Domo-kun Cute diary jiwa ranap: jalan kecil kita

Tuesday, July 12, 2011

jalan kecil kita

Buat si cerdik di dunia. Jika jalan kamu lalu tak seluas mereka yang telah mencapainya dulu. Jangan terkecil atas takdir tulisanNya. Usah berhenti bermimpi. Biar kita terlontar sampah jeninkan oleh mereka kerana mimpi. Tanpa mimpi kita mungkin mati. Biar si penguasa dunia memperlekeh ludah muka kita. Abaikan saja. Terus bermimpi. Kerana esok kita akan bangun lagi untuk wujudkan walau sezarah mimpi selahzah tadi. Mungkin mimpi kita tak jamin jalan sebesar mereka di menara senang. Siapa dari kita tahu sepintas jalan mimpi ini jadi kita di sana? Mimpi kita, tak kira siapa. Tak pernah lari dari mahu senang. Mahu bahagia. Mahu juga berjaya. Tak lupa untuk insan insan yang mengerah keringat darah sejak kita menyedut udara hanya untuk korban segalanya untuk jalan kecil kita.

Angin mungkin menderu kuat. Ribut mungkin melintang. Syukur apa adanya kerna Dia tak pernah lupa walau kita lupakanNya. Jika hanya dengan tangan kecil mereka mampu jaya. Kita gandakan seberapa mampu kita. Ini jalan kecil kita. Jangan putus asa. Cemburukan saja mereka biar api masih menyala. Namun jangan sekali curahkan dengki pada jalan besar milik mereka. Mereka tak pernah peduli apa kita mati. Sabarlah sayang. Pasti nanti apapun milik kita. Walau jalan ini kecil dari mula...

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute