Monday, July 25, 2011
pilihan keputusan
Pilihan yang mengatur langkah keputusan. Apa punya keajaiban esok? Aku memilih hidup. Menentukan keputusan. Selalu salah. Selalu bertentang. Selalu melawan. Selalu tau itu. Tapi masih menyonsang dan terus berenang hanya kerana mengharap esok ada keajaiban dari perihal perihal sial. Pilihan itu keputusan yang seolah mencampak aku ditengah medan tempur. Keliling aku acu pistol, angkat senjata, bedil nuklear. Salah satu darinya, pasti tertancap tubuhku. Terkadang ya, mati dalam nafas menjadi taruhan setiap pilihan keputusanku. Aku terbang tinggi tinggi biar tak terlastik. Aku lari laju laju biar tak sempat terlontar batu. Tapi sekecil aku, kudrat tak mampu. Nahh, terjelopok ke Bumi lalu terus menjadi gonggongan anjing. Selamatkan aku manusia dewa...
Saturday, July 23, 2011
mata masyarakat
Mungkin aku sudah terlalu buruk pada tampak mata,
Terlalu hina untuk dikeji,
Terlalu basi untuk dimaki,
Terlalu lali untuk kau level sesuka hati,
Tapi
Jika aku bertanya,
Siapa Tuhan?
Mau kau tuding jari ke hidung sendiri??
Thursday, July 21, 2011
si tua
Untuk apa setiap hari? Untuk apa setiap celik? Untuk apa setiap buka. Untuk apa setiap gerak. Untuk dia? Lupakan saja. Tanya hati pakai otak. Apa ada darah yang mengalir dalam tubuhnya sama seperti kau? Apa kau yakin kau rusuknya? Syaitan goda kau. Syaitan sesatkan kau. Jauh sudah kau lupa. Lupa pada Tuhan yang tak pernah tidur melihat kau. Lupa pada emak yang jerih masih mengerah tua. Apa cukup mengingat tanpa bertanya? Tanpa memikul sama? Mengalir air mata darah, apa kau mampu ringankan beban si tua itu? Berapa lama dia perlu susah untuk kau? Untuk yang lain? Untuk apa? Kau tuduh itu tanggungjawabnya. Kalau kau gah, renung matanya dalam. Aku sumpah sesaat saja kau kan terdiam, mengalir. Sakit bukan melihat si tua itu. Tak pernah penat. Tak pernah mengalah. Bertahun tahun tak pernah luntur asanya. Hanya untuk kadang sesuap nasi yang kau pinta. Apa pernah kau dengar rintihnya? Pernah? Apa pernah kau lihat air matanya? Mana pergi rasanya? Tak pernah si tua itu tunjuk. Kau lihat. Kau rasa. Kau fikir. Dia terlalu kuat hanya untuk kita. Apa aku bagi dia? Pernah aku tanya? Setiap masa aku lari darinya. Takut menyua kabar dari jendela. Takut gugur airmata. Belum cerita kau lupa abang abang, kakak, adik adik. Kau lihat mereka. Siapa antara mereka berjaya menuju puncak? Kau salahkan hidup. Pernah kau tanya mereka. Apa mereka mau begitu. Siapa antara mereka yang cukup beratnya? Siapa? Kita derita. Sama. Tapi balik pada si tua. Mari sama kita kuat untuknya. Mari sama kita bahagiakan dia. Mari sama kita buat dia terus senyum. Mari sama email Tuhan agar dia ditempat disyurga terindah kelak. Kita tak kan mampu tanpa dia. Balik, jumpa dia. Rangkul dia. Bilang bahawa kita sayang dia. Mohon ampun darinya. Kita sama sama menangis. Kita sama sama bangun untuk dia. Bukan kau abang abang, bukan kau kakak, bukan kau adik adik. Tapi aku. Aku yang sering derhaka dan lupa susahnya dia. Ampun emak. Mia sayang emak. Ampunkan Mia. Ampunkan kami. Kami sayang emak. Takkan pernah ada dua... Ampun mak...
Wednesday, July 20, 2011
kenangan, kembalikan
Kita bersama setelah sekian lama, duduk bagai pasangan menonton indahnya 'sekali lagi'. Lalu berlantaikan rumput beratapkan bintang langit, berdindingkan lampu kapal, berkipaskan angin bayu. Aku bilang ke kamu. Aku bakal jadi perhentian kamu yang paling indah. Kamu bilang, jangan. Aku suka bila kau pejam matamu, bantalkan kakiku. Belai rambutmu. Kamu kan selalu jadi anak kecil buat aku. Kamu rangkul aku kuat. Sering. Seperti esok aku takkan ada. Kamu bilang ini yang pertama untuk berdua. Aku berkaca menahan setiap tutur. Kaca aku tak bersinar terlihat tanpa cahaya. Mujur masih bertahan. Aku dakap kamu, aku bisik ke telinga kamu "tunjukkan aku, untuk kamu". Aku dakap erat dan sedu mula menjengah malam milik kita hari ini. Aku tak menahan lagi. Kamu bilang berhenti. Aku sayang kamu. Kamu juga bilang begitu. Tapi hakikat aku selalu tau, palsu. Aku tau apa laku kau laku belakangku. Aku kan cuba selalu jadi sirius buat kamu seperti mahumu. Setakat mampuku. Tak kira seburuk mana cuaca dilangit itu. Mari jujur sama dengan aku. Kembalikan waktu dulu...
Subscribe to:
Posts (Atom)