Domo-kun Cute diary jiwa ranap: July 2011

Monday, July 25, 2011

pilihan keputusan

Pilihan yang mengatur langkah keputusan. Apa punya keajaiban esok? Aku memilih hidup. Menentukan keputusan. Selalu salah. Selalu bertentang. Selalu melawan. Selalu tau itu. Tapi masih menyonsang dan terus berenang hanya kerana mengharap esok ada keajaiban dari perihal perihal sial. Pilihan itu keputusan yang seolah mencampak aku ditengah medan tempur. Keliling aku acu pistol, angkat senjata, bedil nuklear. Salah satu darinya, pasti tertancap tubuhku. Terkadang ya, mati dalam nafas menjadi taruhan setiap pilihan keputusanku. Aku terbang tinggi tinggi biar tak terlastik. Aku lari laju laju biar tak sempat terlontar batu. Tapi sekecil aku, kudrat tak mampu. Nahh, terjelopok ke Bumi lalu terus menjadi gonggongan anjing. Selamatkan aku manusia dewa...

Saturday, July 23, 2011

mata masyarakat



Mungkin aku sudah terlalu buruk pada tampak mata,
Terlalu hina untuk dikeji,
Terlalu basi untuk dimaki,
Terlalu lali untuk kau level sesuka hati,
Tapi
Jika aku bertanya,
Siapa Tuhan?
Mau kau tuding jari ke hidung sendiri??

Thursday, July 21, 2011

si tua

Untuk apa setiap hari? Untuk apa setiap celik? Untuk apa setiap buka. Untuk apa setiap gerak. Untuk dia? Lupakan saja. Tanya hati pakai otak. Apa ada darah yang mengalir dalam tubuhnya sama seperti kau? Apa kau yakin kau rusuknya? Syaitan goda kau. Syaitan sesatkan kau. Jauh sudah kau lupa. Lupa pada Tuhan yang tak pernah tidur melihat kau. Lupa pada emak yang jerih masih mengerah tua. Apa cukup mengingat tanpa bertanya? Tanpa memikul sama? Mengalir air mata darah, apa kau mampu ringankan beban si tua itu? Berapa lama dia perlu susah untuk kau? Untuk yang lain? Untuk apa? Kau tuduh itu tanggungjawabnya. Kalau kau gah, renung matanya dalam. Aku sumpah sesaat saja kau kan terdiam, mengalir. Sakit bukan melihat si tua itu. Tak pernah penat. Tak pernah mengalah. Bertahun tahun tak pernah luntur asanya. Hanya untuk kadang sesuap nasi yang kau pinta. Apa pernah kau dengar rintihnya? Pernah? Apa pernah kau lihat air matanya? Mana pergi rasanya? Tak pernah si tua itu tunjuk. Kau lihat. Kau rasa. Kau fikir. Dia terlalu kuat hanya untuk kita. Apa aku bagi dia? Pernah aku tanya? Setiap masa aku lari darinya. Takut menyua kabar dari jendela. Takut gugur airmata. Belum cerita kau lupa abang abang, kakak, adik adik. Kau lihat mereka. Siapa antara mereka berjaya menuju puncak? Kau salahkan hidup. Pernah kau tanya mereka. Apa mereka mau begitu. Siapa antara mereka yang cukup beratnya? Siapa? Kita derita. Sama. Tapi balik pada si tua. Mari sama kita kuat untuknya. Mari sama kita bahagiakan dia. Mari sama kita buat dia terus senyum. Mari sama email Tuhan agar dia ditempat disyurga terindah kelak. Kita tak kan mampu tanpa dia. Balik, jumpa dia. Rangkul dia. Bilang bahawa kita sayang dia. Mohon ampun darinya. Kita sama sama menangis. Kita sama sama bangun untuk dia. Bukan kau abang abang, bukan kau kakak, bukan kau adik adik. Tapi aku. Aku yang sering derhaka dan lupa susahnya dia. Ampun emak. Mia sayang emak. Ampunkan Mia. Ampunkan kami. Kami sayang emak. Takkan pernah ada dua... Ampun mak...

Wednesday, July 20, 2011

kenangan, kembalikan

Kita bersama setelah sekian lama, duduk bagai pasangan menonton indahnya 'sekali lagi'. Lalu berlantaikan rumput beratapkan bintang langit, berdindingkan lampu kapal, berkipaskan angin bayu. Aku bilang ke kamu. Aku bakal jadi perhentian kamu yang paling indah. Kamu bilang, jangan.  Aku suka bila kau pejam matamu, bantalkan kakiku. Belai rambutmu. Kamu kan selalu jadi anak kecil buat aku. Kamu rangkul aku kuat. Sering. Seperti esok aku takkan ada. Kamu bilang ini yang pertama untuk berdua. Aku berkaca menahan setiap tutur. Kaca aku tak bersinar terlihat tanpa cahaya. Mujur masih bertahan. Aku dakap kamu, aku bisik ke telinga kamu "tunjukkan aku, untuk kamu". Aku dakap erat dan sedu mula menjengah malam milik kita hari ini. Aku tak menahan lagi. Kamu bilang berhenti. Aku sayang kamu. Kamu juga bilang begitu. Tapi hakikat aku selalu tau, palsu. Aku tau apa laku kau laku belakangku. Aku kan cuba selalu jadi sirius buat kamu seperti mahumu. Setakat mampuku. Tak kira seburuk mana cuaca dilangit itu. Mari jujur sama dengan aku. Kembalikan waktu dulu...

Tuesday, July 19, 2011

cukup

Belumpun sempat apa, terbangun lagi. Tersentak nyata. Senyum dalam kaca. Berapa kilo tan kau bagi untuk setiap mata yang terbuka. Sedang mimpi juga kau beratkan dengan wujud. Aku tak daya untuk mengejar, bila penuh hidup ini dengan kaca. Biar bersepai kecai berai. Biar lemah jiwa teranap hempas. Tusuk dalam dalam. Tak ada tangan menyeka. Relakan. Teruskan. Kuatkan. Percaya skrip Tuhan bagi. Aku tak tercipta untuk didukung atas bumi jalan ini. Aku hanya perlu kuat sendiri. Dan sampai mati, tolong jangan kata atau minta apa lagi. Cukup...

Monday, July 18, 2011

alas kaki

Setelah tau apa yang rasa itu bagitahu dulu dan yakin pada hari ini. Apa aku merasa selamat, menyelamatkan atau terselamatkan? Apa bohong itu telah banyak tertimbun di belakang bahu badan? Apa mata sudah semakin kabur untuk celik tajam? Apa telinga sudah berdengung ditutup lapisan air untuk tersentak khabarkan? Masyaallah- Jawab saja segala persoalan aku dengan ter. Biar jujur mata kau masih mampu aku bohongkan diri. Moga hanya kerana ter aku selalukan memaafkan. Rendah tapak telah aku turunkan. Kain koyak masih aku cuba tampalkan. Tapi apa masih di luar sana kau mahu kain koyak tampal milik aku? Kau sendiri tahu apa yang kau mahu sampai ter'kadang kau lupa terpijak henyak sesuatu. Sampai kapan hanya menjadi kain koyak tampal alas kakimu? Mujur kala ini, kau mula campak kain koyak tampal itu. Terjujur ia kau jijikkan, hanya kerana kastanya di bawah kaki kau pijak harian...

  Aku, bunga dan kau photographer. ???

Sunday, July 17, 2011

maafkan

Dah hampir menjelang Ramadhan. Cuma mau mohon maaf dari semua perempuan perempuan yang aku sakitkan dan yang terlukakan. Ikhlas aku hulurkan. Serendah diri aku kirimkan maaf atas segala dosa yang kau kau nampak ternampakkan, kerana aku selalu mehalusinasikan. Maaf. Juga buat lelaki lelaki yang terguris koyakkan. Maaf terlambung tinggi. Buat keluarga mohon maaf dari kalian hari hari kalian ungkapkan aku mahukan. Terlalu berharga. Teman serta kenalan maaf juga aku pinta. Semua maaf ini ikhlas aku mohonkan dari kalian.

Mengirim surat sekecil ilusi untuk kalian bercoret "maaf atas dosaku"...

Friday, July 15, 2011

hukum aku

Hari kelmarin, dia melontar kata itu. Hari ini, kau melontar sama. Lihat apa bedanya kau dan dia? Sama pada peluang yang beda. Kau berpeluang menyelami. Tapi berakhir pada satu kata. Cukup bisa untuk aku yang tak punya bilang bilang yang ramai. Jauh aku terlontar hempas ke bumi. Berkecai tersampahkan. Lihat dalam dalam ke mata aku. Renung semampu kau. Lihat betapa beratnya apa yang aku lalu selama ini untuk kau ukur selahzah kata. Kenapa mata ni tak pernah berhenti berkaca? Kenapa? Kenapa sejauh ini aku lari dari hidup? Tanya sekeras kau, biar mampu aku jawab sejujur dengan linangan kaca yang selama ini aku bawa dalam senyum dalam ketawa. Di mana mana. Apa kau tahu sakitnya jalan hidup selama aku lalu? Jawapannya ya. Sejujurnya aku sangat sangat sangat sakit. Sangat sangat lemah. Sangat sangat mahu berhenti. Sangat sangat harap dirangkul, dikendong jalannya. Izin aku untuk layu terduduk dalam hujan ini. Dongak ke langit biar sama lalu kaca dan hujan. Terima kasih kerana kau ikut mentuhan levelkan aku. Kalau aku selevel yang kau tuhankan. Mana tangan? Mana sokongan? Mana? Mana semua itu? Kenapa aku yang tak matang perlu lalu semua ini? Kenapa? Maaf, kau terlalu kejam. Aku luka, sangat dalam...

merasa

Aku merasa ada yang hilang pada apa yang aku mau dan aku lepaskan. Aku merasa airmata membanjiri seluruh dalaman jasad aku. Aku merasa menjerit tanpa suara. Aku merasa airmata aku mengalir tanpa cecairnya. Aku merasa berat yang membeban tusukkan harus aku bawa. Aku merasa lagu lagu klasik 80an 90an yang sarat dengan lirikan lirik duka sedang bersorak lumba menyanyi dengan nyaringnya. Aku merasa sedang ditertawa. Aku merasa sedang dibodoh cacikan. Aku merasa terkalahkan untuk sekian kalinya.

Untuk merasa rasa ini rasa adalah kerana perbedaan yang sering aku cari gali dalam dalam sampai ke jalan mati cacing. Dunia kita berbeda aku laungkan kuat kuat setiap hari. Aku demonstrasikan pada mereka mereka. Aku campak tepekkan ke muka kau kuat kuat sampai kau tak mahu bangun lagi dan rela begini. Ya untuk kesekian kali seorang lagi terperosok sudut kerana keegoan melampau. Kekerasan kepala membatu. Kesialan diri yang tak sudah melulu. Dan pada akhirnya, seperti kesekian kalinya aku melepaskan 'jiwa' aku tanpa mengejarnya lagi. Dari dalam kelambu, aku campakkan surat kecil bertinta maaf, aku sayang kamu 'jiwa'. Aku mati lagi...

Tuesday, July 12, 2011

jalan kecil kita

Buat si cerdik di dunia. Jika jalan kamu lalu tak seluas mereka yang telah mencapainya dulu. Jangan terkecil atas takdir tulisanNya. Usah berhenti bermimpi. Biar kita terlontar sampah jeninkan oleh mereka kerana mimpi. Tanpa mimpi kita mungkin mati. Biar si penguasa dunia memperlekeh ludah muka kita. Abaikan saja. Terus bermimpi. Kerana esok kita akan bangun lagi untuk wujudkan walau sezarah mimpi selahzah tadi. Mungkin mimpi kita tak jamin jalan sebesar mereka di menara senang. Siapa dari kita tahu sepintas jalan mimpi ini jadi kita di sana? Mimpi kita, tak kira siapa. Tak pernah lari dari mahu senang. Mahu bahagia. Mahu juga berjaya. Tak lupa untuk insan insan yang mengerah keringat darah sejak kita menyedut udara hanya untuk korban segalanya untuk jalan kecil kita.

Angin mungkin menderu kuat. Ribut mungkin melintang. Syukur apa adanya kerna Dia tak pernah lupa walau kita lupakanNya. Jika hanya dengan tangan kecil mereka mampu jaya. Kita gandakan seberapa mampu kita. Ini jalan kecil kita. Jangan putus asa. Cemburukan saja mereka biar api masih menyala. Namun jangan sekali curahkan dengki pada jalan besar milik mereka. Mereka tak pernah peduli apa kita mati. Sabarlah sayang. Pasti nanti apapun milik kita. Walau jalan ini kecil dari mula...

Thursday, July 7, 2011

tujuh tujuh

Blooming
 Terima KASIH Muhammad Farkhan Othman

Tuesday, July 5, 2011

lima itu satu

Lima bilah huruf. Satu patah kata. Jangan gandakan dua. Jangan gandakan tiga. Jangan kau tambah depan atau belakangnya. Satu sudah cukup pecahkan kaca. Itu lagu hidup. Sedu iramanya. Ini bukan pesta mati untuk kau turut okestrakan. Ini lagu solo milik aku. Mana mungkin bahu ke bahu. Walau bilangnya kau rasa apa rasaku. Aku mengaku aku mungkin sakit melihat andai kau begitu. Tapi untuk ada dalam kotak milik kau. Aku, siapapun tak mampu. Rasa apa rasa itu bagi rasa. Sampai satu patah kata. Lihat dunia aku menggogoi lagu. Skrip milik Tuhan untuk aku. Aku terima Tuhan. Tuhan tau aku kuat. Dan, mereka benci melihat kaca mahal milikku pecah. Sedu dan hanya mengalir. Bezakan berapa berat rasa itu aku simpan selama...

Monday, July 4, 2011

Waktu subuh

Hari ini seberapa pantaskah aku untuk merangkul indah? Seperti apa rasa indah yang aku lalu? Seperti lolongan tangis di sebalik hilai hantu? Bullshit semua itu. Saat aku tersadarkan realiti, pejam mataku, longlai tubuhku, mengalir cecair panas itu dari celah bilah kelopak yang tertutup kemas. Hati jerit, aku penat. Terlalu penat mejadi si kuat dalam perjalanan ini. Rangkul aku emak. Belai rambutku ayah. Genggam tanganku abang. Dakap aku kakak. Kesat air mata aku adik, seperti dulu. Tapi tolong jangan sama mengalir seperti aku. Aku tak kuat untuk itu. Aku bangun setiap hari kerana kamu kamu. Subuh ini saksi. Aku luahkan pada hati sendiri. Hidup paksa aku menangis lagi...

Sejujur aku.

Sunday, July 3, 2011

patung patung

Apa rasanya jadi patung patung bisu? Dan tak salah kalau aku ditakungi airmata pada seperkecil perkara yang cukup temeh kau rasa. Mengerti dunia, aku tidak punya bilang bilang sebanyak kamu, sebanyak mereka. Madah untuk terguris lingkarannya gergasi dari yang kau jangka. Kapan hari aku tak punya rasa datang, kau lihat kau rasa. Apa rasa itu indah bila kau terasakan? Untuk aku yang selalu jatuh, bangun nanti aku pasti merasa lebih tampan dan tergagahkan. Tapi, jangan biar aku merasa terbekukan, nanti kau lihat bagaimana kau tercampak sakitkan...

Domo-kun Cute