Domo-kun Cute diary jiwa ranap: Rusuk Adam

Thursday, January 12, 2012

Rusuk Adam

Perempuan. Sesosok rusuk kiri seorang Adam. Terpisah entah tak tertalikan. Cuma hanya Dia tau siapa miliki siapa. Lantas pencarian itu bagai suatu perlumbaan. Gelap terang sesisi apapun telah mereka cuba lakukan. Aku sebagainya juga masih mencari dan mengharap telah yakin menemukan. Bukan bukan itu yang mahu aku utarakan. Cuma sekecilnya ingin meluahkan, apa wajar perempuan itu kau kurung diamkan dalam sangkar kau buatkan? Sekali ini, renung perempuan itu dalam dalam ke matanya. Lihat abjad abjad huruf yang menari nari membentuk kata dari matanya yang tak terluahkan. Apa cukup cuma untuk memuaskan? Sekadar memenuhi tuntuntan. Nah , kau ambil sunnah, kau canang iman. Kau besarkan telapak syurga dikakimu. Sedang kau lupa setiap pengorbanan. Kau matikan hidup seorang perempuan yang seolah depannya kau Mr. kan ke nama kau. Perempuan itu anugerah dari Dia. Jangan, jangan sekali kali kau siakan. Sebal, bebal, keras, dingin, apapun dia kenapa kau lupa itu rusuk kau? Kalau apa pun dia semua juga tercipta dari sebahagian dalaman engkau. Peliharalah perempuan. Tanpa perempuan manakan ada masa depan. Bimbinglah perempuan kalau tak mau sebelum langkah syurga ditarikkan. Setiap salahnya, maafkan. Sekeras lantang caci perempuan, bantulah perempuan melihat iman. Allahuakhbar~


#hanyakisahtercipta - tidak berkait antara hidup ataupun mati

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute