Sepertinya Johor Bahru berhujankan permata. Aku mahu pulang. Menadah setap permata yang bertaburan turun bagai gerimis salji. Aku rindu tak berbumbung disapa gerimis salji. Mendongak lampu jalan bersamanya. Tersenyum melihat gerimis salji. Indah~ Mengejar emas di negeri orang hanya umpama menyiat sedikit demi sedikit daging reput milik aku. Sakit yang tertelan dalam dalam. Berpijak pijakkan melalui kerongkong sempit. Bertumbuk tumbukan memecah gegendang telinga perut. Bersorak sorakkan airmata dihati. Rebah. Darahku habis mereka sedut. Pucat. Lesi. Mati biarlah di negeri sendiri. Aku mahu pulang :'(
No comments:
Post a Comment