Domo-kun Cute diary jiwa ranap: si tua

Thursday, July 21, 2011

si tua

Untuk apa setiap hari? Untuk apa setiap celik? Untuk apa setiap buka. Untuk apa setiap gerak. Untuk dia? Lupakan saja. Tanya hati pakai otak. Apa ada darah yang mengalir dalam tubuhnya sama seperti kau? Apa kau yakin kau rusuknya? Syaitan goda kau. Syaitan sesatkan kau. Jauh sudah kau lupa. Lupa pada Tuhan yang tak pernah tidur melihat kau. Lupa pada emak yang jerih masih mengerah tua. Apa cukup mengingat tanpa bertanya? Tanpa memikul sama? Mengalir air mata darah, apa kau mampu ringankan beban si tua itu? Berapa lama dia perlu susah untuk kau? Untuk yang lain? Untuk apa? Kau tuduh itu tanggungjawabnya. Kalau kau gah, renung matanya dalam. Aku sumpah sesaat saja kau kan terdiam, mengalir. Sakit bukan melihat si tua itu. Tak pernah penat. Tak pernah mengalah. Bertahun tahun tak pernah luntur asanya. Hanya untuk kadang sesuap nasi yang kau pinta. Apa pernah kau dengar rintihnya? Pernah? Apa pernah kau lihat air matanya? Mana pergi rasanya? Tak pernah si tua itu tunjuk. Kau lihat. Kau rasa. Kau fikir. Dia terlalu kuat hanya untuk kita. Apa aku bagi dia? Pernah aku tanya? Setiap masa aku lari darinya. Takut menyua kabar dari jendela. Takut gugur airmata. Belum cerita kau lupa abang abang, kakak, adik adik. Kau lihat mereka. Siapa antara mereka berjaya menuju puncak? Kau salahkan hidup. Pernah kau tanya mereka. Apa mereka mau begitu. Siapa antara mereka yang cukup beratnya? Siapa? Kita derita. Sama. Tapi balik pada si tua. Mari sama kita kuat untuknya. Mari sama kita bahagiakan dia. Mari sama kita buat dia terus senyum. Mari sama email Tuhan agar dia ditempat disyurga terindah kelak. Kita tak kan mampu tanpa dia. Balik, jumpa dia. Rangkul dia. Bilang bahawa kita sayang dia. Mohon ampun darinya. Kita sama sama menangis. Kita sama sama bangun untuk dia. Bukan kau abang abang, bukan kau kakak, bukan kau adik adik. Tapi aku. Aku yang sering derhaka dan lupa susahnya dia. Ampun emak. Mia sayang emak. Ampunkan Mia. Ampunkan kami. Kami sayang emak. Takkan pernah ada dua... Ampun mak...

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute