Domo-kun Cute diary jiwa ranap: bintang

Monday, June 6, 2011

bintang

Aku tak tau bagaimana menjadi bintang yang terang. Aku tak tau bagaimana menjadi bintang yang dipuja sang cinta. Aku bintang malap suram yang perlu kau teleskopkan kewujudannya. Aku bintang kerlip yang kau selalu tenggelamkan cahayanya. Kerdipan aku bukan kerana bahagia. Kerdipan aku mengalir titis air milik senja.  Silau neon dunia suluh halusinansi tampaknya. Malu malu aku menarikan kerdip cahaya, mungkin perlu  mengemis Tuhan untuk tambah voltan kuasa. Supaya wujud aku dari corong teleskopmu boleh buat kau suka walau seketika. Mari dongak langit gelap, supaya tak angkuh dikilau sang gemerlap...

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute