Domo-kun Cute diary jiwa ranap: dalam hujan

Sunday, May 29, 2011

dalam hujan

Kau rasa apa bila orang yang kau sayang dan sayang kau dulu atau kini, menangis dan merayu bahawa dia terlalu rindu, terlalu sakit, terlalu tak lagi mampu untuk terus hidup tanpa senyummu? Aku rasa sakit itu kau bluetooth kepada aku. Airmata itu kau sending dan aku printkan dengan mataku. Kita sama berjurai di corong teknologi. Tanpa aku tahu, aku sekali lagi menjadi manusia si pengkapak hati. Aku bunuh senyum kau. Aku bakar jasad kau hancur. Aku leburkan impian impian kelmarin. Dan hanya mampu memohon agar kau tak terkecaiberai kerana kejamnya aku memilih hidup sendiri.

Hujan, basahkan walau seincipun tubuh aku. Biar, biar aku menggigil. Biar aku lemas dalam kelebatan curahmu. Biar aku tahu sakitnya dia tanpaku dan biar aku terjelopok dalam lopak dan menagih Tuhan, agar diberi semua bahagiaku untuk dia penuhkan dalam kontrak perjalanan yang Kau tuliskan untuk dia...

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute