Tewas dalam tulisan takdir. Telah tercop tandakan sebagai pecundang dunia. Biar seribu kali langkah, masih rebah tersergah tumbuk terajang. Mata tak lagi terturas. Hanya terkebil kebil ketawa. Tutup buka katup, pejam. Peluk aku. Genggam tangan aku. Teman aku. Hanya biar melodi beralun bersama suara hati. Tolong Tuhan, alihkan telunjukku dari menuding-Mu. Ampuni aku. Terima emailku--
Wednesday, October 24, 2012
Seribu rebah
Lelah--

Monday, October 15, 2012
Dah begini aku
Aku ini keras pada campak. Keras pada turas air mengalir terjun. Kalau segala bilang aku angguk diam. Kerna aku bilang, setiap rasa ada angguk. Perlu mengerti setiap jadi. Tubuh ini diam menggigil semalam. Ahh apa salah kalau hidup diajar dari rebung begini? Apa salah setiap titis aku beri. Hanya itu punya aku. Hanya itu aku mohon kira setiapnya. Tapi bilang sudah cukup tusuk dalam. Kenapa cuma jerih tersampai sana. Kenapa bilang maaf terujung tanduk jua. Aku ini sekadar pamer rasa. Aku ini tak pernah simpan semua dalam dada. Aku ini mungkin kadang kau lupa, cuma manusia biasa. Ada rasa. Sama. Mohon maaf kalau tak sampai hujung aku sampaikan. Kalau tak rasa, cukup sekadar padam saja. Aku ini kalau lupa asal manusia, bilang saja "HelloGoodbye Mermaid". Yang hilang pada kilau buih buih angin semesta. Biar aku tak lupa asalnya , Datang tak diundang, pergi dihalau. Sekali lagi maaf seluas rekayasa.
Friday, October 12, 2012
Kau pun sama
'Kawan Baik'
Dulu aku pun punya, asal ada yang bermuka dengannya, yang betulpun aku salahkan juga. Kadang siap jegil jegil mata. Hanya untuk makan semeja, teman gosip curhat itu ada. Sekarang aku rasa ralat palat, sebab garis akhir sama tambah depan belakang tinggal. Tapi dalam tiada, aku syukur ada dia. Yang tak perlu aku benarkan kata. Yang tak perlu aku tolong jegil mata. Kerana dia bebas dengan hidup dia. Kiri kanan tak perlu jaga. Tak kira aku apa, dia tetap ada. Yang lain aku teka, bilang forever hanya sekadar singgah sementara. Tolong jangan bilang kamu semua akan selalu ada. Simpan kemas, kunci, tapi duplicate juga.

Friday, October 5, 2012
Sebenarnya aku ini benci
Terkadang lontaran paksi senget aku keluhkan. Tapi diam tiba aku anggukkan. Biar paksi senget itu aku galaskan. Biar cemuh. Biar tuduh. Biar gaduh. Biar. Biar segala berat cuma aku pikulkan. Aku lebih ampuh ditumbuk hati. Aku lebih tau kukuh merangkak pergi. Untuk lihat itu sendiri, aku mati. Izin aku lemah ini kukuh. Aku benci. Benci kamu ! Tolong asingkan aku dari bahagia kalau itu harga bahagia.
Subscribe to:
Posts (Atom)