Domo-kun Cute diary jiwa ranap: lapan

Monday, June 20, 2011

lapan

Mata belum buta, telinga belum tuli, mulut belum bisu, hati masih rasa. Jerih melihat kau punah. Perit melihat kau rabak terkoyak. Goncang pundi air mata aku, biar tangis itu kau kirim padaku. Infrared pun aku mahu jika kau perlu. Jangan penat di perjalanan ini hingga terlucutkan. Jangan lelah di medan ini bila kawasan tak lagi kau tawan. Renung sedalam ini, biar kau tak terkecualikan. Mega belum jingga untuk kau hitamkan. Bangun dan nyah dari lopak nista. Kejar sungai, basahkan keringat mata. Simpan beku rasa itu, tak kan bawa kau ke cerca bahagia. Aku email Tuhan lagi, moga kau tabah dan peluk ria...

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute