)


Sakit uh. Amie buat. HAHAHA tak kan lah. Ni namenye PATI. Jatuh tangge. Padan muke! Tapi tak nanes pun xD JANGAN TIRU AKSI INI! okbai.


Domo-kun Cute