Sebelumnya, yang terlambat dan yang terlewat. Igau igau malam hari. Senyum senyum pupus dikait rapi buat persembahan permintaan. Segala sesuatu pakai harga. Semalam, kelmarin dan esok. Apa hari ini masih mimpi dari igauan semalam? Berjalan dalam tidur. Tak seindah rangkap rangkaan minda. Apa kenit kenit orang orang senyum dalam otak sudah pada pergi untuk mengait mimpi indah malam hari? Mana lagi aku mau lari untuk cari? Apa bilangnya telah pupus dimakan kedewasaan tua? Pada pergi berlari~
Friday, May 25, 2012
Orang kenit senyum

Wednesday, May 23, 2012
Zhoulhas
Buat salah seorang adik yang aku cinta, hidup ini memang terbatas. Apapun. Banyak kita tak pernah punya. Tapi sedikit itu yang kita gali dan makan hari hari sampai mati. Walau aku jauh, aku tak pernah dan takkan pernah kurangkan sedikitpun sayang ini pada kau. Sampai aku mati, kau itu bukan sial. Kau itu bukan babi. Tapi anugerah dari Allah yang akan aku pelihara sampai mati. Aku janji. Pegang ini sampai mati. Kerna aku jarang berjanji.
#zhoulhas
#zhoulhas
Monday, May 21, 2012
Aras rendah
Tak ada kata, cuma kalau rasa, boleh tak terus mengalir tampak, jangan basah di hati hari hari? Cukup sudah serendah ini aku araskan matlamat bahagia. Bolehkan jangan bunuh aku yang telah mati. Biarkan saja reput sendiri. Seperti selalu~
Thursday, May 17, 2012
Hey sedar
Hidup, seperlahan mana kau berjalan, sepantas mana kau berlari, seayu mana kau cover diri, sekali atau mungkin banyak kali bakal terlelahkan. Kadang tersadung batu jalanan. Bukan salah kita tak ada pilihan. Tapi sejauh mana Alhamdulillah pada setiap permasalahan. Seteguh ini aku berdiri hanya untuk tak membiarkan ada mata melihat mata ini menangguk air sebeban. Sekuat ini aku sendiri melompat paras hanya untuk tak merasa terabaikan. Lahir sendiri. Mati sendiri. Hidup?~ Kalau boleh sekali sekala mau aku operate keluarkan hati ini. Apa masih ada lagi elok untuk persembahan sampai mati? Apa hati masih kekal seperti diberi? KIV dan teruskan. Selagi bernafas, yang sayang mungkin terkurang perhatian. Jadi kalau hari ini, atau seringkali terabaikan, sedarkan diri bahawa aku ini bukan anak gembeng gembengan. Cuma kadang terbiar bergelimpangan. Mau atau tidak, pilihan satu ini harus aku pikulkan. Supaya esok aku tak lagi terasa diabaikan. Mereka itu sudah lelah menatang aku~ Maaf. Maaf. Maaf kerana sampai saat ini masih membebankan. Kalau tak ada esok, aku harap masih sempat untuk maaf ini sampai~
Subscribe to:
Posts (Atom)