Domo-kun Cute diary jiwa ranap: December 2011

Tuesday, December 27, 2011

Retro Perempuan Jalang


Mengkletak kletuk papan skrin sesentuh telefon bimbit miliknya, melempar senyum memancing cemburu. Diam kaku. Menghembus asap dari sedut sedut tembakau ice. Masih juga Perempuan Jalang serendah itu terletak duduk. Gugur sedan pecah hening sunyi. Kring kring kring~ "Hey (tskk tsskkkk) . . . . . .(tenggelam suara itu)" Temani perempuan jalang itu sedu. Dia tak kuat ditohmah begitu. Apinya menyala nampak di mata. Jasad tertikam. Perasaan mati. Yang tinggal cuma Perempuan Jalang dan cerita malam itu~

Monday, December 26, 2011

Aku Mahu Pulang

"Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri"




Sepertinya Johor Bahru berhujankan permata. Aku mahu pulang. Menadah setap permata yang bertaburan turun bagai gerimis salji. Aku rindu tak berbumbung disapa gerimis salji. Mendongak lampu jalan bersamanya. Tersenyum melihat gerimis salji. Indah~ Mengejar emas di negeri orang hanya umpama menyiat sedikit demi sedikit daging reput milik aku. Sakit yang tertelan dalam dalam. Berpijak pijakkan melalui kerongkong sempit. Bertumbuk tumbukan memecah gegendang telinga perut. Bersorak sorakkan airmata dihati. Rebah. Darahku habis mereka sedut. Pucat. Lesi. Mati biarlah di negeri sendiri. Aku mahu pulang :'(


Lembaran

Setiap hari ini yang aku lalu adalah hari di mana aku menutup sehelai lembaran. Setiap lembaran yang tak lagi terlihat adalah satu demi satu yang mengandungi lebih dari satu hati, dua mata. Hati yang bakal terus menyimpan walau tergantikan. Mata yang mungkin beralih arah. Setiap berlalu, aku harap sempat mengirim email ke Tuhan. Agar setiap lembaran tak tercebis dimamah anai rakus. Dan setiapnya aku, ada dalam setiapnya kamu.


Keluarga baru aku di negeri orang. Aku masih anak BumiBerlantaiPermata.
ITU PASTI!

Perhatian

Perhatian kali dengan orang ramai sama dengan rimas. Euwwwwwwwwwwww tak suka. Biarlah orang nak bilang katak dalam gelas. I don't give a damn as long as I feel comfortable with that. Aku benci ada di tengah keramaian. Rasa suntuk. Tenggelam tanpa bicara. Aku tak pandai tegur orang. Malah ditegur aku pun tak tau nak bilang apa. Angguk geleng, sengih pura. Oh hipokritnya aku. Bawalah aku jauh dari keramaian. Aku rela berteman lappy tak berwajah. Aku sudi berteman minda ligat berputar diam sepi. Puisi menari nari. Sepi tak mengunci tapi indah. Kau akan mengerti rasa ini.

Friday, December 23, 2011

your day 'YEE'



Wishing you MOHD ZULHASRI BIN AHMAD a very very HAPPY BORNDAY baby with a lot of <3 . May all your dreams and wishes come true sooner. Be the one who I always proud of. Love you forever and ever. I will always be by yourside, no matter what.


Wednesday, December 21, 2011

fav


Favourite game . . haha . . dunno why. .tp rase heaven giler layan game ni. kakaka. . kiddo kann . . bhahahax. .

Rasa rasa

Kita mungkin salah satu dari mereka yang tak merasa apa yang mereka rasa. Tapi kita syukur apa adanya. Mereka di luar sana mungkin tak rasa apa yang kita rasa, tapi kita tak boleh tuding jari pada mereka mereka. Rasa jangan campak suka suka. Belum tentu rasa itu seburuk yang kita sangka. Hidup dengan skrip Tuhan bagi itu ketentuan.  Menang atau kalah, permainan akan tamat pada masanya. Tabahlah~ Hidup masih jauh. Ada kala telingkah tapi jangan sampai rebah menyembah kalah. Selagi mampu, kita akan terus berpegangan. Bahu mereka jangan sekali kita beratkan. Janji kita, bahu mereka akan kita ringankan. Sabarlah kesabaran~



Maaf atas kehadiran

gamer


Wednesday, December 14, 2011

Fantasi

Bila hidup ini adalah satu permainan permainan kosong
Kita pemain tak berbayar
Permainan berjudikan nyata
Yang lemah berperingat otak
Yang kuat mengering tenaga

Tak kira kau siapa
Kita berlaga laga
Hanya untuk piala yang tak ada
Setiapnya leka terkurung heksagon tua
Budi bicara hanya kemanisan pura
Oh sang durjana

Berhenti~
Permainan kosong tamat
Pulang ke bilik
Kosong
Sendiri.

Tuesday, December 13, 2011

LET ME



Let me pretend that you're still by my side
Let me say things that I know you'll never hear
Let me feel that I still have some pride
Then let me just wipe the escaped tears

Let me say your name once more aloud
For your mocking ghost around me to hear
Let me laugh at my illusions and scream out
Here's a fool left with no heart nor a future

Chorus:
Just let me Let me alone in my reality
And let me Let me chase your shadow in my dream
Keep on dying in your life Reminiscing all your lies
Let me Just let me be

Let me treasure those moments shared together
Please don't let me stain my memories with tears
If you must just fade away with the summer
Let there be no more spring in my coming year

(Repeat chorus)

Bridge:
If only one day you'll just come to me
Say straight to my face how much you hate me
So that I can stop thinking of you
And all that we've been through

So let me be Just let me be
Just let me

Let me fly up with my broken wings
And let me
Let me bleed until I finally heal
Keep on trying to survive
Within all this love inside

Let me Just let me be
Just let me
Kill you in my mind
Don't you be
No more in my eyes

Just let me
Kill you in my mind
Don't you be Don't you be No more

counting 1 to 29

It's already 13th of Dec. Yes I am scared like hell. Hopes. Unspoken. Not done. Oh My God :( A new life to be born. An old me to be burn. A lot of memoir to be crack. A lot of hearts to leave without. Am I ready to through? Oh I am not. Cause there are sooooooooo many project, assignment, things to do before I am free like a bird. Wanna cry a lot. Hummhumm~

Somebody save me ~ ( ala ala Smallville) . Tired. That's all. Hummmhummmm again and again. Counting 1 to 29. I hope that everyday I can laugh with Bulan. I hope that I can be their lil girl forever. Have a long conversation, smile, laugh, fight, keep quite, and so many thing need to do before it's over. Gonna miss all of you. Sure :'(

Bulan : Kalau aku di kutub utara sekalipun, ingat ya. Aku mau terus dan terus jadi gadis kecil kalian. Yang ingin nya pasti direngek setiap tunda. Yang rajuknya pasti panjang walhal sekecil perkara. Yang manja lirik matanya sambil senyum senyum sumbing bila termalukan. Sumpah aku rindu jadi si manja kalian. *Pinjam bahu*

Jangan lupakan kenangan kita ya andai aku berubah nanti. Jauh di belakang setiap mukasurat baru milik aku, ada kalian. Sumpah sangat berharga. *Peluk aku sebelum pergi pisahkan kita. ( Hepppppp bukan muhrim).

Kbai tired . Need to sleep . ZZzzzasssz~

Monday, December 12, 2011

dedikasi buat kawan hati

Kawan, dia datang bukan macam bianglala. Dia datang macam bulan. Malam sunyi dia bagi sinar dari matahari. Bila matahari jalankan tanggungjawab terangi Bumi sebelah.  (Matahari itu kekasih hati). Kadang kadang kita selalu telingkah kan bulan. Gerhana. Awan pun selalu dengkikan persahabatan kita. Selalu tutup aku dari bercakap dengan bulan. Bila siang, matahari datang memancar garang. Aku lupa bulan. Tapi bila aku pandang langit. Aku masih nampak bulan kat situ. Bulan selalu ada untuk aku.

Bulan, ini mungkin jadi bulan terakhir antara bulan bulan yang kita lalui sama sama. Ini mungkin jadi tahun terakhir bulan buli aku. Ini mungkin jadi detik detik akhir di mana aku dan bulan berkongsi rasa persahabatan yang sumpah sangat indah. Bulan, aku nak kahwin dengan matahari. Tapi ingatlah, apa apa pun, kat mana pun aku. Aku tetap pandang bulan yang sama. Bulan tetap indah di hati. Jaga diri baik baik bulan.

Thursday, December 8, 2011

Need you

Atotoo nak nangis. Ooppss mata kacak kacak. Haha. Tension bloodyhell dengan last sem ni. Too much things kena catch up in a short time. Hell yeah kan. Damn! Then after project kena reject and need to do some correction fer format setting. Bila redo, erkk wattahell . Semuanya like "Hey why so hard to do?". Mula lah nak kacak kacak. Then call Amie. He was so damn tired and pengsan but I really need him right now. But he can't so I was like naaaaaaaaaaaak nangis. Manja sangat :(

Then lucky I am I still have ears to lend. Thanks there. But I still need Amie so much to be by my side :( Why soooooo spoil? Damn lah. I miss to do an assignment with him together. Miss a lot all the moment when we through a hard time. I miss his hug when I feel so down. Ok stop talking bout it. It just make me crying. Chiowww~

Weirdo

PELIK. Janganlah (-,-')
As a student, aku dikategorikan sebagai broken student. Haha. Sebab ?


  • Cukup payah nak nampak aku g class even dah last sem . (InsyaAllah).
  • Blonde.
  • Suka pakai suar koyak rabak g class.
  • Tak suka bercampur orang. Alone je.
  • Jarang senyum
  • Tak kenal student lain, lagi lagi junior. Siapa tu? Selalu jadi soalan.

Example semalam. Kelas on 6.30pm. Aku masuk around 7.30pm even dari pagi dah ade class and tercanguk kat kolej. Masuk masuk wat tak tau terus duduk belakang. Then cantiklah ade kuiz. APTB. Miss datang suruh sign attendance. Awak ni dah satu dua tiga empat , LIMA minggu dah tak datang! Aku pun sengih sengih dengan Faiz. Sebab dia pun sama. Then amik midterm marks yang sepatutnye 5minggu lepas aku amik. Tapi aku tengah sibuk tanya sal quiz, mintak tolong dak kelas ajar. Bila g depan kuajaq si Faiz dah curik paper marks aku. Then dia cakap "Kurang ajar bukan nak bagi jawapan". Akupun dah boleh agak kenapa. So buat buat tak dengar je lah.. Tengok paper marks Multimedia Authoring 86/100. Web Prog III PHP pun sama. Alhamdulillah syukur. 

So back to PELIK. Kawan kawan class selalu tegur aku banyak hal. Antaranya. Haha. 
  • Weyh lama tak nampak? (Most all Q dari kawan kawan kolej)
  • Kau ni asal dalam class study je terus serius. ( Ayat wany)
  • Kau tak datang class selalu, tak buat asignment. Marks tinggi. (Sorry bukan kaki bodek lect)
  • LECT : Awak ingat awak tak datang class awak boleh dapat markah tinggi? ( Edy prove it)
  • Kau kenal budak ni, budak tu ? (Siapa siapa? Tak )
  • Kau group dengan sape? ( Sorang je)
So kesimpulannya, aku memang pelik. Aku dan kolej memang tak satu line. Haha. But as a senior lah konon konon aku nak bagi idea. Idea ke? Even macammane kau skip class pun, exam korang kena score! Cara aku senang je, esok nak exam. All day surfing internet main FB, blogging, tweetting bla bla bla and midnight ke atas, Struggle study all chapter. Tak kesah la bape chapter, 6 ke 8 ke :) Then hafal tau. Tapi tak tido till exam. (Ok biasanyer exam week habis aku demam sbab tak cukup rest). Exam dah do all the best , goreng selagi mampu. Jangan hangus. Sesedap rasa. And jangan lupa doa. Even kadang kadang kawan perli. Uiks sempat lagi tadah tangan baca doa. Tp watlek je. Sebab Tuhan tu Maha Mendengar even hellworst camne pun kau. Ingat ya kawan kawan. Ok dah lewat ni. Baru tido bape jam je lately ni. Badan da mula weak and macam nak demam. Chiowwwwwwww and goodluck semua.

Wednesday, December 7, 2011

tak faham!

Boleh kalau aku start entry with TAK FAHAM? Ok bukan kau. Tapi aku. Aku tak faham dengan aku. Bukan tak sedar diri or bodoh piggy tak tau diri. Tapi certain time, aku goyah dengan amarah diri. Marah meluap luap datang bila body aku damn tired and mind lak kena push dengan study yang semakin mencermin hujung. Sekecil kalis luka, jadi sebesar sebab untuk aku lost diri. Marah. Then the best way, aku hilang. Wujud pada pandang. Tapi bisu dan tenggelam hanyut jauh dalam diri. Ok sekarang aku cakap aku yang paling faham diri aku. Sebab most time bila aku camni, I need to be alone till mood ok and get a blast rest. Enough rest lah. Ok sekarang korang lak tak faham kan. Kejap aku tak faham, kejap aku faham. Ok good. Sama sama tak faham. Nice braaahhhhhhhh ~

Aku jotdown entry time kat bazar dengan di kelilingi more 100 budak budak. Biasa lah Wed kat JB is Agas Day. Suck gila tapi hari ni aku macam . Oh wujud ke korang? Macam aku alone je. LOL. For my prince baby, Sorry dengan keadaan yang erk dunno tak tau nak explain. That's crazy me.

Sorry with a lot of LOVE guys <3

Hujan dan anugerah

Musim dewa hujan melampias amarah. Bah mencurah curah. Petir guruh berperang tak kalah. Bianglala jua yang tertindaskan. Kau masih ingat hari di mana bianglala terpotretkan bersama? Indah. Boleh bianglala tak terkecuali lagi? Terhenti waktu terkaku potret. Aku rindu~

Sejuk menikam, menusuk jiwa. Dalam dalam. Aku kalah. Dalam ringkuk kebekuan. Sendiri itu teman. Senyumlah biar payah. Setiapnya anugerah. Jangan esok baru nak terngadah. Lelah~

Tuesday, December 6, 2011

TAHI LALAT


82 RAHSIA TAHI LALAT

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

 Æª(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Nyah



Rasa itu rasa syurga
Akan aku bawa setiap pejam mata
Rasa itu rasa bahagia
Akan aku bawa setiap senyum tawa.

Indah
Tenggelam
Hanyut
Terbang tinggi tinggi
Rentas jambatan bianglala
Berpegangan.

Sinis
Jeling
Sumbing cela
Aku tolak pusing
Cermin hulur.

Dakap erat jiwa
Esok aku, milik kita
Bukan tangan tangan mereka
Nyah~

titik

Berhenti bukan bermakna lari.
Sepi bukan tanda berkunci.

Hidup atau mati.
Fizikal berdiri.
Akal tergali kubur sendiri.

Satu sampai akhir.
Bilang saja cermin.
Jangan lagi dilayan.
Ah bosan kau buat celaan.

Monday, December 5, 2011

Kejam

Keadaan memaksa,
manusia makin celaka,
terlolong dah tak bermakna
mereka dah gila.

Jiwa jerit
Akal lari
Mata berhabuk
Mulut terkunci
Kaki nak memaki.

Dunia memang kejam!

Happy Monday


I MISS THIS MOMENT A LOT

Lately, after World War 3++ maybe , semuanya macam "erk , hari hari he's falling in love with me". He keep saying all the sweetest word ever. Being nice such as a sweet Prince I ever had. Also keep merengek ask me to be with him all the times free and cepat cepat grad. Haha. Funny dummybear. Loveyou <3

Rutin harian, guling guling atas katil, mengadap lappy, been busy nak siapkan Major Project fer last sem , edit edit gambar and lapar, hang out lepak with 'Saudagar Shisha Seget' 's click. Tapi babyboy mesti aku angkut, tak nak terlepas update. But lepak mesti after midnite. Ok to be clear aku tinggal kat Owl City. Nice.

One more story, erkk lately gak rasa macam quite messy lah tengok FB. Semua orang sibuk nak buat status yang menjurus to ask us to LIKE their comment. Quite BORED ok, so I choose not to rajin gila LIKE status kat news feed as before. Kan dah told 'em before, lepak syok sendiri kat wall sendiri lagi bagus, bosan plug in telinga dengar music kat page ni lagi masyukkk https://www.facebook.com/pages/DJ-MeejoAddict/240002582731377  d(-,-')b , tak pun OTP dengan dummybear berjam jam sampai terrtidur. OK chiowww. Happy MOroNday =P

Sunday, December 4, 2011

Sending email in progress

Tanpa sedar, Tuhan selalu post kan manusia manusia dewa kelilingi aku. Apa Tuhan rajin baca email aku kirim?  Mungkin. Terima kasih Tuhan. Boleh aku kirim email lagi? Agar manusia manusia dewa itu , makbul pintanya. Syurga duduknya. Terima kasih sekali lagi Tuhan. Aku sayang mereka. Mereka juga. Suatu hari nanti, aku juga mau jadi manusia dewa. Biar tak ada lagi orang seperti aku yang sering email Tuhan. Mengemis itu, mengemis ini dari Kau. Biar hidup ini, hidup semua orang itu bahagia. Amin

#Sendingemailinprogress~

Saturday, December 3, 2011

CIHD fitnah

Cemburu. Iri. Hasad. Dengki. Semua ni kalau digabungkan boleh menjadi Fitnah. Kalau dilayan boleh jadi WW3. Tapi tak dilayan, tak seronok. Hahaha. Atleast ada bahan gelak ketawa. Funny you tengok circle age then compared their mind dengan apa yang dibahaskan. Ok ok stop. Aku tak nak memurtadkan blog aku dengan baur baur pergaduhan. Sangat sangat lucah dan low class. So aku update entry ni untuk remind all blogger. Tak seronok bila blog yang comel comel, class class, penuh dengan entri CIHD. Parasit! Kalau bukan kita amankan dunia, tak kan nak jemput Alien pulak kan. Wujud ke? Wallahualam~ Hari ini berak kat muke orang, campak campak tahi kat rumah orang, esok lusa kau tak tau ape jadi. So keep peace. Sesuap nasi pun strangers tak bagi kau makan, ape ade hal? Chillex. Maju ke depan, tanpa pijak orang bawahan. Bumi ni sfera. Guling guling jatuh tempat yang sama. Yaww~

Bisik sikit : Aummmmm rase macam artis you bila apeje kau update, DP kau pakai, gambar kau upload, life kau buat orang amik tahu . Even dalam negative way. Class kan Jah~ Famousamousramous <3

90km/j

Pagi ni, dia merepek repek.  Dia bilang sayang dan rindu sangat sangat berpuluh puluh kali, mungkin cecah ratus. Dan dia bilang lagi, aku nak hubungan kita sampai bila bila. Aku nak kahwin dengan kau, ada anak. Kita kahwin, kita berubah, kau pakai tudung. . blablabla~ Kelajuan dia bercakap cecah 90km/j . LOL. Aku banyak diam. Dengar dan dengar.

Tuhan, bolehkan entri ini sampai di pengetahuan Engkau :)

ReacherSettler

Entri dari terfaktab :

The Reacher. 
  • Someone yang not hot, not cute and not handsome. Kaya pun tak. Tapi di atas nasib baik, dia berjaya dapat someone yang above of his/her league and level which is lagi cantik, or handsome.
  • Ada keyakinan diri yang rendah.
  • Mudah jealous dalam relationship.
  • Selalu clingy terhadap pasangan dan mudah berasa insecure.
  • Sanggup buat apa je demi pasangan.
  • Selalu di control.
  • Kalau dia merajuk, pasangan tak akan pujuk; Kena pujuk diri sendiri.
  • Tapi kalau pasangan merajuk, dia cepat-cepat pujuk.
  • Susah untuk marah pasangan walau apa pun pasangan tu buat.
  • Kalau pasangan buat benda-benda yang boleh mendatangkan kecil hati, The Reacher akan tutup sebelah mata.
  • Sebelum start in relationship dulu-dulu, dia lah yang buat first move dan luahkan perasaan. 

The Settler.
  • Someone yang hot, top, cute and handsome tapi in relationship dengan someone yang bawah dari level dia which is someone yang tak handsome dan tak cute dan low confident.
  • Ada keyakinan diri yang tinggi.
  • Teramat-amat-amat-amat susah untuk berasa insecure.
  • Selalu relax-relax sebab tahu pasangan tak akan curang. 
  • Jealous terhadap pasangan amat jarang berlaku.
  • Ego yang tinggi.
  • Kalau pasangan merajuk, dia tak akan pujuk.
  • Mendominasi perhubungan.
  • Nak makan kat mana, pergi mana dan sebagainya adalah based on kemahuan The Settler.
  • Kalau The Settler kata "NO", The Reacher tak akan banyak cakap.

As aku hidup berpuluh tahun dengan aku and mostly alone. Aku dengan yakin and gereknye cakap, I'm not The REACHER, or The SETTLER, but aku both. Everythings aku buat depends on situation and siapa yang involve. Ada tika aku akan gila gila jadi The Reacher, and biasanya bila aku tired after being The Reacher, aku automatic turn to be The Settler. Is not about being The Reacher kau lebih good and being The Settler kau ni pasif and bodoh bodoh. But in every relationship. One party mesti mengalah dalam telagah. And aku admit aku sangat sangat keras kepala, sangat sangat ego, sangat sangat kuat cemburu. Siapa cakap aku tak pernah mengalah? But in front others aku akan jadi The Settler. Haha it's not that yang aku ni lalang, but more to flexible to deal with or nope. Maybe sebab I have both, buatkan sometimes my partner keep telling me " sayangnya saya tak kenal sayang saya and she's diff from before". Mungkin aku ada sifat protect diri yang sangat kuat. LOL. No matter what, saya sayang 'sayang sayang' saya. Tak ramai, but they know who they are . Love.

Friday, December 2, 2011

Simplekan

Ake memerlukan waktu, untuk diam tanpa bicara. Untuk sepi tanpa kata. Aku menghilang dari muka buka. Ke semua account telah aku bekukan. Yang ada cuma aku dan aku. Mengerti yang salah itu bukan untuk ditolak tolak. Tapi untuk tidak diulangi dan tahu duduk asalnya. Aku kembali jadi si diam yang terluka. Mogok tanpa memberi alasan. Melayan rajuk luka dalam diam. Yang nyata, aku rasa tidak terhargakan. Aku jadi tidak tahu untuk berperang. Aku duduk di tepi medan. Tertancap peluru, aku mati. Terlindung perwira, aku bernyawa. Untuk ke sekian kali, aku berhenti berharap. Terlalu subjektif untuk rungkaikan sayang aku bagi. Terlalu dan terlalu kejam untuk kau 'simple'kan semudah itu.

Diam


Kalau rasa itu cuma dongeng dongeng bodoh, aku kah Pak Pandir? Yang bodohnya menjadi bahan hibur manusia. Jenaka kanak zaman berzaman. Pahat aku pelan pelan. Biar nanti jadi ukiran. Bukan jadi sumpik ejekan. Kerap kali rasa itu jadi alas kaki . Pijak berkali kali. Kenapa sekali lagi aku gamam meluahkan? Aku gumpal kecil kecil, aku lumat sebelum telan. Masih sangat besar meredah kerongkong. Dupdapdupdap dah tak aku hiraukan. Cuma seperti belon padat yang hampir terpecahkan. Masih aku kekal di situ. Diam tanpa suara. Tanpa tangis. Kotak kecil terpenuhkan. Kunci dan sorok dalam dalam. Diam. Diam. Dan diam terpempam.

Waktu merangkak, pejam katup tekup. Yang ada cuma aku. Aku.

tanpa

Pohon mulut katup tika maki menguasai,
Pohon mata tutup tika yang terlihat cuma dusta,
Pohon waktu henti, tika aku masih senyum.

Kirim aku manusia dewa,
bawa aku terbang bersama awan awan putih.

Mungkin benar,
Hidup terlalu singkat untuk serius bodoh bodoh,
Teknologi nyata cuma sering memvirus hati.

Perlahan lahan bunuh aku.

Thursday, December 1, 2011

30 sec

 I believe in 30sec, there'r so much things can && will happen. Why shud we waste our 30 sec when we actually know, there is only 30sec left. Too much things left unspoken. Yet we still can't reveal anything as a topic. Keep repeating the same stupid idiot questions. No one know. No one there. Only you. Only me. Separated by distance. Why there'r not so much things to tell. To share with. Have a deep breathe. Why the important words to hear leave unspoken? No matter what, remind me that the important thing is not a word unspoken, but YOU will be there for me with a dummy zip mouth, wide open heart.

ILOVEYOU

Domo-kun Cute